Tingkatkan Imuniti Badan Dengan 5 Produk Himalaya Immunity Pack | Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua pembaca sekalian. Sihat ke tidak? Sis kat sini Alhamdulillah sihat-sihat aje cuma kadang-kadang tu ada la jugak batuk dan selsema. Maklum la sekarang ni kan cuaca tak menentu. Kejap hujan kejap panas. Pernah sekali tu teruk juga selsema sampai rasa nak cabut je hidung. Ha, stress tau. So, sejak dari tu sis sentiasa menyediakan beberapa produk yang dapat membantu meningkatkan imuniti badan untuk mengelakkan penyakit dari berjangkit.
Produk yang sis pilih mestilah dari jenama yang dipercayai iaitu dari Himalaya Malaysia. Produk mereka ni diperbuat daripada 100% herba dan bahan semulajadi dan mengandungi khasiat yang bagus. Kalau korang nak tau, Himalaya ni dah wujud dari tahun 1930 tau. Lama kan, kiranya tahun ni dah cecah 90th anniversary mereka. Oh ya, produk yang sis maksudkan adalah dari Immunity Pack keluaran Himalaya.
Dalam pack ni ada 5 produk Himalaya yang bagus untuk kesihatan iaitu :
Himalaya Pure Herbs - Amalaki (AMLA C)
Kuantiti : 60 kapsul
Cara pengambilan : 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan
Kandungan bahan : 250mg Indian Gooseberry (Amla)
Mesti ramai yang tak pernah dengar pasal Amalaki ni kan. So, meh la sis kongsikan dengan korang khasiat Amalaki ni. Sebagaimana yang sis tulis kat atas, Amalaki ni mengandungi 250mg Indian Gooseberry (Amla). Ini menjadikan Amalaki kaya dengan sumber semulajadi Vitamin C untuk melawan jangkitan. Ha, kalau korang nak tau Amalaki ni mempunyai 10 kali ganda Vitamin C berbanding buah oren.
Dari segi kebaikan pengambilan Amalaki pula ia dapat membantu memperbaiki kelemahan terutama yang berkaitan dengan diabetes, meningkatkan sistem imuniti badan, melawan dan memulihkan badan dari jangkitan. Selain dari itu, Amalaki membantu menyihatkan tisu badan dan memulihkan pertumbuhan semula sel semasa menangkis radikal bebas dalam badan.
Jadi dengan pengambilan Amalaki ni maka badan kita akan lebih kuat dan kebal dari sebarang jangkitan. Ye, mungkin la tak 100% boleh jamin sihat kan tapi sekurang-kurangnya kita dapat elak dari sebarang jangkitan dari orang di sekeliling kita.
Himalaya Herbal Healthcare - Septilin (Tablets 100)
Kuantiti : 100 tablets
Cara pengambilan : 1 atau 2 tablet, 3-4 kali sehari
Kandungan bahan : Balsamodendron Mukul, Tinospora Cordifolia, Emblica Officinalis
Sape sini takut makan ubat?? Ye sis pasti ramai yang takut atau tak suka makan ubat sebab pahit kan. Ha, apa kata lepas ni korang bertukar kepada Septilin pula. Serius sis cakap Septilin ni rupa dan rasa dia macam gula-gula tau. Hilang terus rasa fobia nak makan ubat. Kalau boleh hari-hari nak makan.. ehh.. hehe.
Opps, tapi sebelum makan Septilin ni kena tahu juga apa kebaikannya. Nanti tak sesuai pula dengan penyakit yang dihidapi, naya je. Ok, fungsi Septilin ni adalah untuk membina mekanisme pertahanan dalam badan sendiri. Septilin ini juga bagus untuk mereka yang mengalami masalah keradangan tonsil, jangkitan kulit dan tisu lembut, ulser, sakit tekak, sinusitis, batuk dan selesema.
Himalaya Herbal Healthcare - Septilin (Syrup 100ml)
Kuantiti : 100ml
Cara pengambilan : 1 hingga 2 sudu teh, 2-3 kali sehari (kanak-kanak), dewasa kena ambil lebih sedikit
Kandungan bahan : Balsamodendron Mukul, Tinospora Cordifolia, Emblica Officinalis
Secara asasnya Septilin Tablet dan Septilin Syrup ni mempunyai kandungan bahan serta kebaikan yang sama. Bezanya hanyalah dari segi fizikalnya. Satu berbentuk tablet dan satu lagi berbentuk cecair. Biasanya Septilin Syrup ni untuk kanak-kanak kerana mereka agak sukar untuk menelan tablet. Tapi kalau orang dewasa nak pilih yang syrup ni pun boleh juga.
Himalaya Herbal Healthcare - Cold Relief Balm
Kuantiti : 10g
Cara pengambilan : Sapukan di hidung, leher, dahi, dada dan belakang badan 2-3 kali sehari
Kandungan bahan : Mentha Arvensis (leaves), Cinnamomum Camphora (Bark), Eucalyptus Globulus (leaves)
Nampak botol macam kecil je kan tapi best tau. Rasa dia tak panas bila disapu dan bau dia je dah dapat menyegarkan hidung bila selsema. Mesti korang paham kan betapa rimas dan seksanya kalau selsema ni. Duk sok sek sok sek je hidung. Jadi sapu je kat hidung InshaAllah dapat membantu melegakan hidung tersumbat. Cold Relief Balm ni juga bagus untuk mereka yang ada sinus tau. Selain tu ia juga cepat menghilangkan rasa pening dan sakit kepala. So, sekarang ni kalau ke mana-mana mesti sis bawa Cold Relief Balm ni. Kalau tertinggal rasa tak complete plak.
Himalaya Herbal Healthcare - Koflet (Lozenges 10)
Kuantiti : 10 lozenges
Cara pengambilan : Kemam 1 lozenge, 3-4 kali sehari
Kandungan bahan : Long Pepper, Ginger, Black Pepper, Clove
Ha, Koflet ni merupakan gula-gula berangin (Herbal Minty Flavoured) yang dapat meredakan sakit tekak tau. Maklum la kalau dah kena batuk, gerenti tekak jadi perit. Jadi dengan adanya koflet ni dapat melegakan rasa perit tu. Selain tu ia juga dapat membantu menyegarkan nafas. Setiap lozenges dibungkus berasingan jadi mudah la untuk dibawa ke mana-mana.
0 Comments