Jom Pekena Nasi Kandar Di Marrybrown

Jom Pekena Nasi Kandar Di Marrybrown | Assalamualaikum semua.. Sape sini peminat nasi kandar?? Ha, sis pasti ramai yang suka kan. Sebut je nasi kandar automatik terbayang nasi putih dengan kuah kari banjir, dipadankan dengan ayam goreng panas-panas.. perghhh, nikmat wei. Pastu lepas makan wangi je tangan bau kari.. Sedapnyaaa.. hahaha... Hadoi, dasarrr kan. Kalau cerita bab makan ni mudah terliur tau.

Jom Pekena Nasi Kandar Di Marrybrown

Ok-ok, sebenarnya sis nak bagitau yang sekarang ni Marrybrown dah kembali memperkenalkan menu nasi kandar. Jadi sebagai peminat ayam goreng Marrybrown mesti la dengan pantasnya sis pergi cuba kan. Dengar kata kali ini menu nasi kandar MB ni kembali dengan kelainan yang istimewa iaitu bukan satu tapi dua ayam yang rangup. Perghh.. kat mamak pun biasanya ambil 1 je ayam kan. betul-betul istimewa ni.

Jom Pekena Nasi Kandar Di Marrybrown

So, setibanya di Marrybrown dengan penuh gaya sis pun order la "Ane, nasi kandar satu, ayam kasi 2 ya". Cettt, fefeling kat mamak jugak sis ni ekk.. haha.. acah je. Takkan la sis nak buat macam tu kan. Sis ni penuh kesopanan dan kesusilaan tau. Hahaha.. merepek lagi. Tapi rata-rata yang mai ni semua order nasi kandar jugak. Uish, memang bagus la Marrybrown bawa kembali menu citarasa tempatan ni. Ramai peminat nasi kandar ooo..

Jom Pekena Nasi Kandar Di Marrybrown

Tadaaa, ni la rupa nasi kandar di Marrybrown. Dalam set nasi kandar MB ni ada nasi putih, ayam goreng rangup (boleh pilih nak 1 ketul atau 2 ketul), telur rebus (seketul tau), bendi, papadom, kuah kari banjir dan dipadankan dengan segelas teh O ais limau Heaven and Earth yang menyegarkan. Untuk set nasi kandar MB ni harga yang ditawarkan adalah :

Nasi Kandar Chicken Combo berharga dari:
1) Nasi Kandar 2-pcs Chicken Combo: Harga dari RM 16.20
2) Nasi Kandar 1-pc Chicken Combo: Harga dari RM 12.70

Dah tunjuk rupa nasi kandar MB ni mesti korang nak tau rasa dia pulak kan. Ok, ni bagi pendapat sis walaupun kuah karinya tidak sepadu kari mamak tapi tetap sedap. Ayam gorengnya pulak memang tak dapat dipertikaikan kerangupannya ditambah kalau makan time panas-panas. Gabungan yang mantap dan paling best portion dia besar tau. Gerenti tersandar kekenyangan lepas makan. Hehe.

Jom Pekena Nasi Kandar Di Marrybrown

So, bagi sesiapa yang menggemari nasi kandar, sekarang dah ada option lain untuk makan. Mana la tau kot-kot bosan lepak mamak je kan. By the way, promosi ni dah bermula pada 16 Julai 2020 yang lalu. Sampai bila tak la pula diketahui. Jadi, apa tunggu lagi. Jom pekena nasi kandar di Marrybrown pulak. Adiosss...

Maklumat lanjut boleh rujuk :
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV



Post a Comment

2 Comments

  1. Ahhhh sedapnyaa. Terasa kelazatan ayam marrybrown bila tgk gambar. huhu

    ReplyDelete
  2. terliur pulak nengoknya...huhuuu

    ReplyDelete