5 Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel Dalam Norma Baharu | Assalamualaikum semua... Amboi, tengah packing barang ke tu?? Sejak rentas negeri dibenarkan ramai yang dah mula keluar untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Ye la, dah lama sangat duduk di rumah kan. So, ini lah masanya untuk merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam. Ye, sis paham ramai yang dah kebosanan asyik terperap kat rumah malah ada yang dah sampai tahap depresi. Sis sendiri pun dah 2 tahun tak pergi bercuti. Last sis bercuti ke Hatyai pada awal tahun 2020. Jadi inilah masanya untuk pergi travel.. yayyyy..
Namun sejak pandemik Covid-19 melanda, dah tentu kehidupan kita tak seperti dulu. Kini kita perlu membiasakan diri dengan amalan norma baharu dan banyak perkara perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita seperti sentiasa memakai pelitup separuh muka (face mask) bila keluar rumah, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, sentiasa amalkan kebersihan diri seperti sentiasa basuh tangan dan menggunakan hand sanitizer. Selain dari itu, kita juga perlu mengambil vaksin serta sentiasa mengimbas MySejahtera di mana-mana lokasi. Aish, kalau sis nak senaraikan banyak lagi sebenarnya 'Standard Operating Procedure (SOP)' atau dalam Bahasa Melayu nya adalah Garis Panduan & Operasi Standard yang perlu kita patuhi sejak wabak Covid-19 menular di seluruh dunia.
5 Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel Dalam Norma Baharu
1) Pelitup Separuh Muka (Face Mask)
Kalau dulu pakai pelitup separuh muka (face mask) ni time jerebu teruk je. Tapi sekarang bila melangkah keluar je dari rumah memang kena pakai face mask. Ini adalah kerana virus Covid-19 boleh merebak melalui udara. Jadi pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan sebagai langkah pencegahan dari jangkitan virus Covid-19.
Di pasaran ada macam-macam jenis face mask. Ada yang jenis 3 ply, 4 ply, fabrik dan tak kurang juga jenis yang mahal. Macam sis pakai jenis biasa yang 3 ply je tapi sejak varian Delta menular sis akan pakai 2 lapis yang 3 ply punya untuk lebih selamat. Kebetulan sis beli stok banyak so habiskan dulu la mana yang ada kan. Tapi seeloknya guna yang 4 ply. Kalau pakai sekali dengan Face Shield lagi bagus. Memandangkan bila travel ni kita akan kerap keluar, sila bawa face mask extra ye sebab kita kena tukar selalu. Ingat, jangan repeat pakai tau... no no no...
2) Hand Sanitizer Dan Tisu Basah (Wet Tissue)
Semenjak Covid-19 melanda, kebersihan diri amat perlu dititikberatkan. Setiap kali balik ke rumah perlu mandi manakala tangan pula perlu kerap dibasuh dengan sabun. Tapi kalau tengah travel, susah pula nak cuci tangan selalu kan. Jadi sebagai alternatif, penggunaan Hand Sanitizer sangat diperlukan. Tak perlu yang saiz besar, cukup botol kecil. Tak kisah jenama apa pun tapi sis prefer yang jenis spray sebab senang nak sembur pada tangan dan juga permukaan yang akan kita sentuh seperti tombol pintu, meja dan lain-lain.
Biasanya kalau ke mana-mana sis mesti bawa tisu tapi sejak Covid-19 melanda sis lebih prefer bawa tisu basah. Bukan apa, lebih mudah untuk wipe permukaan yang akan sis sentuh. Ye la, virus covid-19 ni kita tak nampak dan kita juga tak tahu siapa yang pernah sentuh tempat yang sama kan. Jadi sebagai langkah keselamatan, sis akan sembur dengan sanitizer dan lap dengan tisu basah.
3) Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-Test Covid-19 Test Kit)
Ok, yang ni keperluan yang baru sahaja disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau sebelum ni kena buat swab test untuk mengetahui sama ada kita telah dijangkiti Covid-19. Uish, seram tau kena jolok hidung tapi sekarang di pasaran sudah ada Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-Test Covid-19 Test Kit). Yang sis bawa ni jenis ujian menggunakan air liur so tak perlu jolok hidung. 😅
Sebelum travel ke mana-mana kita perlu membuat ujian kendiri Covid-19 untuk memastikan kita tidak dijangkiti virus Covid-19 dan supaya kita juga bukan pembawa virus. Bukan tu je, adalah perlu untuk membawa Kit Ujian Kendiri COVID-19 semasa travel sebab senang nak check kalau-kalau masa travel ada simptom-simptom seperti demam atau hilang deria bau. Jika ada simptom, cepat-cepat buat test tau.
4) Pulse Oximeter dan Termometer
Kalau sebelum ni bila travel selalunya sis akan bawa ubat-ubatan asas untuk demam, cirit-birit, batuk dan selsema tapi sekarang ada 2 keperluan kesihatan yang sis turut bawa iaitu Termometer dan Pulse Oximeter. Sejak Covid-19 melanda, setiap hari sis akan check suhu badan dan juga paras oksigen. Jadi bila travel takkan taknak check kan. So, 2 barang ni perlu juga dibawa bersama. Mudah untuk pantau kesihatan diri setiap hari.
5) Produk Untuk Kesihatan Dan Kecergasan Badan
Sepanjang musim pandemik melanda ni memang sis risau sangat kalau jatuh sakit. Jadi bagi membantu memastikan kesihatan badan sis mengamalkan pengambilan produk kesihatan. Dalam banyak-banyak produk di pasaran, sis memilih AFYAA Hayyiba kerana terpikat dengan kandungan bahannya serta banyak testimoni yang berpuas hati dengan produk ini.
Apa yang menarik mengenai AFYAA Hayyiba adalah ia hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan makanan sunnah. Bukan tu je, bahan ramuan yang digunakan adalah halal serta dijamin bersih dan berkualiti. Perkara ini diakui oleh Prof Dr Abdul Malik Musharat selaku Gov. Liason Halal Consultant AFYAA.
Macam yang sis cakap kat atas, sis jatuh hati dengan AFYAA Hayyiba kerana kandungan bahan utama nya iaitu ramuan eksklusif Thymocid®️ Ekstrak Habbatus Sauda dari Amerika Syarikat dan Polypeptide-k (PPk™️) Ekstrak Biji Peria buatan Malaysia. Semua orang mesti tahu kan Habbatus Sauda ni sangat bagus untuk kesihatan badan dan membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida dan anti-radang. Manakala peria pula sangat bagus untuk membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu ada juga bahan kandungan lain seperti Ekstrak Gymnema Sylvestre, Ekstrak Kayu Manis, Ekstrak Mengkudu, Ekstrak Misai Kucing, B-Kompleks dan Kromium.
Sejak amalkan AFYAA Hayyiba ni memang sis rasa lebih bertenaga dan cergas. Biasanya kalau dah lama terperuk kat rumah ni rasa badan lemau je kan. Tapi sekarang ni dah nampak perubahan, kurang mengantuk dan badan rasa segar je. Nampak bantal pun dah tak hirau dah. So, memang sis takkan miss untuk consume setiap hari. Saiznya di dalam pek kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana. Nak consume pun tak susah. Hanya koyakkan sachet dan minum terus. 1 sachet untuk 1 hari. Lagipun time travel kan kita memerlukan energi yang tinggi serta kesihatan yang optimum tambah-tambah pula time pandemik ni kan. Maka AFYAA Hayyiba memang sangat-sangat membantu kerana ia dapat meningkatkan stamina dan juga imuniti dalam badan. Baru la seronok nak travel dan menikmati keindahan alam.
Jatuh Cinta Dengan Produk AFYAA
Oppsss terpromote lebih pulak pasal AFYAA ye. Tapi demi pembaca kesayangan sis, ni kira bonus la untuk korang sebab sudi baca entri sis kali ni. Yeahhh "Sharing is Caring" gichuuu. By the Way, korang pernah dengar AFYAA? Bagi yang belum pernah dengar, AFYAA merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk bagi menanamkan nilai hidup dengan sihat. AFYAA juga turut memberi pengguna kaedah terbaik untuk mengekalkan kesihatan, melalui penggunaan ramuan sunnah yang sangat digalakkan dalam Islam. Ha, tahu tak siapa founder AFYAA? Masih ingat dengan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas? Ya, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan founder AFYAA. Beliau juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik.
Mesti korang hairan kenapa sis cerita pasal AFYAA kan. Sebenarnya sis dah jatuh cinta dengan AFYAA sejak consume AFYAA Ryndu. Kalau korang nak tau inilah rahsia sis untuk kelihatan lebih anggun walaupun hakikatnya tahun ni sis dah masuk usia 40 tahun. Sama seperti tagline AFYAA Ryndu 'Rahsia Yang Nyata Dan Unggul'. Pssttt... Now untuk pembaca setia sis, ini bukan rahsia lagi tau. hihi
Ok, nak share sikit pasal AFYAA Ryndu ni. Ia diperkaya dengan ramuan premium seperti Red Orange Complex, Ekstrak Yis Torula, Ekstrak Biji Anggur, Superoxide Dismutase, Vitamin C dan Zink Sitrat. Apa yang bagusnya AFYAA Ryndu ni dapat membantu melindungi kulit sis dari sinaran UV, mengekalkan keanjalan kulit serta menjadikan kulit lebih cerah dan berseri-seri. So, kalau nak travel ni of course sis akan bawa AFYAA Ryndu sekali. Takde la risau nak tadah muka bawah terik matahari. hehe
Jadi ni la sharing sis untuk kali ni. So, kalau korang dah merancang nak travel tu boleh la sediakan semua barang-barang keperluan ni ye. Happy tu happy juga tapi jangan lupa, virus Covid-19 pun happy juga nak menyambut kita. Sama-sama lah kita berganding bahu menjaga kesihatan diri dan juga memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Akhir sekali, jaga diri jaga SOP.. adioss...
Jika ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AFYAA, boleh rujuk di sini :
Facebook : https://web.facebook.com/afyaaofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/afyaaofficial/
Website : https://afyaa.com/
15 Comments
Wahhh gi swimming pool mana tuuuu..btw afyaa tu mmg menarik ye
ReplyDeleteThank you for the sharing kak.boleh nanti prepare stuff yang penting sebelum bergerak ke mana-mana. Produk tu ty de try sebelum ni mmg best.
ReplyDeleteDulu kan mungkin ada dalam senarai ni kita tak bawa langsung kan? Sekarang ni banyak betul kita kena siap2 kan untuk pergi bercuti supaya kita dapat la jaga diri dan family kita. Tapi...sis berkenan la pulak topi tu...hehe
ReplyDeleteBagus dikbee sentiasa ingtakan apa yang wajib dibaa. Afyaa tu nad tak pernh cuba lagi. Bnayak khasiat produk tu ye. Bagus
ReplyDeleteMantaplah sis. Suka warna pakaging dia. Bukan main ya paperbag label awak dikbeee.com. Nak jugakkkkk! Kit tu best sesuai la utk travel.
ReplyDeletelengkap dah... mudah untuk kita bawa ke mana sahaja dengan ada set lengkap mcm ni
ReplyDeleteOh yes! Very true kan semua ni essential item for traveller now… Nell pernah try yang ni.. great produk kan! In love dengan produk Afyaa ni…
ReplyDeleteBagus ni, kena tau apa barang yang perlu di bawa supaya persediaan nak travel tu cukup dan selamat.. btw Afyaa tu memang bagus, pakaging dia pun mudah nak bawa dan sumbat bag kan..
ReplyDeleteWah menarik lak tengok Afyaa tu kan. Packaging senang bawa g travel memang wajib angkut ke mana-mana.
ReplyDeleteTak terfikir nak bawa produk kesihatan sekali. Aishh kena masukkan dalam list untuk dibawa ni. Bila tengok Afyaa ni rasa nak try juga. Biar bertenaga masa nak bercuti ni kan.
ReplyDeleteTrue in this new norm of travelling we really need to be equipped with what you have stated thanks for sharing.
ReplyDeleteAkak dalam beg memang dah sedia semua barang ni. Kalau utk travel tambah kuantiti lebih dr biasa. Siap ada bag utk benda ni aje. Almaklumlah ada 3 jenis face mask lg. Headloop fm, earloop fm dan kids fm. Hahaha.
ReplyDeleteYesss! betul semua ni memang perlu dibawa masa travel, I also need to get my Pulse Oximeter dan Termometer
ReplyDeleteokay noted sis. lepas nie mmg akan bawa barang2 nie utk travel. sangat diperlukan dan kena sentiasa berwaspada dgn keadaan sekeliling.
ReplyDeleteSemua benda dalam list dah ready ni untuk travel minggu depan
ReplyDelete