Peraduan Makan & Menang LengQuas Menawarkan Hadiah Bernilai RM100,000

Peraduan Makan & Menang LengQuas Menawarkan Hadiah Bernilai RM100,000 | Assalamualaikum semua.. Kalau sebut bab makan, memang sis la orang paling happy. Tak kisah la time sedih ke, merajuk ke, stress ke kalau dapat makan terus bertukar mood gumbira. So bila sis tau ada peraduan Makan dan Menang, terus sis teruja. Alang-alang sis suka makan, apa salahnya join kan. Mana tau ada rezeki. Kalau korang nak join juga, ha meh baca entri ni sampai habis.


Untuk pengetahuan korang, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan Peraduan Makan & Menang LengQuas. Eh, ni bukan kena makan lengkuas yang guna dalam tomyam tu. no no no.. LengQuas ni adalah jenama bagi produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd. 



Sedikit Info Mengenai KOPETRO
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dan dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam 4 bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan Perdagangan. Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 koperasi terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima 2 anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan Lang International Corporate Titan Awards.


Bagi produk LengQuas pula, terdapat sebanyak 21 jenis menu lauk pauk tradisional di bawah jenama LengQuas dan semua menu ni hanya perlu dipanaskan sahaja untuk makan. Kesemua produk LengQuas  telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, pensijilan HALAL, MESTI dan semestinya Buatan Malaysia. Bagus kan KOPETRO hasilkan produk makanan seperti LengQuas ni. Memang memenuhi kehendak orang macam sis ni yang alang-alang je nak masak untuk diri sendiri. Ye la, setakat makan sorang je kan. Baik beli je. 

Senarai produk keluaran LengQuas
  1. Beef Stew
  2. Chiken Glaze
  3. Daging Lemak Kuning
  4. Kari Daging
  5. Daging Asam Pedas
  6. Daging Dendeng
  7. Kuah Kacang
  8. LengQuas Daging Masak Hitam
  9. LengQuas Ayam Masak Hitam
  10. LengQuas Rendang Ayam
  11. LengQuas Ayam Percik
  12. LengQuas Paru Goreng Berlada
  13. LengQuas Sambal Ikan Bilis
  14. LengQuas Ayam Masak Merah
  15. Nasi Briyani Ayam Rendang
  16. Nasi Putih Daging Masak Hitam
  17. Nasi Minyak Ayam Percik
  18. Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
  19. Nasi Briyani Ayam Masak Merah
  20. Nasi Ayam Kukus 
  21. Nasi Lemak Ikan Bilis



Korang dah pernah try ke produk LengQuas ni?? Kalau belum, sila la cuba ye. Sis dah pernah makan beberapa menu. Memang sedap. Alang-alang ada peraduan ni boleh la beli nanti untuk stok bulan puasa. terutama untuk bersahur. Tak payah nak susah-susah bangun awal untuk masak. Lagipun harganya berpatutan. Kalau nak beli, boleh dapatkan melalui ejen jualan yang telah dilantik di setiap negeri. Setakat ni ada 153 orang ejen tau. Sis diberitahu yang KOPETRO juga menganjurkan peraduan untuk pengedar dan ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan dalam jualan.


Oh ya, lupa pula nak share info mengenai Peraduan Makan & Menang LengQuas. Berikut cara-cara untuk menyertai peraduan ini :

Langkah Penyertaan Peraduan Makan & Menang LengQuas
1. BELI mana-mana produk LengQuas dengan nilai minima RM20 dalam satu resit untuk layak menyertai peraduan ini.
2. IMBAS kod QR yang tertera dan isi segala maklumat yang diperlukan.
3. JAWAB soalan yang diberi dan sertakan resit sebagai bukti pembelian. 


Pemenang akan dipilih dan dihubungi bagi sesi cabutan bertuah. Nak tau tak apa hadiahnya?? Tadaaa... Hadiah utama bagi Peraduan Makan & Menang LengQuas adalah Thermomix dan juga hadiah-hadiah lain yang secara keseluruhan bernilai RM100,000 tau. Lumayan kan. Sis paling teruja dengan Thermomix tu la. Dah lama teringin tapi nak beli tak mampu.. Hope ada rezeki kan.. hehe.


Tapi kalau tak menang Thermomix, dapat hadiah yang lain pun ok juga. Ye la, adat peraduan la kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Kalau bukan rezeki sis, mesti rezeki korang tapi dengan syarat korang pun kena la join. Kala tak join, kirim salam la nak menang... hehe. By the way peraduan ni bermula 1 April 2021 hingga 30 Jun 2021. So, ada banyak masa lagi untuk join dan menang. All the best & good luck tau.


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Instagram : @lengquas.official
Twitter : @lengquas


Post a Comment

2 Comments