PNB umum dividen ASB 2021 Sebanyak 5.00 Sen Seunit | Assalamualaikum semua... Wahh, benda yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun telah pun terungkai semalam apabila syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit menjadikan jumlah Dividen ASB 2021 adalah 5.00 Sen Seunit. Ia membabitkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB. Dari segi pengiraan pula memang sis tak berapa expert tapi tak perlu risau. Nanti just semak je melalui Portal myASNB. Oh ya, jangan check sekarang sebab ASB akan buka semula urusniaga pada 3 Januari 2022 nanti.
Alhamdulillah, walaupun tak sebanyak dulu tapi sekurang-kurangnya tidak la berkurang dari tahun lepas kan. Maklum la 2 tahun kebelakangan ni ekonomi negara tak menentu dengan kehadiran Covid-19. Pendapatan sis sendiri pun sedikit terjejas. Ya, sebagai salah seorang yang menyimpan di dalam ASB tentunya sis menunggu-nunggu pengumuman ni sebab dapat la juga sis buat sesuatu dengan dividen tersebut. Untuk refresh balik ingatan berikut carta Dividen ASB dari tahun 2013 sehingga 2020.
Carta ni sis jumpa kat facebook |
Untuk Info Lanjut layari : www.asnb.com.my
0 Comments