Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah | Assalamualaikum semua.. Sis pasti semua idamkan kulit yang cantik dan sihat kan. Tapi tak semua orang dapat mencapai kulit yang diidamkan. Ada tu sampai dah guna pelbagai jenis produk pun masih tak elok juga. Lebih membimbangkan bila keadaan kulit jadi lebih teruk dari yang asal. Seram kannn.

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Itu lah yang sis pernah rasa dan lalui suatu ketika dahulu. Untuk pengetahuan semua, dulu sis kerja bahagian construction dan banyak terdedah kepada sinaran matahari. Faham-faham je la kalau dah banyak berjemur ni memang kulit akan jadi gelap dan kusam. Mujur la jerawat jarang-jarang muncul. Macam-macam produk sis guna tapi kulit tetap nampak kusam dan paling buat sis stress bila umur dah meningkat, jeragat mula kelihatan. Hurm, di mana silapnya.  Sedihnya bila tengok kulit orang lain helok je putih melepak. Nak kata tak cuci muka, hari-hari cuci.

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah
Time ni kulit kusam je. Tangan lagi putih dari muka 😥

Rupanya selama ni sis silap weii. Mujur la zaman sekarang ni dah banyak perkongsian mengenai tips penjagaan kulit. Setelah membaca banyak perkongsian mengenai penjagaan wajah, rupanya ada banyak kesilapan dalam rutin penjagaan kulit harian yang menjadikan kulit kita bermasalah. Ni antara kesilapan yang sering dilakukan adalah :
✔️ Tidak mencuci muka dengan betul atau terlalu kerap mencuci muka melebihi 2 kali sehari.
✔️ Tidak memakai pelembap 
✔️Tidak memakai krim pelindung tabir suria (sunscreen)
✔️ Tidak exfoliate muka seminggu sekali

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Awat la dulu-dulu tak ada orang share pasal benda-benda macam ni. Duk harap cuci muka hari-hari je macam mana nak helok kulit kan. So, sekarang ni ada tak produk yang sesuai untuk orang macam sis ni. Selalu busy, tak de masa nak belai wajah sangat tapi nak capai kulit yang diidamkan. Ha, jawapannya harus la ada. Seronok rasanya bila sis diperkenalkan dengan Azomis Skincare yang dapat membantu memiliki kulit idaman dengan penjagaan kulit yang minima.


Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah


Azomis sentiasa menitik beratkan soal kandungan yang terbaik untuk kulit. Jadi kandungan bahan yang digunakan dalam Azomis Skincare sangat penting dan berkualiti untuk kesihatan kulit. Tak perlu banyak, cukup dengan hanya 4 produk Azomis Skincare untuk rutin asas penjagaan wajah harian. 4 produk tersebut adalah :

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

1. Azomis Cleansing Mousse

Jujur sis cakap, suka sangat dengan Azomis Cleansing Mousse ni sebab buih-buih dia sangat lembut dan membersih secara mendalam. Pencuci muka yang berukuran 55ml ini bukan hanya bertindak sebagai pencuci tau malah melembapkan kulit muka. Antara fungsi cleansing mousse ni adalah : 
✔️ Membersihkan kulit muka dengan mendalam⁣
✔️ Menenangkan & menyembuhkan kulit⁣
✔️ Anti kemerahan & anti radang⁣
✔️ Anti oksidan⁣
✔️ Melembapkan kulit
Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Kandungan dalam Azomis Cleansing Mousse adalah :

Ekstrak Aloe Vera - yang bersifat menenangkan dan memulihkan kulit selain kaya dengan sumber antioksidan serta memberi kelembapan berpanjangan.⁣
Ekstrak Daun Teh Hijau - yang antibakteria serta memperbaiki tekstur kulit dan mengekalkan kelembapan⁣
Disodium Cocoamphodiacetate - yang sangat sesuai untuk kulit sensitif⁣

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Cara Penggunaan :

👉 Pamkan pada tangan yang bersih
👉 Cuci muka dengan buih-buih halus ni
👉 Bilas dengan air bersih
👉 Lakukan 2 kali sehari (Siang dan malam)


2. Azomis All-In-One Serum

Penting ye penggunaan serum selepas cuci muka untuk memberi kelembapan pada kulit. Kalau tak pakai serum ni rasa macam tak lengkap je. Apa yang sis suka pasal Azomis All-In-One Serum ni sebab tekturnya yang ringan dan mudah meresap dalam kulit. 

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Tambah pula serum Azomis ni best sangat sebab ia adalah gabungan ramuan bermanfaat seperti provitamin V5 dan Hydroviton Plus yang akan membantu memberikan kelembapan segera dan tahan sehingga 48 jam.⁣⁣ Sementara itu, kandungan peptida yang terdapat dalam serum ini pula bertindak melembutkan garis halus dan kedutan. ⁣⁣Serum istimewa ini juga membantu meremajakan kulit untuk penampilan yang segar dan awet muda.⁣⁣ Azomis All-In-One Serum yang bersaiz 30ml ini sangat pantas bertindak menghalang kedutan di wajah, menegangkan kulit secara pantas dan menganjalkan kulit wajah secara maksima.

Kandungan dalam Azomis All-In-One Serum adalah :

Hydroviton Plus - untuk kelembapan sehingga 48 jam ⁣⁣
Acetyl Hexapeptide-8 - untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan ⁣⁣
Sodium Hyaluronate - yang mampu menghilangkan kedutan dan garis halus⁣⁣
Ekstrak Aloe Vera - yang bertindak menenangkan dan menyembuhkan kulit ⁣

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Cara Penggunaan :

👉 Pamkan sedikit dan sapukan pada wajah
👉 Ratakan dan urut sedikit pada wajah untuk memastikan serum meresap sepenuhnya
👉 Lakukan selepas membersihkan muka dengan Azomis Cleansing Mousse


3. Azomis Tone Up Cream

Sape sini bila keluar just tepek bedak je? Eh, ke sis sorang je macam tu? Haha, tapi ini la kesilapan yang selalu sis buat dulu. Kulit banyak terdedah pada matahari tapi tak pakai sunscreen pun. Masa tu sis ingat sunscreen ni hanya pakai time nak ke pantai je. haha.. rupanya duduk kat rumah pun kena pakai suncreen tau. 

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

So, bila guna produk Azomis ni sis tak perlu risau dah sebab Azomis Tone Up Cream bukan hanya membantu melembapkan kulit anda sehingga 48 jam malah berfungsi sebagai foundation dan kandungan 𝐒𝐏𝐅 𝟏𝟓 yang terdapat dalam krim ini mampu melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya.⁣⁣ Tektur cream ni pun ringan dan tidak membuatkan kulit melekit atau berminyak. Selain tu dalam Azomis Tone Up Cream ni juga mampu untuk mencerahkan kulit tau. 

Kandungan dalam Azomis Tone Up Cream adalah :
Niacinamide - membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan yang berkekalan.⁣
Witch Hazel - membantu mengecilkan liang pori dan mempercepatkan penyembuhan jerawat.⁣
Ekstrak Bengkoang - bagi membantu mencerahkan kulit⁣
Hydroviton Plus - untuk kulit lebih sihat.⁣
SPF 15 - bagi melindungi kulit dari panahan sinar UV yang merosakkan kulit

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Cara Penggunaan :
👉 Oleskan pada muka
👉 Urut dan ratakan pada seluruh wajah
👉 Pakai pada waktu siang


4. Azomis Oxygen Mask

Paling sis teruja mengenai Azomis skincare ni adalah oxygen mask. Honestly ini lah pertama kali sis jumpa mask yang lain dari yang lain. Apa yang menariknya Azomis Oxygen mask ni adalah sejenis mask yang mengeluarkan buih di muka. Buih-buih ini akan menyahtoksin dan membersihkan segala kekotoran pada wajah. Siap ada kandungan vitamin C tau. Bagus untuk kulit.

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Untuk korang lebih jelas apa macam mana Azomis ni berubah bentuk menjadi buih, ha boleh tengok gambar kat bawah ni. Masa pam, rupa oxygen mask ni macam cream tapi lepas beberapa saat ia akan berubah menjadi buih-buih yang sangat lembut dan gebu. Seronok tengok hasilnya lepas pakai Azomis Oxygen Mask ni sebab kulit rasa lebih lembut dan anjal.

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Kandungan dalam Azomis Oxygen Mask adalah :

Sorbitol - Yang merupakan agen kelembapan semulajadi dari buah beri dan dia bertindak sebagai antiseptik yang berkesan serta mengekalkan kelembapan pada kulit⁣⁣
Ekstrak Aloe Vera - yang bertindak menenangkan serta menyembuhkan kulit⁣⁣
Sodium Hyaluronate - bagi mengekalkan struktur kulit agar ia terus anjal ⁣⁣
Vitamin C - yang sememangnya terkenal untuk mencerahkan kulit, antioksidan, mengurangkan cela kulit dan membuatkan kulit lebih cantik dn berseri.⁣

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Cara Penggunaan :
👉 Selepas cuci muka dengan Azomis Clenasing Mousse, sapu rata oxygen mask ke seluruh muka
👉 Dalam beberapa saat, buih-buih oksigen akan terbentuk
👉 Biarkan selama 5-10 minit dan bilas dengan air bersih.⁣
⁣👉 Lakukan secara konsisten 2 kali seminggu 

Wahh, tak sangka dengan penggunaan Azomis Skincare untuk rutin asas penjagaan wajah harian dapat membantu kita untuk mencapai kulit idaman. Ingat, yang penting kita kena tahu prinsip asas untuk penjagaan wajah, barulah hasilnya memuaskan hati. So, apa tunggu lagi.. Meh la guna Azomis Skincare. 

Azomis Skincare Untuk Rutin Asas Penjagaan Wajah

Untuk pembelian, sekarang ada promosi tau kat Shopee. Klik link di bawah :

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Azomis Skincare boleh rujuk link di bawah. 

website : www.azomis.com


Post a Comment

0 Comments