Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi | Assalamualaikum semua.. Zaman sekarang ni dah semakin canggih kan. Semua aktiviti boleh dilakukan secara online sahaja. Nak shopping boleh, nak order makanan boleh malah segala urusan transaksi pun boleh dilakukan secara online. Ye, dengan adanya teknologi yang serba moden sekarang ni semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Tapi percaya tak kalau sis cakap ada satu lagi kejayaan yang berjaya dicapai iaitu Beecomb Virtual Food & Beverage Expo di mana ini adalah Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia! Ha, maksudnya walaupun melalui online tapi kita akan rasa seolah-olah berada di dalam dewan ekspo yang sebenar. Canggih kan, hanya guna mobile sahaja dan rasanya masing-masing pun ada telefon kan sekarang ni. Tahniah buat Beecomb Sdn Bhd selaku founder kepada ekspo ini yang berjaya mereaslisasikannya bermula dari 27 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi


Cara Melayari Beecomb Virtual Food & Beverage Expo 

Untuk menghadiri ekspo ini tak perlu susah-susah nak drive, sangkut traffic jam, pusing-pusing cari parking dan juga bersesak-sesak dengan orang ramai. Memang mudah dan selesa sangat malah kita boleh menghadirinya walau di mana kita berada tanpa batasan. Sambil golek-golek atas katil pun boleh. hehe. Di sini sis akan kongsikan bagaimana korang semua boleh melayari Beecomb Virtual Food & Beverage Expo ini. Hanya ikut sahaja langkah-langkah di bawah ye :

1. Download aplikasi Beecomb melalui App Store (Apple), Google Play (Android) dan juga Huawei App Gallery (Huawei) 

2. Jangan khuatir, aplikasi ini adalah Percuma

2. Klik "Register Now" dan isikan maklumat yang diperlukan

3. Bila dah register, sila "Sign In" menggunakan maklumat yang telah didaftarkan tadi

4. Pilih Beecomb 3D Virtual F&B Expo dan selamat datang ke ekspo "Beecomb Welcomes You"


Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Oh ya, sekarang ada promosi menarik tau bagi sesiapa yang download aplikasi Beecomb ni. Sesiapa yang download akan mendapat Voucher RM5 (siapa cepat dia dapat).


Apa yang menarik ada di Beecomb Virtual Food & Beverage Expo 

Tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik ada di Beecomb Virtual Food & Beverage Expo ni kan. Ok, kalau dah namanya F&B ni mesti lah berkaitan dengan makanan kan. Ya, ekspo ini mengumpulkan ramai vendor sebagai peserta pameran (exhibitors) bagi menawarkan pelbagai produk untuk keperluan masakan dan makanan. Keperluan ini dibahagikan mengikut kategori bagi memudahkan pengunjung mendapatkan barangan keperluan mereka.

Senarai Exhibitors Portfolio :

✔ Confectionery
✔ Dairy Products
✔ Drinks
✔ Frozen Foods
✔ Fuits & Vegetables
✔ Grocery Products
✔ Meat & Poultry
✔ Oils, Fats & Sauces
✔ Health & Nutrition
✔ Tea & Coffee

Berikut pula antara senarai vendor yang ada di Beecomb Virtual Food & Beverage Expo :

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Nak lagi best?? Ha, bagi sesiapa yang menghadiri ekspo ini layak untuk merebut promosi berikut :

Premium Burnt Cheese Cake Hanya RM8.31
Peminat Burnt Cheese Cake mesti suka. Yeah, sis pun suka juga so boleh dapatkan Premium Burnt Cheese Cake dengan harga RM8.31 sahaja (harga asal RM118). Kek ni tajaan Bake Touch Signature kat Booth A2. Tapi promosi ni terhad tau. So siapa cepat dia dapat.

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Layak untuk Lucky Draw (Voucher RM300 untuk 3 pemenang)
Wah, ada lucky draw la uols, Voucher RM300 pulak tu. Boleh la shopping sakan kan. Nak tau caranya?? Ok, boleh follow step kat bawah ni :
1. Like Beecomb page dan juga post mereka.
2. Letakkan  Username Beecomb korang di bahagian komen
3. Share dan tag 3 kawan di post (make sure profile korang public tau)

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

3 orang pemenang akan diumumkan pada 29 Ogos 2020


Bagaimana Melayari Beecomb Virtual Food & Beverages Expo

Macam yang sis tulis kat atas, walaupun ekspo ini diadakan melalui online tapi kita akan rasa seolah-olah berada di dalam dewan ekspo yang sebenar kan. Jadi mungkin ada di antara pembaca kat sini yang tak boleh bayangkan macam mana rupa ekspo ni. Hasil dari kreativiti team Beecomb dengan menggunakan UNITY, ekspo ini kelihatan 3D dan basically situasinya sama juga macam kita pergi ke ekspo yang sebenar di mana kita akan masuk dari pintu utama dewan dan kita boleh gerakkan Avatar menuju ke arah booth vendor yang ada di dalam dewan. Gempak tau, dah macam main game pulak. best...hehe

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Apabila jumpa booth vendor yang diingini, kita boleh melihat barangan yang ditawarkan. Jangan risau, barangan yang dijual di ekspo ni semuanya murah dan di bawah harga pasaran tetapi berkualiti. Ada macam-macam produk dijual di sini. Kalau tak silap ada 57 buah booths tau. Antaranya adalah Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co, dan Masks Are A Mask pun ada. Perghhh, banyak kan. Itulah salah satu tarikan ekspo ni dimana kita tak perlu lagi keluar rumah untuk membeli barang keperluan masakan kita.

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Jika jumpa barangan keperluan yang kita ingini, kita boleh terus membuat pembelian tau. Transaksi pembayaran boleh dilakukan secara debit ataupun credit card. Serius sis cakap memang mudah bila berurusan secara online ni. Tak perlu la nak pergi ATM cash outkan duit bagai. Klik klik klik... siap. Ha, lepas tu tunggu je barang sampai depan rumah. Penghantaran akan dibuat sebaik sahaja selepas pembayaran dibuat tau.

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Untuk lebih memahami apa yang sis tulis, korang boleh tonton video di bawah ni ye.  


Ha, amacam? Gempak kan Beecomb Virtual Food & Beverage Expo. Serius sis pun tak sangka ekspo macam ni boleh dibuat secara virtual. Tambahan pula sekarang ni  kita dalam fasa norma baharu, jadi pasti ramai yang masih risau nak keluar especially untuk perg ke tempat yang ramai orang. Kena patuh SOP dan juga penjarakan fizikal. Jadi aktiviti secara online begini amat dialu-alukan. Memang mantap la team Beecomb. 

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

So, bagi korang yang belum download Beecomb Apps, sila la download sekarang dan sama-sama kita memeriahkan Beecomb Virtual Food & Beverage Expo. Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah ni ye :

Tarikh ekspo : 27 Ogos hingga 31 Ogos 2020

Masa : 10 pagi hingga 10 malam

Tiket Masuk : Percuma

Facebook : BeecombSdnBhd

Instagram : beecomb_swarm

Website : www.beecomb.com.my


Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik kan apps ni..senang je sekarang nk pergi expo secara virtual je..takyah lah bersesak sesak..paling tidak terlanggar avatar lain je dalam ni haha..jom shopping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. samalah. tak pandai control lagi. asyik tersadung, terlanggar avatar lain. terlanggar booth pun ada... btw seronok apps ni. macam main game

      Delete