Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel | Assalamualaikum semua.. Happynya rasa bila kita dah boleh keluar melihat dunia kan. Takde la asyik tengok dinding je kat rumah. Masing-masing dah mula melakukan aktiviti di luar rumah termasuk la yang dah mula bekerja. Macam sis ni bab pergi kerja tu tidak la sebab penganggur terhormat kan. Tapi seronok sebab sis dah boleh pergi tempat yang sis suka. 

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

So, sebagai tanda meraikan peluang kedua (ye la, happy kan masih bernafas dan menikmati keindahan dunia) ni sis mengambil kesempatan untuk dinner di restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel. Lagipun dah rindu nak makan kat hotel.. hehe. Ha nak tau tak, sekarang restoran Nook ada menawarkan promosi Dinner Eat Lah yang berkonsepkan All-You-Can-Eat. Promosi yang diadakan ini sebagai mengalu-alukan pembukaan semula restoran selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Memandangkan kita berada dalam fasa norma baru, dah tak ada dah konsep buffet tau sebaliknya makanan akan dihantar ke meja. Caranya mudah je. Kita akan diberi senarai menu, kad order dan pen. Kita hanya perlu tuliskan kod makanan dan tunggu je makanan sampai ke meja. Makanan yang dihidangkan pun panas-panas tau sebab dimasak on the spot di 9 live station mengikut kategori menu masakan. 

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Bercakap pasal menu, serius sis cakap sangat-sangat berbaloi makan kat sini sebab ada lebih kurang 50 menu tau. Ada menu tempatan dan juga antarabangsa. hihi, western lettew. Antara menu yang sis suka adalah Assam Pedas Melaka, Briyani Gam dalam claypot, sizzling hot teppanyaki grill, burger stand, steak, pasta, pizza, grilled seafood, dim sum, dan banyak lagi. Bukan setakat menu utama je tau, dessert pun ada. Semuanya akan disediakan dan dihidangkan ke meja bila kita order. Sis order kek pelbagai jenis dan ABC special dengan topping milo tabur. Fuhh, nikmat tau.

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Selesa sangat makan kat restoran ni. Tak perlu risau sebab restoran ni selalu dibersihkan dan setiap peralatan yang digunakan akan disanitise. Tengoklah cutlery ni, siap dibalut tau. Sanitizing Wipes pun ada. Dari segi pematuhan SOP pula, macam biasa la nak masuk kena check suhu dahulu kemudian kedudukan meja pun agak berjauhan. Jadi sila makan dengan tenang ye.

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Dinner 'Eat Lah' Di Nook Restaurant, Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Jadi kalau ada yang teringin nak makan kat hotel boleh la datang ke restoran Nook di Aloft Kuala Lumpur Sentral ni. Promosi Dinner Eat Lah ini akan berlangsung setiap hari Khamis hingga Sabtu pukul 6pm hingga 10pm. Untuk harga dan tempahan, sila rujuk di bawah :

Harga Promosi Eat Lah Dinner
RM98 nett
(harga asal RM138 nett)
kanak-kanak bawah 12 tahun - discount 50%

No tel : +(60) 3 2723 1154
 email kulal.b&f@marriott.com




Post a Comment

0 Comments