[Contest] Click for U.S. Potato Goodness : Resipi Beef And Potato Stew | Assalamualaikum semua.. Pejam celik pejam celik dah 2 minggu sis duduk di kampung. Lately ni asyik hujan je kat sini. Biasalah hujung tahun kan musim tengkujuh. Mujur la kawasan kmpung sis ni bukan kawasan banjir. Tapi rasa sejuk dah macam duduk kat oversea. Bila suasana sejuk ni perut mula la asyik lapar je. Ni kalau dapat hirup kuah panas-panas memang sedap. So, sis decide untuk masak Beef And Potato Stew. yummyy..
Resepi Beef And Potato Stew ni adalah salah satu masakan dari barat dan yang istimewanya sis menggunakan kentang A.S (U.S Potatoes). Sebagaimana yang kita tahu di pasaran ada pelbagai jenis kentang kan. Tapi bagi sis kentang A.S ni best sebab teksturnya yang cepat empuk dan tak kisah la dimasak dengan apa cara sekalipun seperti panggang, steam, rebus ataupun goreng, rasa kentang A.S ni tetap sedap. Apa yang bagusnya U.S Potatoes merupakan sumber yang bagus untuk Vitamin C, B6 dan Potassium. Rendah kandungan lemak, sodium dan kolestrol-free tau. Memang sesuai untuk dimakan seisi keluarga.
Resipi Beef And Potato Stew
Nak masak Beef And Poato Stew ni senang je. Hanya perlu sediakan bahan-bahan untuk masak, kemudian masuk je semuanya ke dalam periuk yang berisi air. Semudah ABC gichuu. Tempoh untuk memasak pun tak lama kalau guna kentang A.S sebab kentang ni cepat empuk. Cuma daging je la yang ambil masa sedikit untuk rebus dan dapatkan stok daging. Berikut video cara masak Beef And Potato Stew.
Slide ke kanan untuk video cara masak
Contest Click for U.S. Potato Goodness
Amacam, sedap tak?? Jika sedap, sis nak mohon bantuan untuk korang semua untuk klik Full Resipi Beef And Potato Stew di link ni 👇
Resipi Beef And Potato Stew |
Harap-harap korang sudi la untuk klik link di atas sebagai sokongan kepada sis dan semoga sis berjaya memenangi Contest Click for U.S. Potato Goodness ni. Mana la tau ada rezeki sempena birthday sis 27hb November 2021 ni. hehe, jemput support tau 💗
Contest Untuk Pembaca Setia Dikbee.com
Sebagai penghargaan, sis juga nak menjemput semua pembaca setia sis untuk menyertai Peraduan Masak Bersama U.S Potatoes di mana ada hadiah menarik menanti korang. Berikut maklumat lanjut mengenai peraduan ni.
Cara penyertaan :
1) Pilih mana-mana resipi di website 👉 https://uspotatogoodness.com.my/potato-recipes/
2) Masak resipi tersebut dan ambil gambar cantik-cantik
3) Hantarkan gambar dan resipi yang korang pilih ke email dikbee81@gmail.com
Tarikh tutup penyertaan : 25hb November 2021
Hadiah Untuk 3 orang pemenang
- Wang tunai RM50 setiap pemenang
- Layak untuk National Grand Prize iaitu sebuah Air Fryer
Tarikh pengumuman pemenang : 30hb November 2021
Meh Support Contest Click for U.S. Potato Goodness sis ye |
Untuk pengetahuan korang, dalam website uspotatogoodness.com.my ada banyak resepi berasaskan Kentang A.S yang menarik untuk dicuba. Dari Appetizer, Breakfast/Brunch, Dessert, Main Dish, Salad, Side Dish, Snack, Soup dan menu untuk bekal ke sekolah pun ada tau. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Jadi jangan lupa untuk join Contest Click for U.S. Potato Goodness dan mencuba resipi Beef And Potato Stew ataupun resipi yang lain. Ajak kawan-kawan serta keluarga untuk join sekali. Mana tau ada rezeki untuk korang juga. All the best tau 😍
2 Comments
sedapnyaaaa
ReplyDeleteSedappp.. Kalau pekatkan sket leh mkn dengan roti. Yg ni kitorg makan dengan nasi 🤗
Delete