Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli | Assalamualaikum semua.. Alahai tetiba rindu pula nak makan beberapa menu istimewa dari Indonesia. Maklum la sekarang kan dah tak boleh travel ke sana. Kalau setakat nasi ayam penyet tu memang la banyak dijual kat sini tapi tah la kenapa tekak ni teringin nak makan menu- menu asli dari sana. Kalau boleh nak yang homestyle punya. fuhhh.. lain maciam kan selera sis lately ni. Dah macam mengidam dah.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Tapi sekarang dah tak mustahil dah malah tak perlu travel ke Indonesia dah untuk makan makanan asli Indonesia sebab sis dah jumpa satu restoran yang ada menjual menu-menu sebegini. Ya, kini sis dah boleh menikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' di restoran IndoAsli. Malah beberapa menu baru turut diperkenalkan untuk santapan para penggemar selera Indonesia sempena bulan ramadan nanti. 


Sedikit Info Mengenai IndoAsli


Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai Restoran IndoAsli ni. Kisahnya 20 tahun dahulu ada seorang Chef yang telah merantau ke Indonesia untuk mencari menu asli Indonesia. Beliau singgah di pelbagai lokasi untuk merasai menu istimewa di setiap daerah di Indonesia. Sekembalinya ke Malaysia, beliau tidak dapat memenuhi rasa rempah ratus dan ramuan yang digunakan dalam masakan jadi beliau telah kembali ke Indonesia untuk belajar resepi makanan Indonesia supaya dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan di Malaysia. Itu lah hasrat dan tujuan utama chef tersebut di mana beliau ingin berkongsi rasa cinta kepada makanan Indonesia dengan orang di sekelilingnya. Maka, wujud la IndoAsli yang menyediakan pelbagai makanan Indonesia asli dari pelbagai wilayah Indonesia dalam satu restoran.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Sis berasa sangat bertuah kerana dapat merasai keenakan menu-menu hasil dari resepi yang telah dipelajari oleh chef tersebut di Indonesia. Ha, meh sis kongsikan apa menu istimewa di IndoAsli. Mana la tau korang pun rindu nak makan masakan dari Indonesia macam sis, boleh la datang ke sini nanti. 


Kategori : Appetizers


Tempe Sira (Harga RM4.90) - Sementara menunggu menu utama sampai, sis makan hidangan pembuka selera dulu. Biasa kalau menu dari Indonesia memang tak complete kalau tak makan tempe kan. Tapi tempe sira ni sedap sebab ada campuran ikan bilis, kacang tanah dan tahu kering. Semua bahan ni disira dengan cili tapi jangan risau, tak pedas sangat pun. Rasa pedas-pedas manis gitu.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli


Kategori : Signature Menu


Tahu Telur (RM11.90) - Honestly ni first time sis makan tahu telur macam ni. So far kalau ke Indonesia pun sis tak jumpa. Ternyata Tahu Telur ni memang sedap tau. Sis suka sangat. Gabungan tahu telur yang lembut dan dikelilingi dengan sarang telur yang rangup memang meletop. Makan pula dengan homemade sos dia yang mabeles. Fuh, memang terbaik. Patut la ni jadi signature menu, make sure korang order tau.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli


Kategori : Main Course


Ayam Bakar Sate (RM19.90) - Pernah terfikir tak ayam bakar digabungkan rasa dengan sate? Ha, ni la dia menu Ayam Bakar Sate. Ayam yang diperap dengan rempah ratus dan dibakar kemudian disalut dengan kuah kacang. Dari segi rasa memang macam makan sate sebab ada kuah kacang tu tapi isi ayam tu rasa lain sikit la sebab perapan dia special kan. Tapi senang nak makan sebab takde lidi macam sate tu. Boleh ngap terus gitu.. hehe

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Gulai Ayam Padang (RM16.90) - Sebut je Padang mesti semua teringat masakan Minang kan. Sis pun dah pernah ke sana so memang semestinya rindu masakan di sana terutamanya gulai. Jadi boleh la order Gulai Ayam Padang ni. Rasanya yang lemak dan pedas memang membangkit selera.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Rendang Kambing (RM27.90) - Rendang Kambing ni favourite sis tau sebab sis memang suka kambing. Tapi tak tau la kenapa kalau time raya tak pernah la pula family sis buat rendang kambing. Mujur la kat IndoAsli ni ada menawarkan menu Rendang Kambing ni. Boleh la sis menikmatinya di sini. Dari segi rasa tak jauh beza dengan rendang yang biasa kita buat tapi tetap ada kelainan sedikit. Maybe sebab bumbunya kot. Special resepi dari Indonesia.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Rendang Sapi (RM22.90) - Kalau tak makan kambing, rendang sapi pun ada tau. Eh, ada ke yang tak tau sapi tu apa? Sapi tu daging lembu ye uols. So, boleh la pilih nak kambing ke sapi. Rasa rendang dia memang sedap dan sedikit pedas, terasa ye bumbu rempah ratus dia tu. Ni kalau dapat cicah dengan ketupat pun sedap juga ni.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Cumi Bakar Jimbaran (RM35.80) - Cumi..cumi..cumi..cumi..Eh, ternyanyi pulak lagu Nabila Razali. Bukan apa, Cumi Bakar Jimbaran ni sedap weiii.. Katanya menu ni dari Bali. Wahh patut la sedap, tak dapat pi Bali dapat rasa menu istimewa dari sana pun kira jadi la. Sotong dia lembut dan tak liat, dan disalut dengan sos istimewa yang membangkit selera. Ratah gitu saja pun sedap tau.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Terung Raos Khas Bandung (RM11.90) - Biasa kalau terus kita akan buat masak sambal kan tapi kalau menu Terung Raos Khas Bandung ni terung tu akan digoreng bersalut dengan tepung dulu kemudian baru dicurah dengan sambal kicap. Serius sedap rupanya terung kalau buat masak macam ni. Sis yang jarang makan terung pun boleh menambah tau.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara (RM39.90) - Menu ni memang tak asing lagi dekat restoran makanan Indonesia tapi kalau di IndoAsli yang specialnya adalah sambalnya. Ada 3 jenis sambal yang digunakan dalam hidangan ni iaitu Sambal Balado, Sambal Ijo dan Madura Sauce. Gabungan 3 sambal ni yang dinamakan Sambal Nusantara tu. Dari segi rasa pula sis suka dengan kerangupan ikan talapia yang disalut dengan tepung dan yang penting tak hanyir ye. Tu yang special dan sis siap ratah sampai ke tulang tau.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Nasi Tumpeng  Ayam Bakar Percik Bali (RM25.90) - Bagi yang tak mau makan hidang, boleh la makan nasi tumpeng ayam bakar percik Bali ni sebab dia didatangkan dalam satu set lengkap nasi, ayam bakar percik Bali, acar, tempe goreng, keropok dan sambal. Dari segi rasa memang sedap dan portion dia agak banyak ye, memang kenyang untuk seorang makan.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli


Kategori : Dessert 


Popia Pisang (RM12.90) - Selalu kita makan pisang goreng cheese kan tapi kat sini special sikit iaitu Popia Pisang. Mula-mula sis rasa macam dah kenyang tapi bila nampak dessert ni terus tak boleh tahan sebab sis memang suka dessert yang ada cheese. Gabungan rasa manis dan lemak serta kerangupan popia memang sedap. Kena pula dengan curahan coklat, fuhhh nikmat weiii..

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Jeli Dalam Telur (RM8.90) - Dessert yang ni pula memang rare sebab jeli dibuat dalam kulit telur dan dihidangkan bersama dengan aiskrim. Unik kan. Mula-mula tu macam terkial-kial juga nak makannya rupanya kena pecahkan dulu kulit telur tu baru mudah nak makan jelinya. Suap pula bersama aiskrim, memang sedappp.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli


Kategori : Beverages


Es Alpukat (RM13.90) - Kalau makan di restoran Indonesia mesti la order Es Alpukat yang dibuat dari buah avocado dan dicampur dengan coklat. Baik di Indonesia mahupun di Malaysia, sis memang akan order air ni. Dah memang sinonim gitu. Es Alpukat kat IndoAsli ni sedap, tak terlalu manis or pahit. Just nice gitu.. 

Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli (RM12.90) - Selain dari Es Alpukat, ada satu lagi air yang special kat sini iaitu Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli. Nak tau tak kenapa air ni special? Ha, sebab ia ada gabungan buah alpukat (avocado) dan buah strawberry. Macam mana rasa dia? Masam-msam lemak gitu. yummy..

Soda Serai (RM6.90) - Soda serai pula memang minuman yang menyegarkan. Bila sedut je terus melegakan rasa tekak yang haus akibat drive & cari parking tadi. Silap-silap mau order lagi secawan ni.. hehe

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Ha amacam?? menarik kan semua menu istimewa di IndoAsli ni. Honestly bila makan je terus terubat rindu dengan segala pengalaman mengembara ke Indonesia suatu ketika dahulu. Namun sis masih berharap satu hari nanti masih dapat menjejakkan kaki ke sana lagi. Sama-sama la kita berdoa semoga pandemik Covid-19 cepat pulih dan sempadan akan dibuka.

Nikmati 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine' Menu Baru Di Restoran IndoAsli

Tapi buat masa ni kalau rasa-rasa rindu dengan makanan 'Authentic Indonesian Homestyle Cuisine', boleh la datang ke restoran IndoAsli. Ajak keluarga, kawan-kawan ataupun orang yang tersayang untuk sama-sama menikmati hidangan istimewa di sini. Berikut 2 lokasi restoran IndoAsli seperti di bawah :

IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya (Lot No: LG-36)
☑ IndoAsli Central i-City, Shah Alam (Lot No: LG-58)

*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya

Untuk maklumat lanjut mengenai Menu di IndoAsli boleh rujuk :



Post a Comment

15 Comments

  1. The food looks so gloriously appetizing and inviting. Wish I could be there to enjoy all the delicious food that you have tasted especially the Tahu Telur which I thought was really special.

    ReplyDelete
  2. Bila tengok restoran ni macam pernah nampak. Patut la pun. Semalam ke IOI City Mall nampak restoran Indo Asli ni.

    ReplyDelete
  3. Wow.....all these food look so delicious. Lame btul I x makan Indonesian authentic food. Rindu nyer. Thank you for sharing this review.

    ReplyDelete
  4. Bestnya wakk. Kita dah la suka menu Indo ni. Shaa Alam ok lg la sis nak pi jengah. Memula ingat IndoBowl tadi.

    ReplyDelete
  5. Tengok ni terus terliur weh! Terbayang rasa sedap dia tu makanan pun unik so boleh la try makan kt sni nanti

    ReplyDelete
  6. Hmm rasa nak bwk mak dtg sini la. Kalau ikut selera dia, mmg tak lalu la nk mkn mknn barat. Kalau indonesian food, dia suka.

    ReplyDelete
  7. Memang sedap semuanyaa.. Tapi lebihbsuka ikan talapia dan sotong cumi2.. Hehehe.. Air pulak air soda dan yangabda strawberry.. Deserrt suka dua2

    ReplyDelete
  8. Nell pun terubat rindu nak makan masakan Indonesia kat kedai IndoAsli ni.. hopefully ada cawangan berdekatan dalam KL lepas ni.. senang sikit... :)

    ReplyDelete
  9. Menariknye menu dia. Rasa macam pernah nampak kedai dia masa ke kl ritu. Nanti bila ke sana lagi boleh cuba

    ReplyDelete
  10. Semua sedap dan menarik. Paling suka yg telur tu. Makan macam tu pun sedap juga

    ReplyDelete
  11. Eh kita pernah nampak di kat Shah Alam tu, tapi tak pernah cuba.. nampak sedap semua menunya rupanya ekkk.. okay nnanti kalau jenguk anak,boleh cuba...

    ReplyDelete
  12. Menu2 dari lndonesia mng lain cara masakan mereka tgk menu ikan talapia mcm sedap jer, tempe tu mmg xtinggal dlm menu dorang ni

    ReplyDelete
  13. Terus terang kita cakap bawa yang paling kita suka adalah ikan goreng tu dan juga daging memang lembut hancur tak liar best lah...

    ReplyDelete
  14. Fuhh menu dia memang best lah. Nak order lah nanti. Nanti nak cek cawangan terdekat. Hehehe.

    ReplyDelete
  15. Memang sedap! Kita suka ikan talapia dia. Rasa nak pi berbuka puasa sana nanti

    ReplyDelete