Marrybrown Egg-Stra Padu : Menu Salted Egg Yang Istimewa | Assalamualaikum semua... Korang, tahu tak yang Marrybrown sekarang buat hal lagi. Adoiiii, ni yang buat sis hilang sabar ni. Geram je rasa,terus sis pergi ke outlet diorang. Haishh, sape tak geram kalau Marrybrown dah keluarkan menu baru yang membuatkan sis kecur liur nak pi beli. Ya, menu baru tu adalah Marrybrown Egg-Stra Padu, sajian telur masin (salted-egg) yang istimewa.
Memandangkan sis ni memang seorang hantu telur masin, tentu sis takkan lepaskan peluang untuk merasai keenakannya. Aishh, mana boleh tahan kan tengok sana sini orang dah kongsikan hidangan istimewa ni. Oh ya, untuk sajian telur masin ni kita boleh pilih sama ada nak Hotouch Burger ataupun MB Crispy Chicken. Kedua-dua hidangan ini akan dillimpahi dengan sos telur masin yang padu.
1) Salted Egg Burger
Bagi set Salted Egg Burger kita akan dapat kombo salted egg burger, french fries dan juga ice lemon tea dari Heaven And Earth. Burger tu terdiri dari isi ayam yang digoreng rangup serta limpahan sos telur masin dan diapit dengan roti.
Harga bermula dari RM 15.00
2) Salted Egg Ayam
Bagi set Salted Egg Ayam kita akan dapat kombo salted egg ayam, mashed potato, vegetable salad dan ice lemon tea dari Heaven And Earth. Sos telur masin dituang di atas ayam goreng yang rangup.
Harga bermula dari :
2pcs RM 15.90
3pcs RM 18.80
Ok, sis dah rasa kedua-dua set ni. Ha, tamak tak? tapi apedehal, sharing la dengan orang sebelah kan. Eh, untung la orang sebelah. hehe.. Oppss, melalut dah. Haha, nak habaq yang rasa sajian telur masin di Marrybown ni memang padu. Patut la digelar "Egg-Stra Padu". Sekali gigit, terus rasa nak lagi dan lagi. Nampak naw dasar hantu telur masin.. ahahaha..
By the way, thank you so much la buat Marrybrown sebab berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia. Pastinya ramai penggemar telur masin yang teruja kan. Ditambah pula, kedua-dua pilihan ini bukan sahaja diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown malah digabung dengan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.
So kalau korang penggemar telur masin juga, apa kata korang cuba juga menu ni. Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my
2 Comments
Tak sabarnya nak mencubanya...harini nak beli banyak ni hahahaha..
ReplyDeleteGeram nengok salted egg dia, hrni beli i nak bukak depan kaunter hahahaha...
Hans suka burger dia
ReplyDelete2 kali dah makan
maybe kali ketiga
hahahaha