Stok Ikan Bilis Mata Biru, Beli Secara Online Dengan Hasil Laut Jamilah

Stok Ikan Bilis Mata Biru, Beli Secara Online Dengan Hasil Laut Jamilah | Assalamualaikum semua.. Semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang stok barang dapur cepat je habis. Salah satunya adalah ikan bilis. Mana taknya, tumis sayur buh ikan bilis, masak sambal tumis pun buh ikan bilis, nasi goreng pun buh ikan bilis. Pendek kata kebanyakan menu buh ikan bilis. Tu yang laju je habis tu.

Stok Ikan Bilis Mata Biru, Beli Secara Online Dengan Hasil Laut Jamilah
Ikan bilis selamat sampai ke KL.. hehe

Alkisahnya sis memang jarang kehabisan stok ikan bilis ni sebab tiap kali balik kampung mesti pergi ke kedai favourite kami sekeluarga iaitu Hasil Laut Jamilah yang terletak di Lumut. Kedai ni memang popular tau. Kalau tak sis yang pi, mesti kakak sis yang pi. Kami sekeluarga memang suka ikan bilis di kedai Hasil Laut Jamilah ni sebab ia adalah jenis ikan bilis mata biru original dari Pangkor dan memang sedap bila dimakan. Bukan tu je, ada banyak lagi produk hasil laut ada dijual kat sini seperti ikan masin, udang kering, sotong kering dan juga pelbagai jenis kudapan dari hasil laut. Tu yang jarang beli kat tempat lain tu.

Stok Ikan Bilis Mata Biru, Beli Secara Online Dengan Hasil Laut Jamilah
Ni la kedai Hasil Laut Jamilah. Masa ni sis pergi dengan kengkawan tahun 2019

Tapi disebabkan sekarang ni dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tak dapat la balik kampung nak restock ikan bilis. Mujur la Hasil Laut Jamilah ni ada buat khidmat pembelian ikan bilis mata biru secara online. Maksudnya kita contact melalui whatsapp, bayar menggunakan bank transfer dan barang akan dipos ke rumah. Apalagi, sis terus la whatsapp untuk order. Kebetulan masa PKP ni sis duduk dengan kakak. Alang-alang tu kita ambil order sekali untuk jiran-jiran. Ye la, ikan bilis mata biru kot, sape yang tak nak kannn..

Stok Ikan Bilis Mata Biru, Beli Secara Online Dengan Hasil Laut Jamilah
Antara jenis-jenis ikan bilis yang ada di Hasil Laut Jamilah (gambar pada tahun 2019)

Apa yang sis suka bila berurusan dengan Hasil Laut Jamilah ni mudah sangat. Kak Jamilah atau mesra dipanggil mama sangat bersabar menjawab segala pertanyaan. Paling best, baru je hantar list order, zap zap zap mama dah hantar gambar siap bungkus. Aish, pantas bebenor service tauuuu. Order hari Sabtu, esoknya Ahad dah sampai. Tak sangka plak dapat cepat sebab depa guna service J&T. Ada juga dengar kes yang lambat dapat parcel tapi Alhamdulillah, sis punya parcel dapat cepat. Ha, ni antara barang yang sis order. Bukan setakat ikan bilis mata biru je, ada sayap sotong dan juga sotong bergula buat kudapan anak-anak sedara dan anak-anak jiran.. hehe

Stok Ikan Bilis Mata Biru, Beli Secara Online Dengan Hasil Laut Jamilah
Done restock ikan bilis dan sayap sotong masa tempoh PKP ni. Sotong gula pun ada

So, kalau korang nak beli stok ikan bilis mata biru ke, sotong kering ke, udang kering ke atau kudapan dari Hasil Laut Jamilah boleh la hubungi mama di talian whatapps di bawah :

Hasil Laut Jamilah (mama)
012-282 0097

Facebook :

Instagram :









Post a Comment

2 Comments

  1. eh betul lah...memang banyak guna ikan bilis masa pkp ni...haha! dah lama dah stok ikan bilis mata biru sabah ri tu habis..sekarang guna ikan bilis mata tak berapa biru..hahahah...nak kene topup lagi la...

    ReplyDelete
  2. Dulu wife saya pantang pun, kami order online ja. hahha. tak boleh lawan ikan bilis sana dengan ikan bilis sini hehehe - khai kakijalans. com

    ReplyDelete