Tahniah! Mylea Lantik Rozita Che Wan Sebagai Duta Rasmi Produk | Assalamualaikum semua... Tahun 2021 membuka lembaran dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Walau bagaimanapun ia tidak menghalang bagi Jemaah Mylea untuk terus mengorak langkah malah pembukaan tahun baru ini telah menjadi detik bersejarah buat mereka. Tahniah Mylea atas perlantikan artis terkenal Rozita Che Wan a.k.a Che Ta sebagai Duta Produk bagi jenama Mylea.
Sis rasa bertuah sangat sebab turut sama menyaksikan detik bersejarah ini. Bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, satu majlis telah diadakan bagi upacara menandatangi kontrak di antara Mylea dan juga Rozita Che Wan untuk tempoh 1 tahun. Ini juga majlis rasmi pertama yang sis hadiri bagi tahun 2021 ni tau. Ye la, dah lama tak dapat jemputan sejak wabak melanda kan. Tu yang teruja tu bila dapat menghadiri majlis yang gilang gemilang ni.
Untuk pengetahuan semua, produk Mylea ni telah berada di pasaran sejak dari tahun 2012 lagi di bawah syarikat Amylea Group Sdn Bhd. Ramai yang telah menyertai team mereka sebagai ejen jemaah Mylea dan Fighter Mylea telah berjaya meraih pendapatan yang memberangsangkan kerana sepanjang produk Mylea ni berada di pasaran, dah ramai penggunanya yang telah berjaya mencapai kulit wajah idaman. Antara masalah kulit yang paling sukar dirawat adalah masalah jeragat kan. Ha, inilah kelebihan Mylea di mana produk ini mampu merawat masalah jeragat tau. Terbukti memang produk Mylea ni bagus dan berkualiti serta mendapat kelulusan SIRIM setelah melepasi standard piawaian yang dikendaki. Bukan itu sahaja, jenama Mylea turut memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pasific Super Health Brand sejak tahun 2018 hingga sekarang dan terkini syarikat ini juga berjaya mendapat SME100 AWARDS 2020.
Setiap yang manis, pasti ada pahitnya juga kan. Dalam majlis ni Puan Amylia Farhana selaku Pengasas Mylea telah berkongsi mengenai perjalanan suka dan duka sejak dari awal penubuhan Mylea. Dahulu beliau bekerja sebagai Sales Marketing di sebuah hotel tempatan manakala suaminya Tuan Fachrul seorang peniaga kecil di pasar malam. Semuanya bermula melalui impian mereka yang ingin mempunyai produk jenama sendiri. Pelbagai cabaran mereka tempuhi termasuk keputusan Puan Amylia untuk berhenti kerja malah beliau juga turut dicabar oleh majikannya kerana tidak mungkin beliau akan berjaya menghasilkan produk sendiri. Tapi berkat usaha yang gigih akhirnya Puan Amylia dan Tuan Fachrul berjaya berjaya menyahut cabaran dan merealisasikan impian untuk mempunyai produk jenama sendiri. Maka terhasillah produk Mylea.
Bagi artis terkenal Puan Rozita Che Wan pula, beliau memilih untuk menjadi duta produk Mylea ni kerana jatuh hati pada keberkesanan produk tersebut. Menurut beliau, sebelum menerima tawaran tersebut beliau telah meminta pihak Mylea untuk menggunakan terlebih dahulu produk mereka. Ye la, mesti la nak kena tau produk tu ok ke tidak. Beliau juga telah meminta ibu beliau untuk menggunakan produk ni dan hasilnya memang nampak perubahan pada wajah ibunya. Sebenarnya tujuan Che Ta menjadikan ibunya sebagai testimoni kerana lebih mudah untuk nampak keberkesanan produk Mylea ni bagi mengatasi masalah jeragat. Eh, Che Ta pun guna juga produk ni tau.
Sebagai penutup, sekali lagi sis nak ucap tahniah buat Mylea kerana melantik Rozita Che Wan sebagai duta produk Mylea. Semoga tahun 2021 ini dengan kehadiran Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea dapat memberi impak yang besar kepada produk ini. Pelbagai strategi pemasaran telah dirancang dan diharap lebih ramai pengguna yang memilih Mylea sebagai produk untuk mengatasi masalah kulit mereka. Sis sendiri tak ketinggalan untuk menggunakan produk Mylea ni. Ye, tahun ni sis dah mencecah umur 40 tahun dan muka sis pun dah mula menampakkan jeragat. Harap-harap produk Mylea ni dapat membantu sis untuk kembalikan wajah yang bebas jeragat. So, sebagai permulaan ni sis dapatkan Mylea Freckles Bar dan Mylea Freckles Serum. Yeahhh, tak sabar nak guna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mylea sila rujuk :
13 Comments
Hai semua..sy farhana agent sah Mylea batu pahat,johor✌️
ReplyDeleteAnda ada masalah jeragat..Jom fana bantu selesaikan masalah jeragat anda..
Jom join kami utk jana pendapatan anda😍👍
Cod dikawasan batu pahat dan sekitarnya atau pos ke seluruh malaysia
watsap sy www.wasap.my/0163133200/myleabp
Congratulations to her for being an ambassador again despite not being in the showbiz for quite some time.
ReplyDeleteChe Ta ni memang stunning kan, dari segi rupa paras, susuk tubuh, dan penampilannya. Memang sesuai dia jadi duta produk ni.
ReplyDeletetahniah che ta. tak pernah tak cantik. rezeki dapat jadi duta mtlea pulak.
ReplyDeleteWow!!!!!!! Rozita Che Wan look sparkling and gorgeous. She is a beauty! Btw, I like her gown.
ReplyDeleteChe Ta memang sesuai jadi duta sebab cantikk ! Saya suka tengok kulitnya yang macam tak di makan usia.
ReplyDeleteTahniah CheTa atas perlantikan jadi duta Mylea ni. Dah sedia cantik, makin cantiklah lepas ni ☺️
ReplyDeletesuka betul kite tengok che ta tu.. dah berumur tapi memang nampak cantik dan menawan selalu.. hee~ nak jadi macam dia kena guna Mylea ke ?
ReplyDeleteLama dah bran Mylea ni kan, cuma tak pernah Sis cubanya.. ni CheTa jadi duta mesti ramai nak mencubanya, jom kita cecantik sama-sama jommm...
ReplyDeletethanks for sharing this inspiring local Malaysian entrepreneur story, so proud to hear this & the skincare range a lovely set to try on. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletewhat a beautiful ambassador to fitly represent the beauty brand. wishing both the brand and rozita plenty of success in the future!
ReplyDeleteOh yess! congrats to Che Ta dilantik sebagai duta Mylea. Kita pun nak try product ni juga.
ReplyDeleteHai, ina one of Jemaah Mylea🥰
ReplyDeleteNak risik risik produk Mylea ataupun nak jana kewangan bersama Mylea buleh wasap ina okey
wasap.my/60145418443/7harihilangjeragatbuleh
#codtemerlohmentakab #postageeveryday