MBG Selayang Fruits Hub : One-Stop-Shop Buah-Buahan Tempatan Dan Import

MBG Selayang Fruits Hub : One-Stop-Shop Buah-Buahan Tempatan Dan Import | Assalamualaikum semua.. Sejak dua tiga menjak ni sis pasti ramai yang dah mula alert mengenai pemilihan makanan yang sihat. Semua ni gara-gara wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. So, masing-masing telah merubah gaya hidup dan juga corak pemakanan bagi meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik dari tahap mental dan fizikal dan imuniti badan. 


Jadi bagi mencapai matlamat ini, salah satu kaedah yang berkesan adalah melalui pengambilan nutrien yang baik. 'Eating Clean' dan 'Back to Basic' adalah cara terbaik sebagai permulaan untuk menjaga tubuh kita. So, sila la kurangkan makanan segera dan lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan tau. Memandangkan sis sekarang ni kurang makan nasi tapi sis sentiasa pastikan stok salad dan buah-buahan sentiasa ada dalam fridge. Buah-buahan adalah sumber vitamin dan mineral penting, dan kaya akan serat. Buah-buahan juga menyediakan pelbagai antioksidan yang meningkatkan kesihatan, termasuk flavonoid. Memakan makanan yang tinggi buah dan sayur dapat mengurangkan risiko seseorang terkena penyakit jantung, barah, radang, dan diabetes.




Bila bercakap mengenai buah-buahan, baru-baru ni sis berpeluang melawat MBG Selayang Fruits Hub yang merupakan One-Stop-Shop untuk pelbagai jenis buah yang segar dan berkualiti. Ha, kalau korang nak tau buah-buahan yang dikumpulkan di sini akan diedarkan ke pelbagai cawangan MBG Fruit Shop. Rasanya semua orang tau kan pasal MBG Fruit Shop. Terdapat lebih kurang 31 buah outlet yang kebanyakannya berada di shopping mall, stesen LRT dan juga kedai. Tapi bila dapat pergi sendiri ke MBG Selayang Fruits Hub yang terletak di Jalan Ipoh ni, gembiranya rasa hati sebab dapat tengok dengan lebih dekat operasi di pusat buah-buahan tempatan dan import ni. Alang-alang tu boleh la borong buah sekali kan. 



Lebih teruja bila sis dapat berjumpa sendiri dengan pemilik perniagaan ini iaitu En Adnan Lee yang merupakan generasi ketiga. Menurut beliau asalnya perniagaan ini bermula pada tahun 1975 di sekitar Jalan Bukit Bintang dan diusahakan oleh datuknya. Disebabkan rasa minat terhadap dunia perniagaan ini, En Adnan Lee juga telah memberanikan diri untuk menjual buah-buahan dengan menggunakan basikal roda tiga pada sekitar tahun 1994. Berbekalkan keazaman yang tinggi, En Adnan telah membawa perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi di bawah jenama MBG yang merupakan singkatan kepada 'Money Back Guarantee'.



Semasa di MBG Selayang Fruits Hub, sis dan rakan-rakan yang lain dibawa untuk melihat kawasan sekitar pusat buah-buahan tempatan dan import ni. Luas juga tempat ni, anggaran dalam 32,000 kaki persegi gitu dan dibahagi kepada 4 bahagian iaitu :
✔ Retail Section 
✔ Chilled Fruits Section 
✔ Warehouse Area  
✔ Wholesale/Bulk Buy


Setiap buah yang sampai akan dibahagikan mengikut kategori masing-masing. Bagi mengekalkan kualiti dan kesegaran, ada buah yang disimpan di dalam tempat berhawa dingin yang bersuhu 2-4 celcius. Fuhh, sejuk tau. Buah-buahan ni disusun di dalam kotak dan diletakkan di atas rak yang bertingkat-tingkat. Dari pandangan sis ada beratus-ratus kotak tau. Memang banyak stok buah-buahan kat sini. Sis tengok dah macam kat IKEA dah bersusun-susun kotak. Tapi semuanya buah la.. hehe



Bila melawat MBG Selayang Fruits Hub ni baru sis perasan yang ada beberapa jenis buah yang unik dan tak pernah sis jumpa kat mana-mana kedai. Antaranya buah Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, Korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan banyak lagi. Setakat ni MBG Selayang Fruits Hub mengimport buah-buahan dari 40 buah negara seperti Chile, US, Egypt, Kazashtan, Eutopia dan banyak lagi. Setakat ni di MBG terdapat 35% buah tempatan dan 65% buah import. Oh ya, buah dari Thailand bukan kategori buah import ye tapi ia dikira sebagai buah tempatan. 




Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadan, permintaan terhadap buah kurma sangat tinggi tau. Ya, di MBG terdapat pelbagai jenis kurma dijual termasuk kurma premium dan juga kurma mentah. Honestly ni first time sis tengok kurma mentah macam ni. Selalunya sis tengok yang dah kering je kan. Kurma mentah ni diimport dari Peru tau. Bila dah masak, rasa dia rangup dan manis tau.



Selain dari buah-buahan, di MBG juga ada menjual bekas dan plastik untuk membungkus buah. Jadi para pembekal buah tak perlu dah nak pergi ke tempat lain untuk mendapatkan peralatan ni. Siap ada jual serbuk asam dan juga kuah rojak tau. Wah, memang lengkap la keperluan buah di MBG Selayang Fruits Hub ni. Bukan tu je, kalau ada yang nak hadiahkan buah pada sesorang pun boleh. Kat sini ada juga buah yang telah digubah menjadi hamper tau. 



Fuh, memang rambang mata la tengok buah yang ada di sini. Tahu tak yang kat sini kita boleh beli buah dalam kuantiti yang sedikit ataupun secara pukal tau. Lagi best, kalau kita beli buah kat MBG Selayang Fruits Hub, kita akan dapat potongan harga antara 20% hingga 50% berbanding dengan membeli dari kedai runcit luar. Wah jimat banyak tu. Dah la buah di MBG Selayang Fruits Hub ni segar dan manis. Berbaloi-baloi tau. Agak-agak kalau sis beli banyak-banyak dan jual, laku tak? 


Eh, rupanya MBG Selayang Fruits Hub ni memang menggalakkan mereka yang terjejas dan kehilangan pekerjaan terutama time pandemik ni untuk menjana pendapatan melalui perniagaan buah ye. So, andai ada yang teringin nak berniaga tetapi tak tahu nak jual apa, meh la jual buah-buahan dari MBG ni. Jangan risau, buah kat sini dijual dengan harga borong yang jauh lebih murah dari harga pasaran bagi menggalakkan lebih ramai orang berniaga. Tambahan sekarang ni dah nak ramadan dan raya, mesti ramai yang nak beli buah untuk menu berbuka dan hidangan di hari raya nanti. 


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah :


Lot 639, Jalan Batu Hampar, 
Off Jalan Ipoh, Batu 7, 
68100, Selayang, 
Kuala Lumpur.

Tel   :  016 2798 603 (Azmer)
              016 6824 603 (Azizeh)

Alamat :
Lot 639, Jalan Batu Hampar, 
Off Jalan Ipoh, Batu 7, 
68100, Selayang, 
Kuala Lumpur.

Waktu operasi :
Monday to Sunday - 5.00am to 6.00pm  


Post a Comment

0 Comments