Resepi Spicy Tuna Bread : Jangan Membazir Roti Dah Nak Expired | Assalamualaikum semua.. Pernah tak korang beli roti, lepas tu tak habis. Sama la macam kat rumah sis ni. Bila time takde roti, sibuk je mencari. Tapi bila ada, pandang sebelah mata je. Tau-tau je dah nak expired. Alamak, sayangnya. Takkan nak buang kan. Membazir nanti.
So untuk mengelakkan pembaziran, apa kata sis kongsikan satu resipi iaitu Spicy Tuna Bread yang memang sedap dan mudah disediakan. Tapi kalau ada budak kat rumah, boleh je kalau tak nak buat pedas. Just guna tuna yang tak pedas tu. Karang meraung pulak anak-anak makan. hehe. By the way, untuk resepi Spicy Tuna Bread ni sis guna tuna Ayam Brand dan akan dibakar menggunakan Gaabor Air Fryer.
Ni bahan-bahan Spicy Tuna Bread. Alamak, roti tak cukup sekeping pulak.. hehe |
Resipi Spicy Tuna Bread
(cadangan hidangan = 4 ketul)
Bahan-Bahan :
4 keping Roti (sis guna roti Gardenia)
1 tin isi tuna pedas (sis guna jenama Ayam Brand)
2 keping keju (sis guna Cheesedale)
2 biji telur
4 bekas aluminium foil bentuk cup
Cara masak :
- Potong roti bahagian tepi dan masukkan roti dalam aluminium foil.
- Letak isi tuna, telur dan cheese sebagai inti.
- Bakar dalam Gaabor Air Fryer selama 7 minit.
Masukkan tuna dan telur ke dalam roti |
Cover dengan kepingan keju (potong 4) |
Masuk je dalam air fryer, senang.. hehe |
Tadaaaa... dah siap dah Spicy Tuna Bread sis. Serius mudah sangat buat resepi ni. Sedap pulak tu. Bila buat macam ni confirm roti akan habis cepat. Silap-silap baru sehari beli dah habis. Hahaha.. tapi ok la, orang tua-tua selalu pesan jangan membazir kan. So, roti yang dah nak expired tu meh la dibuat Spicy Tuna Bread.
Dah siap, senang kan resipi Spicy Tuna Bread ni |
Abaikan muka sis yang pelik sebab kening tak menjadi tu. Dah macam kening Shin Chan dah. hahahaha.. Selamat mencuba resepi sis. InshaAllah, Nanti next entri sis akan cerita pasal Gaabor Air Fryer pulak. Ok... adios
1 Comments
Hey nak kena buat ni… ok cari bahan
ReplyDelete