Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Danau Kota, satu lokasi yang tak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur di mana semua tahu kat sini ada pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu. Boleh dikatakan "Syurga Makanan" la. Sis pun selalu lepak kat Danau Kota ni sebab ada ramai kawan-kawan yang duduk berhampiran kawasan ni. Jadi mudah la nak roger-roger kan.

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Nak dijadikan kisah, baru-baru ni sis nak celebrate birthday kawan sis. Jadi kami pun decide la nak cari tempat makan best di Danau Kota untuk buat Majlis Hari Jadi secara kecil-kecilan je. Cari punya cari, sis tertarik dengan satu restoran ni iaitu Fatin Kitchen. Kat sini mereka ada menawarkan pakej untuk Birthday Party tau. Ha, nak tau sebab apa sis pilih Fatin Kitchen ni? Yang pertama of course la sebab menu dia kan dan yang kedua sebab environment restoran ni. Nak tau lebih lanjut, baca kat bawah ni :


Menu Masakan Bertaraf 5 Bintang

Kalau cerita bab menu pulak memang buat sis tertarik. Mana taknya, nampak je restoran kan tapi menu masakan bertaraf 5 bintang tau. Mereka menawarkan menu tempatan dan western, siap ada menu rare lagi seperti Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing Bakar Mongolia, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan banyak lagi. Jangan tak tau ye, menu ni semua dimasak oleh bekas chef hotel bertaraf 5 Bintang. Perghh, patut la menu dia semua sedap dan terbaik di Danau Kota. Opps, lupa nak bagitau. Bab harga kat sini memang murah dan berpatutan. Nampak makanan dihidangkan bertaraf 5 bintang tapi harga jauh lebih murah. Memang berbaloi-baloi tau.

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur


Suasana Restoran Yang Selesa

Serius sis berkenan la dengan restoran Fatin Kitchen ni. Dah la menu best, restoran dia pun selesa dengan dekorasi yang menarik, suasana yang santai, bersih dan moden. Macam sis cakap tadi, restoran ni ada menawarkan pakej Birthday Party sebab mereka ada Hall yang sesuai untuk mengadakan majlis ringkas. Tu sebab sis pilih Fatin Kitchen ni. Jadi boleh la kami celebrate dalam suasana yang lebih privacy tanpa mengganggu pelanggan yang lain kan. 

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

So, kalau sesiapa nak buat majlis ringkas seperti Annual Dinner, Majlis Seminar, Majlis sambutan hari jadi, Gathering rakan sekolah/pejabat, makan-makan bersama family atau Candle Light Dinner bersama kesayangan memang sesuai la. Oh ya, hall di Fatin Kitchen ni tertutup dan mempunyai air-cond tau. Kiranya kalau korang nak datang melaram dengan pakaian yang glam da vasss pun tak pe. InshaAllah, makeup korang takkan cair sebab hall ni sejuk je. hehe.. 

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Bila tengok menu dan suasana restoran ni, boleh la sis masukkan dalam list "port lepak" sis. Mana lagi nak cari restoran makan terbaik macam ni. Serius weii fefeling macam makan kat hotel 5 bintang gitu. Sangat-sangat selesa. Nak ajak kengkawan lepak kat sini pun takde la segan kan. Lagipun sis tengok restoran ni menjadi tumpuan anak muda lepak sambil makan malah banyak juga family yang datang makan kat sini. Jangan khuatir, bab SOP kat sini memang sentiasa dititikberatkan. Jadi tak perlu risau ye..

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

So, guyss. Kalau korang mencari-cari tempat lepak sekitar Kuala Lumpur yang best, boleh la pilih Fatin Kitchen sebagai lokasi untuk korang makan. Bukan senang tau nak dapat restoran yang menghidangkan menu bertaraf 5 bintang tau. Hanya di Fatin Kitchen sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu operasi boleh rujuk di bawah. 

Lokasi Fatin Kitchen :
No 77G & 79G
Blok D Platinum Walk
53300 Danau Kota,Setapak KL ( Bersebelahan Hayaki)

~Dibuka Setiap Hari (Isnin - Ahad)~

~Masa: 12.00 tengah hari - 12.00 malam~

Tel tempahan : 0162244487

Facebook : fatinkitchenofficial

Instagram : @fatinkitchenhq





Post a Comment

17 Comments

  1. portion dia besar2 and berbaloi dgn harga kan ,boleh la pegi nanti.. bila turun KL

    ReplyDelete
  2. Wahh, Kitkat dok kat Setapak pun tak perasan kedai ni.. Thanks for sharing, nampaknya kena visit ni.. dah nampak my favorite foods in the list :)

    ReplyDelete
  3. haritu ada baca pasal fatin kitchen ni, menu2 dia memang menarik dan unik. nanti boleh try

    ReplyDelete
  4. wow nasi lemak daging rusa tu rare betul ....bolehlah nanti nak datang try makan kat sini ...buat party kat situ pun cam ok dengan harga rm299 sahaja untuk 6 ....kira murah jugak lah ....best best

    ReplyDelete
  5. Kita tengok makanan tu saja dah tahu sedap dan menyelerakan lepas ni boleh lah buat ghatering kat sini dengan kawan-kawan tempat menarik dan tertarik hehehehe tunggu Dikbee belanja kita hehehe..

    ReplyDelete
  6. Suka dengan konsep makanan yg diperkenalkan. Plg teruja sebab ada rendang rusa

    ReplyDelete
  7. uuu nice ya tempat dia. boleh buat event atau jadi tempat lepak dengan family atau member. thanks share :)

    ReplyDelete
  8. Menu nampak menyelerakan, suasana tempat pun selesa... ni kalau Sis makan tentunya Sis pilih Mee Kari, tapi kalau ada Laksa, Sis pilih Laksa...awak boleh bawak kita tak? hehehehe

    ReplyDelete
  9. sedap2 semuanya, dekat pula dengan lokasi saya.thanks review.

    ReplyDelete
  10. Dekat Setapak ek? Boleh ajak keluarga my sis untuk enjoy their favorite food kat situ. Klau dah harga dan kualiti seiring, memang berbaloi la kan

    ReplyDelete
  11. Terliur tengok masakan semua ni, nanti sis nak bawa my cols makan kat sana. Harga pun ok juga.

    ReplyDelete
  12. The serving size looks huge and the price tags are very affordable. Wow the food looks delicious. Would love to try the food here one day.

    ReplyDelete
  13. Tengok tempatnya memang best tp kak area sana jrg pegi tapi nti blhlah sggh klu kw sana tgk menu2 pun sedap

    ReplyDelete
  14. wah menu semua nampak sedap2 lah! bagus ni ruangan luas , selesa buat event kat sini dengan kawan dan keluarga

    ReplyDelete
  15. Menu rare tu yang buat orang nak datang makan. Even bertaraf 5star tapi murah lah. Berbaloi tu

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap2 makanan nya tapi za terliur nk cuba mee kari. Nampak menyelerakan sgt.

    ReplyDelete
  17. Suasana selesa, makanan pun best.
    Pasti ramai yang memilih restoran ni kan.

    ReplyDelete