Coolblog Cawangan Ke-263 Dibuka Di Ampang Point Shopping Centre | Assalamualaikum semua.. Perasan tak lately ni cuaca panas lain maciam. Aish kalau dapat pekena something yang dapat sejukkan tekak kan best. Terus teringat Coolblog. Yumm yumm sedapnyaa. Ahaa, bila sebut pasal Coolblog ni sis ada berita baik untuk warga Ampang sebab Coolblog telah membuka cawangan ke-263 mereka di Ampang Point Shopping Centre. Design outlet Coolblog ni dan yang terbaru di Ampang Point ni bagi sis nampak comel dengan warna pink. Sempat la sis berposing depan outlet ni buat kenangan. hehe
Alhamdulillah, majlis perasmian bagi pembukaan cawangan Coolblog ini disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd semalam. Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato' Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.
Walaupun majlis diadakan dalam musim pendamik dan mengikut SOP tetapi tetap tidak membantutkan acara tau. Seronok dapat berkongsi kemeriahan bersama Coolblog di mana pembukaan ini adalah cawangan yang ke-16 yang dibuka untuk tahun 2021 manakala 16 lagi cawangan pada akhir tahun ini. Coolblog berbesar hati berkongsikan antara senarai lokasi cawangan yang akan dibuka selepas AMpang Point. So, korang yang berhampiran dengan lokasi ni boleh la serbu nanti ye. Ni antara senarainya :
Selangor - Puncak Jalil, Lotus's Ara Damansara, Hero Market Bandar Puteri Jaya, Pasaraya Big Serdang
Kuala Lumpur - BHP MRR2, BHP Jalan Kepong
Pahang - Tunas Manja Transit Point
Johor - Pasaraya Nirwana Tongkang Pechah
Johor - Pasaraya Nirwana Tongkang Pechah
Kedah - Kompleks Perniagaan Gurun
"Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda. Penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama, cawangan Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan."
"Selain itu, Coolblog, sebuah jenama francais pemenang pelbagai anugerah dengan program francais yang berpatutan, komited untuk membantu bakal usahawan dalam merealisasikan impian mereka memulakan perniagaan sendiri dengan menjadi francaisi Coolblog. Beberapa francaisi telah bersama Coolblog selama beberapa tahun dan memiliki rangkaian cawangan Coolblog."
~ Sueli Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog ~
"Sebagai syarikat tempatan, kami amat berbangga melihat betapa setianya pelanggan kami terhadap jenama dan produk kami. Walaupun menghadapi cabaran disebabkan pandemik, Coolblog tetap utuh bertahan kerana dedikasi pelanggan kami, komitmen warga kerja kami serta sokongan yang berterusan dari francaisi kami, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih dari 8 tahun."
~ Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd ~
Percaya tak kalau sis cakap yang Coolblog ni dah 15 tahun beroperasi? Yes, tanpa sedar dah 15 tahun Coolblog menjadi jenama minuman pencuci mulut halal tempatan. Coolblog terkenal berinovasi menghasilkan minuman dengan inspirasi tempatan dan antarabangsa untuk para pelanggan. Sebagai contoh, kolaborasi bersama FarmFresh untuk minuman kathira dan smoothie susu kurma pada bulan Ramadan yang IaIu, serta smoothie perisa durian dan cendol sempena Hari Malaysia. Korang dah try ke belum? Kalau belum meh lekaih ke Coolblog. Pssttt.. dengar kata bulan november ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama bersama Red Bull. Ha, nantikannnn..
Bagi pelanggan yang datang masa majlis pembukaan ni, ada promosi 'Buy 1 Free 1' dan berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah 'Prize Spinner' tau. Hadiah yang dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik. Untung betul. Sape yang terlepas jangan sedih, ada lagi promosi 'Buy 1 & Get 2nd Drink at 50% Off" dalam tempoh 7 hari. So, warga Ampang yang berhampiran sila jangan lepaskan peluang ni untuk datang beramai-ramai ke Coolblog di Ampang Point.
Bagi yang jauh, next time kalau ada lagi pembukaan cawangan baru di kawasan berhampiran, kena serbu tau. Serius berbaloi promosi mereka. Boleh follow rapat-rapat sosial media Coolblog untuk info terkini.
Website : https://www.coolblog.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/coolblog.my
Instagram : https://www.instagram.com/coolblogmalaysia/
0 Comments