Crystal Skin Membantu Kulit Lebih Cantik Dan Menawan

Crystal Skin Membantu Kulit Lebih Cantik Dan Menawan | Assalamualaikum semua... Setiap orang mesti idamkan kulit yang cantik dan menawan. Tak kira la perempuan mahupun lelaki semuanya mementingkan penjagaan terutama kulit wajah sampai ada yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan cantik. Bila dah cantik, keyakinan diri pun automatik akan meningkat juga.


Tapi tu la, tak semua orang berjaya mencapai kulit yang diidamkan. Masih ada lagi yang struggle mencari produk yang sesuai untuk kecantikan kulit. Ha, bagi sesiapa yang ada masalah kulit yang berparut dan gelap apa kata sis sarankan satu produk yang mungkin dapat membantu korang iaitu Crystal Skin. Kat sini sis akan kongsikan mengenai Crystal Skin dengan lebih detail dan sis sendiri pun dah mencubanya tau.



Crystal Skin Suplemen Dari Bahan Semulajadi

Bagi sis sebelum menggunakan sesuatu produk, perkara pertama sis akan tengok adalah kandungan bahannya. Untuk Crystal Skin ia merupakan suplemen yang dihasilkan dari kandungan bahan semulajadi yang penuh berkhasiat. Ini kandungan bahan utama dalam Crystal Skin :

Tomato Kristal – Anti-oksidan terkuat, kurang jeragat & melindungi dari kerosakan sinar matahari
Habbatus Sauda – Anti-radang, kurangkan jerawat & membunuh kuman
Vitamin C – Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat
Collagen – Tambah keanjalan kulit & cegah kedutan
Ekstrak Biji Anggur – Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka
Jus Blackcurrant – Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Wow kan bahan-bahan yang digunakan. Semuanya telah diketahui khasiat yang bagus terutama untuk kulit. Tapi kan dalam banyak-banyak bahan tu sis teruja dengan Tomato Kristal. Secara jujur ini pertama kali sis tau mengenai tomato kristal atau biasanya dipanggil tomato putih. Kalau tomato biasa yang guna untuk masak tu sis tau la. Yang tu pun bagus juga untuk kulit. Khasiat tomato kristal yang mampu menurunkan aras pigmentasi dengan cara menghalang pembentukan melanin dan ditambah pula dengan kandungan bahan lain pasti membuatkan kulit lebih cantik dan menawan.


Crystal Skin Selamat Diamalkan

Setiap produk pasti melalui prosedur dan juga kajian klinikal bagi memastikan ianya selamat untuk diamalkan. Begitu juga dengan Crystal Skin. Ia merupakan produk tempatan bumiputra Muslim. Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Cara Pengambilan Crystal Skin

Satu kotak Crystal Skin mengandungi 15 sachets dan setiap sachet pula mengandungi 15g serbuk Crystal Skin. Sis suka suplemen yang dibungkus dalam sachet macam ni sebab senang disimpan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kalau nak minum, just koyakkan satu sachet kemudian bancuh dengan 150ml air dan diminum sebelum sarapan pagi. Rasa air Crystal Skin ni pun ada rasa buah blackcurrant, laju je sis minum sebab sedap.


Bagi memastikan keberkesanan Crystal Skin, harus la ada pantang-larang juga. Tapi bukan la yang pelik-pelik bahkan apa jenis suplemen yang kita ambil pun sama juga. Antaranya adalah :

1) Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.

2) Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.

3) Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

Ha, tu je pantang-larangnya. rasanya semua orang boleh follow kan. Cuma bagi sis yang part bersenam tu agak kurang sikit. Nampaknya lepas ni kena rajin la bersenam kan. Baru la cepat nampak kesannya. ahakkkss...


Kelebihan Crystal Skin

Macam sis mention kat atas, Crystal Skin ni sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang berparut dan gelap kan. Tapi sebenarnya bukan setakat tu je. Banyak lagi faedah lain yang kita boleh perolehi bila mengamalkan Crystal Skin. Antaranya adalah :
Merawat masalah kulit
Mengurangkan jerawat
Mengurangkan parut
Mengecilkan pori
Memutihkan kulit
Mengurangkan muka berminyak
Kulit kurang kusam dan glowing
Menambah kelembapan kulit


Baguskan. Ye la, dengan kandungan bahan yang bagus pasti dapat memberikan result yang bagus juga. Semua faedah ni bukan omong kosong sahaja tau malah ramai yang telah berjaya mendapat kulit yang diidamkan. Antara testimoni Crystal Skin yang berjaya boleh tengok kat sini :





Pengasas Crystal Skin

Ha, teruja kan tengok testimoni pengguna-pengguna Crystal Skin. Semuanya happy dengan perubahan kulit mereka. Bahkan kalau korang nak tau, pengasas Crystal Skin sendiri pun mempunyai kisah di mana beliau struggle untuk memulihkan kulitnya. Ya, pengasas Crystal Skin iaitu Airiey Sayuti ketika remaja memiliki berat yang berlebihan dan juga tona kulit yang gelap dan berjerawat. Ini membuatkan beliau kerap merasa rendah diri, segan , seorang pemalu & pendiam dan sering dipersendakan.


Walaupun beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama skincare yang popular, makan suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul atau serbuk dan juga menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam, namun dia merasa kecewa kerana resultnya lambat dan tidak berapa berkesan. Akibatnya Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dan selamat. Maka wujudlah Crystal Skin.


Kalau korang tengok, kulit beliau dah elok kan. Jarang sis jumpa pengasas yang menghasilkan produk dengan menjadikan diri sendiri sebagai testimoni. Beliau juga berani memberi jaminan sekiranya tidak melihat hasilnya, pihaknya akan menghantar 1 lagi kotak Crystal Skin PERCUMA supaya kita boleh mencuba lagi. Wah, bagus kan.


Crystal Skin Pilihan Hati Sis

Ha, panjang lebar sis kongsikan mengenai Crystal Skin ni. Jadi, bila melihat semua kriteria yang ada pada Crystal Skin ni berjaya menambat hati sis untuk mencubanya. Setakat ni sis dah mendapatkan 2 kotak Crystal Skin. Ye la, sis pun nak dapatkan kulit yang lebih cantik dan menawan juga kan. Lagipun sekarang tengah ada promosi tau.

Harga Crystal Skin
1 Kotak Harga Tawaran RM69                  Harga Biasa RM89 (DISKAUN 23%)
2 Kotak  Harga Tawaran RM132              Harga Biasa RM178 (DISKAUN 26%)
3 Kotak Harga Tawaran  RM187              Harga Biasa RM267 (DISKAUN 30%)
4 Kotak Harga Tawaran  RM230              Harga Biasa RM356 (DISKAUN 35%)


Selain tu, sesiapa yang beli Crystal Skin layak untuk mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah bulanan. Setiap satu kotak pembelian setiap kotak Crystal Skin akan dapat 1 tiket Cabutan Bertuah. Beli So, kalau beli lebih banyak kotak boleh dapat lebih banyak tiket Cabutan Bertuah. Hadiah dia best tau. Ada Iphone 12, barangan kemas emas dan banyak lagi dengan jumlah keseluruhan RM20,000. Wow, bestnya. Dah la dapat kulit cantik, ada rezeki dapat hadiah pula. Macam mana nak beli? Boleh klik link di bawah ye :

Post a Comment

0 Comments