Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum semua.. Adoii, tetiba tekak sis teringin nak makan roti john. Rasanya dah lebih 2 tahun kot tak makan roti john. Biasanya sis beli di pasar ramadan time bulan puasa je. Tapi sejak PKP memang sis tak jejak mana-mana bazar ramadan mahupun pasar malam. Takut la nak pergi sebab ramai orang kan. Risau juga takut-takut Covid-19 menunggu. Nauzubillahi min zalik... minta dijauhkan la dari dijangkiti dari sebarang penyakit.

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap

Sebenarnyakan nak buat roti john ni tak susah pun. Bahan yang digunakan pun tak banyak. So apa lagi, terus la ke dapur buat sendiri. Kebetulan stok sardin Ayam Brand ada kat rumah, jadi sis decide untuk buat Roti John Sardin Ayam Brand. haha, kemain siap mention jenama. Actually apa-apa brand pun ok cuma sis memang selalu simpan stok sardin Ayam Brand ni. Senang nak masak bila teringin. Ok, sila rujuk resipi di bawah ye :

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap


Resipi Roti John Sardin Ayam Brand


Bahan-bahan :
425g Ayam Brand Sardin dalam Sos Tomato
3 ketul roti panjang
4 biji telur
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 biji cili merah besar (dipotong dadu)
Sedikit Daun bawang
Garam secukup rasa

Hiasan :
Tomato (dipotong nipis)
Timun (dipotong nipis)
Sos cili dan mayonis

Cara masak :
1) Lenyekkan isi Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand
2) Masukkan 2 biji telur dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati
3) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
4) Sementara tunggu minyak panas, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk kecil dan masukkan isi sardin tadi. Ini untuk menjadikan bancuhan lebih cair
5) Masukkan bancuhan sardin dalam kuali
6) Taburkan bawang, cili merah dan daun bawang.
7) Tambahkan isi sardin supaya lebih tebal
8) Letakkan roti yang telah dibelah 2
9) Bila dah agak nak masak, terbalikkan roti.
10) Angkat dan hiaskan dengan tomato, timun, sos cili & mayonis.

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap

Tadaaa.. Dah siap dah Roti John Sardin menggunakan sardin Ayam Brand. Mudah je kan nak buat. Sedap pulak tu. Memang penuh inti sardin sis bubuh. Ni kalau jual rugi ni.. hahahaha. Ala, kita yang buat dia. Suka hati la nak buh banyak mana inti sardin tu kan. Tapi kalau korang tak suka sardin, boleh la gantikan dengan isi ayam atau daging. Beli je jenis yang dah siap cincang tu. Senang nak masak.

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap

So, korang jangan lupa cuba tau resepi Roti John Sardin Ayam Brand ni. Memang sangat-sangat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan. Okla, sis nak makan... adios



Post a Comment

0 Comments