Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft’s Awesome Afternoon Tea | Assalamualaikum semua.. Setelah sekian lama tak berjumpa akhirnya dapat juga sis bersua muka dengan my partner in crime. Siapa lagi kalau bukan Kak Mas. Sebenarnya dia ni ex-housemate sis tapi sekarang dah jadi housemate balik. Happy sangat sebab takde la sis bosan sorang-sorang kat rumah. So, sebagai meraikan kehadiran Kak Mas, kami decide untuk makan-makan kat luar.
Memandangkan kami dah lama tak jumpa, mesti la nak cari tempat yang selesa dan santai untuk duduk minum-minum sambil berborak sakan. Jadi sis memilih lokasi WXYZ yang terletak di Aloft Kuala Lumpur Sentral sebab sis dapat tahu sekarang mereka telah membenarkan dine-in untuk menikmati Aloft’s Awesome Afternoon Tea dengan syarat dah lengkap vaksin. Lagipun sis memang suka environment di Aloft Kuala Lumpur Sentral ni. Sangat selesa dan tenang. Makanan kat sini pun sedap-sedap tau.
Bila sampai je WXYZ, seperti biasa kena la scan mysejahtera dan suhu dulu. Ruangan di WXYZ ni juga luas dan ada penjarakan di antara meja. So tak perlu khuatir. Kami disapa mesra oleh staff kat situ dan terus sis minta untuk menikmati hidangan Aloft’s Awesome Afternoon Tea. Sambil-sambil menunggu makanan tiba, sis ambil peluang untuk melihat sekitar kawasan situ. Happy bila tengok kelibat tetamu yang datang. Ye la, dah lama tak keluar rumah kan. sesekali kena la juga keluar untuk rehatkan minda.
Apabila makanan sampai, teruja tengok dekosi hidangan Aloft’s Awesome Afternoon Tea ni. Semuanya cantik, comel dan disusun di dalam sangkar burung. Dalam hidangan ni ada 2 jenis iaitu savoury and sweet delights seperti homemade classic and raisin scones, Crab Roll on Compressed Watermelon with Olive Dust, Smoked Salmon on Toast sprinkled with Lumpfish Roe, Rolled Asparagus & Turkey Ham with Herb Ricotta, Apple Crumble Muffins, Black Forest Roulade dan banyak lagi.
Hidangan ni termasuk dengan air teh tapi kalau nak order air minuman lain pun boleh juga. Macam biasa sis ni hantu Latte jadi sis pun laju je la order. Lama tak pekena latte. Bancuh sendiri tak sedap. Ahakkk.. Kak Mas macam biasa la. Dia tak minum kopi so teh just nice for her.
Macam biasa mesti korang nak tau harga kan. Aloft’s Awesome Afternoon Tea set ni berharga RM128+ dan setiap set ni portion untuk 2 orang makan. Aloft’s Awesome Afternoon Tea ni boleh dinikmati setiap hujung minggu antara pukul 2pm hingga 5pm di WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral. Bagi yang ingin dine-in wajib lengkap vaksin manakala take away dan delivery juga ada disediakan. Disarankan untuk buat reservation dahulu ye sebab seat limited. Boleh call (03) 2723 1154 atau email kulal.b&f@marriott.com to book. Info lanjut boleh rujuk Aloft Kuala Lumpur Sentral.
0 Comments