Hidangan Tulang Rusuk Terkenal dengan Perisa Baharu Di Tony Roma's Sempena Ramadan Dan Aidilfitri | Assalamualaikum semua.. Sebut je tulang rusuk (ribs) mesti dah terbayang akan hidangan yang lazat, mewah dan menyelerakan. Betul tak? Ha, apa kata sempena Ramadan dan Aidilfitri ni bawa keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang ke Tony Roma's untuk menikmati menu eksklusif ini. Apa yang menariknya, hidangan tulang rusuk terkenal ini akan dihidangkan dengan perisa baharu. Selain itu, terdapat pelbagai juga hidangan lain khas untuk penggemar daging yang pasti menambat selera.
Sis pasti ramai yang merindui suasana berbuka puasa bersama hidangan yang enak ni di Tony Roma's. Maklum la tahun lepas kan kita semua dilanda ujian yang membuatkan kita berbuka puasa di rumah sahaja. Jadi apa kata tahun ni kita ambil peluang untuk menikmati hidangan istimewa yang diberi nama Menu Festive Flavours ni. Jujur sis cakap, berbaloi tau berbuka puasa di sini sebab saiz hidangan yang disediakan memang besar tapi harga dia sangat berpatutan. Bagi sesiapa yang dah pernah ke Tony Roma's pasti tahu kan yang restoran ini memang menghidangkan daging yang premium.
Aha, mesti korang nak tahu kan apa menu istimewa yang sis duk sebut-sebut. Antara menu yang disediakan adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut.
Rib Bone Stew - Walaupun disediakan dengan cara masakan Amerika namun ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional tau. Bila makan, terasa kepekatan kuahnya dan daging tulang rusuk pun lembut hingga mudah tanggal dari tulangnya. Mana taknya, hidangan ni dimasak menggunakan kaedah reneh selama beberapa jam tau. Memang sedap.
Festive Beef Ribs Platter (RM359.90 nett for 4-6pax) - Wah, nampak tak barisan tulang rusuk yang lazat tu. Ada 10 ketul semuanya dan setiap 2 ketul disalut dengan 5 rasa unik. So, tak payah pening-pening nak buat pilihan. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap.
Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicey juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut. Hidangan ni bersaiz besar tau dan dihidangkan bersama 4 Rib Bone Stew, broccoli dan Nasi Pilaf manakala 2 hidangan sampingan sama ada Mashed Potatoes, Corn On The Cob atau Coleslaw.
Festive Lamb Slabs Platter (RM299.90 nett for 4-6pax) - Penggemar kambing memang kena cuba hidangan ni. Besar juga saiz hidangan ni. Setiap hidangan ada 3 potongan daging kambing yang diperap dengan sos madu dan plum. Sis suka sangat sebab rasa daging kambingnya yang juicy dan lembut.
Sama juga, Festive Lamb Slabs Platter ni pun didatangkan bersama 4 Rib Bone Stew, broccoli dan Nasi Pilaf manakala 2 hidangan sampingan sama ada Mashed Potatoes, Corn On The Cob atau Coleslaw. Memang besar la saiz hidangan ni.
T-Bone Steak (RM129.90 nett) - Bagi yang datang berdua dan ingin menikmati keenakan daging di sini boleh la mencuba 450gram T-Bone Steak ni. Kualiti dagingnya memang premium dan dimasak dengan sempurna serta dituang dengan Melted Butter Sauce pasti membuatkan pelanggan berpuas hati.
Kurma Tiramisu - Dah kenyang?? Eh, nanti dulu. Tak lengkap rasanya kalau tak menikmati hidangan pencuci mulut yang manis dan sedap iaitu Kurma Tiramisu ni. Sekali suap, terus rasa nak habiskan. Dah la sis penggemar tiramisu.
Bandung Mojito dan Lychee Mojito - Kalau makan kena la ada air minuman juga kan. So, boleh pilih sama ada nak Bandung Mojito ataupun Lychee Mojito. Kedua-dua air ni dapat melegakan tekak yang kering selepas berpuasa seharian.
Fuh, ternyata semua menu yang ditawarkan sempena ramadan kali ini sedap-sedap belaka. Sebagai penggemar setia Tony Roma's, harus la sis pun tak nak lepaskan peluang untuk berbuka puasa di sini kan. Jadi korang pun kena datang ke sini juga tau. Tony Roma's sentiasa mengalu-alukan bukan sahaja pelanggan muslim malah semua rakyat Malaysia untuk menikmati Menu Festive Flavours yang menawarkan hidangan tulang rusuk terkenal dengan perisa baharu di Tony Roma's.
Promosi ini bermula 19 April hingga 15 Jun 2021 di restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia. Maknanya dari bulan Ramadan sampai Raya Aidilfitri. So, jangan lupa datang tau.
12 Comments
Menarik nampak tulang rusuk tu dan nampak berkilat. Apa la yang dia letak tu?. Sis rasa mesti ada letak madu sikit tak?. Sis tak pernah makan lagi kat sini.
ReplyDeletesaya suka makan ribs, tengok ni rasa nak pi lani je hahhaa kurma tiramisu tu tengok pun tau sedap
ReplyDeleteRusuk @ Tony Roma’s memang tidak pernah mengecewakan. Nie buat Rawlins rasa cam nak singgah berbuka puasa kat situ. Eh. Meleleh plak liur ahaha
ReplyDeletelama juga promosi berjalan, bolehla cuba makan sini nanti. menunya nampak sedap dan mewah. puashati kan dapat hidangan macam ni
ReplyDeleteAla rindunya dengan tulang rusuk Dr TR. The best ribs in Malaysia hehe
ReplyDeleteWahh makan besar. Semua nampak best and sedap. Fuh mengancam
ReplyDeleteTak pernah makan dekat TR. terliur dah tengok menu dia. Bolehla try nanti
ReplyDeleteKita baru tau TR ni ada buffet buka puasa gini.. set dia pun boleh tahan, harga mahal tapi kualiti dan kuantiti cukup berbaloi kannn.. nak ajak anak laaa
ReplyDeleteDapnyaaa. lama dah teringin nak makan ribs kat TR nih , tapi belum ada kesempatan . Pastu tengok portion dia banyak jugak. Walaupun harganya agak mahal tapi kalau rasa dia sedap dan servis bagus memang berbaloi datang makan.
ReplyDeleteWahhh malam ni nak berbuka kat Tony Roma la macam ni... Lama tak makan kat TR dah ni...
ReplyDeleteTony Roma's!!! Dah lama tak pergi! Bestnyaaaa. Sebab tau dah dia punya lembut daging dan flvourful tu. Nyummm nyummm nyumm.
ReplyDeleteOh yumsss! nanti sis nak try their lamb slabs platter, nampak sedap and price pun ok.
ReplyDelete