Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan NAZRAI Face Mask Extender

Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan NAZRAI Face Mask Extender | Assalamualaikum semua.. Huwaaa, kerajaan dah umumkan bahawa Selangor akan menjalani temph PKP lagi. Time hari raya pulak tu. Haish, sedihnya tak dapat balik kampung. Tapi sis tak kira, raya tetap raya. Memandangkan kali ni pun kita akan beraya dalam norma baharu maka ada satu accesories yang wajib ada untuk yang bertudung iaitu face mask extender.


Untuk raya kali ni sis nak melaram dengan NAZRAI Face Mask Extender. Seriusly, memang cantik giler weiii. Blink blink gichuuu. NAZRAI Face Mask Extender ni diperbuat dari bahan berkualiti iaitu tembaga bersalut perak dan batu cubic zirconia jenis AAA yang berkilauan dan bersinar-sinar. Tengok la susunan batu-batunya, memang kemas dan teliti tau. Ini yang menjadikan NAZRAI Face Mask Extender sangat exclusive. 



Oh ya, kalau korang nak tau kepala sis n agak besar sikit sebab dulu masa mak buatkan baju mesti baju sis kena besarkan sikit bahagian kolar. So, time tu la sis tau yang kepala sis ni besar. Sebelum ni sis pakai face mask jenis getah supaya selesa tapi untuk NAZRAI Face Mask Extender kita boleh pilih panjang mask extender iaitu di antara 17cm hingga 18.5cm. Kalau tak cukup panjang, boleh lagi nak tambah sehingga 23cm. Kalau nak pendekkan pun boleh juga. Semua ni boleh diadjust tanpa tambahan kos tau, yang penting keselesaan pemakaian mask. Bahagian hujungnya pula ada pilihan clip dan cangkuk yang dibuat dari tembaga aloi yang tahan karat. Bagus kan.



Alang-alang sis dah share pasal NAZRAI Face Mask Extender yang super cantik ni, meh sis kongsikan sekali siapa pengasas dia. Bermula di pasaran tahun 2013, jenama NAZRAI telah muncul hasil gabungan nama pengasasnya iaitu Ahmad Nazli Zulkifli dan isterinya yang bernama Zuridah. Ketika itu NAZRAI tampil dengan koleksi eksklusif tudung shifon dan hijab pin. Kini NAZRAI dah berjaya menembusi pasaran di Singapura, Nairobi, Fiji, Canada, Brazil, Amerika dan UK. Memang cantik-cantik hijab pin especially bila disemat di bahu, nampak berkilauan kan. Tambahan pula NAZRAI hijab pin sangat premium dan dikenali kerana kualiti jarumnya yang tajam dan tidak merosakkan tudung. Ni yang buat sis suka tau. Ye la, tudung dah cantik tetiba tercarik dek gara-gara pin, hangin dekkk..


Sejak negara dilanda wabak Covid-19, NAZRAI telah mengambl inisiatif untuk menghasilkan koleksi face mask extender yang premium dan cantik. Terdapat banyak pilihan menarik untuk memenuhi citarasa si pemakai tampil glamour. Sesuai dengan tagline NAZRAI iaitu "Be Bold, Be Beautiful and Be In Love". Ha, tu sebab NAZRAI Face Mask Extender ni menjadi pilihan beberapa selebriti terkenal termasuk Dato' Sri Siti Nurhaliza tau. Selain tu, NAZRAI juga membuat kolaborasi dengan artis lagenda tersohor Aishah dan perunding perkahwinan REKATEEMOR untuk pilihan koleksi mereka. Curlass kann..



So, amacam?? Nampak berseri-seri tak tudung sis dengan kilauan batu cubic zirconia ni. Ha, kalau korang nak tampil bergaya di hari raya, jom dapatkan NAZRAI Face Mask Extender sekarang. Ada pelbagai pilihan design yang pasti menawan hari. Sempat lagi nak beli ni. Setiap pembelian siap dapat Free Gift tau dan penghantaran adalah Percuma ke seluruh Malaysia. 

Harga NAZRAI Face Mask Extender
RM96 hingga RM200

Boleh didapati secara online di :
@nazrai_hijabpin2020

Atau whatsapp 012-232 5816



Post a Comment

1 Comments

  1. Wah cantik nampak exclusive sangat extand mask ni . Penting jugak la extand mask ni untuk wanita2 bertudung . Memudahkan nak pakai face mask

    ReplyDelete