Bukan Daging Biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Bukan Daging Biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak | Assalamualaikum semua. Selamat datang ke Negeri Kelantan. Dah lama sis tak jejakkan kaki ke Negeri Cik Siti Wan Kembang yang kaya dengan budaya dan juga pelbagai menu yang istimewa. Bukan setakat menu tempatan je malah ada juga pilihan menu western yang terbaik tau. Nak tau kat mana? Ha, meh sis kongsikan satu restoran yang wajib korang singgah kalau datang ke Kelantan.

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Restoran yang sis maksudkan adalah KBB Burger & Steak yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu, Kelantan. Serius sis cakap, kalau korang datang makan kat sini memang korang akan menikmati pengalaman bersantap yang luar biasa.
 
Mana taknya, KBB Burger & Steak ni merupakan restoran yang berpengalaman dalam hidangan masakan barat malah menghidangkan pilihan daging yang terbaik seperti Wagyu Jepun, Wagyu Australia dan Angus. Fuhh, bukan senang tau nak menikmati daging premium macam ni tapi di KBB Burger & Steak semua orang dapat menikmatinya mengikut citarasa masing-masing dan yang pastinya berbaloi.

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Bila buka je pilihan menu, sis dah rambang mata dah. Mana taknya ada pelbagai jenis menu burger dan steak yang boleh dipilih. Semuanya nampak sedap dan sis teruja untuk merasai keenakan steak mereka. Jadi sis memilih menu Dry-Aged Steak. Ha, korang pernah dengar tak Dry-Aged Steak? Kalau korang nak tau KBB Burger & Steak merupakan restoran pertama yang menyediakan Dry-Aged Steak di Pantai Timur. Ha, tu sebab la sis teruja nak cuba kerana bukan senang tau nak membuatnya. 

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak
 
Dry aged ialah proses menggantung daging ke dalam peti khas selama 30 hari ke atas. Proses ini membantu enzyme dalam daging bagi melembutkan daging tersebut dan juga menyerap keluar kandungan air di dalam daging. Melalui proses ini sekaligus dapat melembutkan daging dan membuatkan rasa daging itu lebih kuat. Baru la puas menikmatinya kan.

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Tadaa.. inilah rupa Dry-Aged Steak yang sis order. Nah tengok rupa dia pun dah menggiurkan. Honestly ini la first time sis nak mencuba Dry-Aged Steak ni.

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak
 
Ternyata dagingnya mudah dipotong, sangat lembut bila dikunyah dan rasa daging tu sendiri begitu kuat. Setiap kunyahan kita dapat rasa yang sel-sel daging pecah bila berada dalam mulut. Macam tak percaya ada daging yang sangat lembut dan rasa dia memang dapat dirasai sehingga ke tekak. Wow, itulah kelebihan pada hidangan Dry-Aged Steak yang korang rasa dan percayalah kenikmatannya berbeza gila dengan daging yang bukan dry aged. Bagi sis memang satu pengalaman makan steak yang terbaik la setakat ni.

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Sambil makan dalam hati sis terdetik betapa kagumnya dengan cara KBB Burger & Steak ni masak steak. Walaupun sis ni consider rakyat marhaen tapi dapat menikmati keenakan steak bertaraf antarabangsa gitu. Serius memang tak pernah lagi sis makan steak yang macam ni punya sedap. Biasanya kalau tempat lain kebanyakannya rasa daging tu dah hilang disebabkan rempah Kalau jumpa yang sedap, sos pulak spoil. adesss. 

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

So, pujian harus diberi kepada Chef di KBB Burger & Steak ni. Memang salute la dengan skill yang mereka ada. Bayangkan sis minta steak yang dimasak medium dan yes memang sis dapat apa yang sis nak. Dry-Aged Steak yang disediakan untuk sis ni dimasak medium dengan sempurna tau. Ternyata restoran KBB Burger & Steak memang profesional dalam menyediakan daging untuk hidangan menu mereka. Selain dari apa yang sis makan, korang juga boleh menikmati menu lain seperti : Steak, burger,pasta & main course.

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Bukan daging biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak
 
Secara keseluruhan bagi sis memang sangat berpuas hati makan di KBB Burger & Steak ni. Dah la menu yang dihidangkan menggunakan daging yang berkualiti malah semuanya segar dan dipotong setiap hari. Ye, mereka hanya menyejukkan dan menyiapkan steak dalam penyejuk khas untuk mengekalkan kesegarannya dan sama sekali tidak membekukan daging mereka ya. Ini bagi memastikan kualiti dan rasa daging tidak terjejas.

So, kalau korang datang ke Negeri Kelantan dan ingin merasai keenakan daging yang bukan biasa-biasa, datang la ke tempat makan yang sedap di Kelantan iaitu di KBB Burger & Steak. Pasti korang takkan menyesal dapat menikmati daging steak yang terbaik di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu operasi KBB Burger & Steak, sila rujuk di bawah :

KBB Burger & Steak Kota Bharu
2713, Jalan Kuala Krai
15050 Kota Bharu
Kelantan
 
Contact :
010-2581001
 
Waktu operasi :
Setiap hari, 12 tgh - 11 pm
 
Facebook :
kbbburgerandsteak





Post a Comment

17 Comments

  1. OMG all the beef meat looks so tender and juicy not to mention succulent as well. How I wish I could try the steak over there. Thanks for sharing this awesome restaurant.

    ReplyDelete
  2. Ni kalau balik kelantan nanti masuk wishlist la KBB Steak ni. Marsha suka sangat makan stik. My fav ever

    ReplyDelete
  3. Lapaq pula la bila tengok Steak tu. Lama dah eiza tak makan steak. Bukan apa, sejak kes Covid19 ni... kalau takde urusan diluar, memang eiza lebih suka duduk di rumah.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa steak tu.. jauh plak nak pi. mengiurkan betul tengok gambar2 tu

    ReplyDelete
  5. nampak sedapnya daging steak tu...alamak terliur plak. dah lama tak pergi kelantan, rasanya last g masa kecil. nanti kalau ke sana boleh la singgah makan sini

    ReplyDelete
  6. Rindu nak balik kelate. Dah lama stuck kat sgor sbb pkpb. Rindu semua menu kelate.
    Yang kbb ni sisyat belum bkesempatan nk cuba. Kalo balik kg pun sekejap je masa blalu. 1 day nt mesti singgah jugak ☺

    ReplyDelete
  7. If this was in KL I will visit it this week, the steak looks so good especially the dry anged angus, I will keep this in mind for any KB trips.

    ReplyDelete
  8. Terliurnya nampak daging tu. Selalu tengok rancangan makan-makan, wagyu nampak sedap tapi belum pernah rasa lagi. Nanti kalau pergi ke Kelantan, boleh cuba singgah dan try makan. Banyak juga pilihan makanan lain selain daging kat situ ye.

    ReplyDelete
  9. Saya pun dah lama tak pergi KB. Boleh tahan ya KB sekarang dah ada steakhouse yg mewah mcm ni. Daging wagyu, bukan biasa2 tu!

    ReplyDelete
  10. Waduh...lapar nengok semua stik ni DB oii... memang teringin snagat nak makan stik.. ni dah tak PKPB ni, ingat nak terjah laaa ..

    ReplyDelete
  11. wow the food from KBB Burger & Steak look so delicious! Tak kalah tu Hotel food la! I wish to give them a try

    ReplyDelete
  12. Sedapnya dikbe.. Lama betul tak makna daging wagyu.. Fuh tengok gambar pun dhbtelan air liur. Suka masak medium.. Lembut dna berjuicy je

    ReplyDelete
  13. omg the meat and cuts look so good! kenapa la jauh sgt this place :( hope to visit soon

    ReplyDelete
  14. Seronok nya makan steak ni. Teringat iklan dia yg kelakar tu tapi memang steak dia bukan biasa2 kan?

    ReplyDelete
  15. OMG! This is like a meat heaven for me & my bf, both of us love beef! And all these look so yummy!

    ReplyDelete
  16. Uishh terliur tgk daging steak dia. Nmpk sedap dan mnarik sgt ui.. Balik KB ni kena singgah cuba.

    ReplyDelete
  17. Entah bila blh rentas negeri, dah lama xjln2 nti bila dah blh rentas negeri ke Kelantan blhlah sggh di KBB Burger & Steak

    ReplyDelete