Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods

Majlis Pelancaran Kempen Dan Perlantikan Duta TopzMall 2022 CNY Goods | Assalamualaikum semua... Sekarang ni zaman dah moden, segalanya serba canggih dengan kemajuan teknologi yang membuatkan semua benda berada di hujung jari je. Sebut je nak apa, semuanya boleh didapati dengan mudah secara online. Seiring dengan kemajuan ni, bagi sesiapa yang ada perniagaan memang digalakkan untuk turut menjalankan perniagaan atas talian (secara online). Sehubungan dengan itu, TopzMall telah diwujudkan bagi membantu para usahawan untuk memasarkan produk mereka.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Sis menghadiri Majlis Pelancaran TopzMall '2022 CNY Goods Campaign'

Terbaru, TopzMall selaku platform e-Dagang tanpa sempadan telah melancarkan "2022 CNY Goods Campaign" yang diadakan di Sunway Resort Hotel pada 16 December 2021 yang lalu. Sis sendiri rasa bertuah sangat kerana dapat menghadiri majlis ni. Masa melangkah je masuk ke dalam dewan Sunway Grand Lagoon Ballroom, mata terus terpaku dengan kemeriahan suasana gilang gemilang dan turut dihadiri beberapa rakan niaga TopzMall yang membuka booth untuk mempromosikan produk mereka.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Dari kiri - Celebrity Chef Ivan, CEO of TopzMall Mr. Calvert Choo, TopzMall 2022 CNY Goods Campaign Ambassador Jeryl Lee

Acara berlangsung dengan meriah dan kemuncak acara adalah memperkenalkan artis Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta bagi "2022 CNY Goods Campaign". Jeryl Lee Pei Ling adalah seorang penyanyi wanita berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sepanjang kerjaya nyanyiannya, beliau banyak terlibat dalam pelbagai pertandingan nyanyian tempatan dan antarabangsa. Perlantikan Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta akan dapat meningkatkan pemasaran produk buatan Malaysia dan Barangan CNY TopzMall 2022 ke platform antarabangsa. Selain itu, Selebriti Chef Malaysia Chef Ivan Tan juga telah bermula menjual hidangan Tahun Baru Cina terus di TopzMall 2022 CNY Goods Campaign dengan harga promosi dan ia menjadi produk utama untuk Perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Artis Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta bagi "2022 CNY Goods Campaign"


Video Majlis Pelancaran TopzMall "2022 CNY Goods Campaign"


Berikut sis kongsikan video sekitar Majlis Pelancaran TopzMall "2022 CNY Goods Campaign" untuk tatapan pembaca semua. Meriah kan..



Pengenalan Mengenai TopzMall


Sis pasti ramai yang masih belum mengenali TopzMall kan. Untuk pengetahuan semua, TopzMall mula bertapak di Malaysia pada tahun 2020 dengan mengumpulkan beberapa syarikat dan usahawan kecil dari serata Asia Tenggara. Platform ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mencipta program mini e-dagang bagi membantu para usahawan meluaskan pasaran dan seterusnya meningkatkan hasil jualan.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Antara tetamu VIP yang hadir

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Program mini e-dagang TopzMall

Walaupun masih baru tapi dengan strategi yang hebat TopzMall berjaya melepasi prestasi jualan yang mantap iaitu sebanyak RM16 juta untuk tahun 2020. Wow, terbaik la TopzMall. Jika dari tahun ke tahun TopzMall terus mendapat sokongan padu daripada jenama terkenal, tak mustahil TopzMall akan menjadi salah satu platform beli-belah dalam talian terbesar di Asia.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Dari kiri - Mr. Ivan Tan, Ms. Shirley, Mr.Ahmad Salman Bin Ahmad Fua'ad, Madam Carol Fung, Mr. Calvert Choo, Ms. Jeryl Lee, Datuk Ringo Low, Mr. Simon Wong

“Tahun lalu kami hanya mencuba pasaran, melihat kepada jumlah jualan
dalam tempoh setahun iaitu 16 juta, kami yakin model perniagaan dengan
bergabung bersama rakan strategi telah berjaya. Selepas ini, kami akan
bergabung dengan lebih ramai rakan strategi. Sebagai contoh aplikasi Yippi,
penggunakan aplikasi berkenaan boleh mengakses TopzMall secara terus
tanpa perlu mendaftar, sebalik mereka terus boleh membeli-belah. Kami juga
merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall. Masyarakat
Muslim bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.Oleh itu, kami
mahu membawa produk halal jenama tempatan masuk ke pasaran
antarabangsa,”

“Sijil halal Malaysia mempunyai kreadibiliti yang kukuh berbanding sijil halal
antarabangsa lain. Bukan mudah untuk mendapatkannya dan perlu melalui
pelbagai prosedur yang cukup teliti. Jadi, kami berharap selepas ini peniaga
produk halal tempatan boleh menyertai kami di TopzMall dan menjual produk
mereka ke seluruh dunia.Buat masa ini kekuatan kami adalah di China kerana
majoriti pelanggan datangnya dari sana. Pasaran halal di China juga cukup
besar, kami berharap pemilik produk halal tempatan tidak akan melepaskan
peluang yang ditawarkan apabila kategori halal diperkenalkan dalam
TopzMall,”
~ Encik Calvert Choo, CEO of TopzMall ~

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Encik Calvert Choo, CEO of TopzMall


Kelebihan Menjadi Rakan Niaga (Merchant) TopzMall


Wah, tahun pertama pun dah boleh capai jualan RM 16 Juta tu. Ini menunjukkan TopzMall memang mempunyai platform yang hebat. So kepada para usahawan yang nak kembangkan perniagaan boleh la menjadi rakan niaga (merchant) TopzMall. Berikut adalah 5 sebab kenapa para usahawan menyertai TopzMall :

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Top 5 reasons to join TopzMall

1) Menjangkaui pelanggan di seluruh dunia - Tidak menghadkan perniagaan hanya di pasaran tempatan malah meliputi dan mampu menarik pelanggan di seluruh dunia

2) Trend Program Mini - Trend baharu e-dagang di asia tenggara, pengguna boleh mengakses TopzMall dengan mudah daripada mana-mana aplikasi seperti Yippi

3) Kempen Jualan Kreatif - TopzMall akan mengadakan pelbagai kempen seperti Double Digit Sales Campaign. Peniaga juga boleh mempromosikan produk secara kreatif melalui TopzMall Group Buy, Flash Sale dan lain-lain kempen jualan kreatif.

4) Khidmat pemasaran dengan KOL - Promosikan produk dengan menggunakan khidmat KOL untuk memperkenalkan jenama dan memberi keyakinan kepada pelanggan

5) Kursus panduan jualan secara intensif (one-to-one) - Tak pandai berniaga dalam e-dagang? Jangan risau, TopzMall menyediakan panduan jualan secara one-to-one kepada setiap peniaga yang menyertai.

Bagus kan inisiatif yang disediakan oleh TopzMall ni. Memang banyak kelebihan yang bakal diperoleh oleh rakan niaga TopzMall di mana TopzMall menawarkan pelbagai strategi jualan dan latihan, termasuk latihan jualan, video promosi, dan Call To Action (CTA) untuk meluaskan pasaran terhadap pengguna antarabangsa melalui platform media sosial yang sedang trend bagi menarik minat mereka untuk membeli. Program latihan ini dicipta khas untuk setiap merchant yang menyertai TopzMall.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Pelbagai program menarik untuk merchant di TopzMall

Selain itu, rakan niaga juga akan dapat menikmati akses kepada perkhidmatan kandungan kreatif percuma daripada TopzMall untuk mempromosikan produk mereka dan mencipta ekosistem e-dagang yang baik. Dengan adanya akses sebegini, sasaran pasaran akan menjadi lebih luas dan membantu peniaga mengeksport produk mereka ke luar negara seperti China, Vietnam dan Filipina

Bagi menyokong pasaran dan kempen tersebut, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) menggalakkan semua Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga perniagaan tradisional di Malaysia untuk mendigitalkan perniagaan mereka dengan menyertai platform seperti TopzMall untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih luas tanpa sempadan.

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Suasana di majlis pelancaran

Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) juga akan membantu mempromosikan Pelan Transformasi Digital Selangor, memupuk bakat digital Selangor, dan merapatkan jurang digital, mempromosikan syarikat baharu selangor sebagai simbol teknologi serantau, memperkasakan PKS selangor dalam pendigitalan, menggalakkan digital selangor. dan pelaburan teknologi


Booth Rakan Niaga TopzMall


Wow, banyak betul benefits untuk menjadi rakan niaga TopzMall ni. Kalau la sis ada business sendiri mau sis join juga. By the way semasa majlis pelancaran ni, beberapa usahawan yang telah menyertai TopzMall turut sama memeriahkan majlis dengan membuka booth untuk mempromosikan produk mereka. So, apa lagi harus la sis terjah booth satu persatu. Ada beberapa jenama yang sis dah familiar tapi ada juga yang baru sis tau dan semua mereka menawarkan produk yang sangat bagus. Antaranya adalah :

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Keenon Malaysia

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Cubiloxe

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Afterday

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Lovemoment Florist

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Biosilk

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Tongee (KL) Sdn Bhd

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Namg Hin Medical Sdn Bhd

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth NUTRIbrown Rice

Majlis Pelancaran Dan Perlantikan Duta Kempen TopzMall 2022 CNY Goods
Booth Aik Cheong

Jadi kepada kaki shopping online, lepas ni boleh la tambah satu lagi list untuk korang layari. Sis tau mesti ramai yang terjebak shopping online tambah-tambah time PKP aritu. Sama la macam sis. Sekecil-kecil benda pun nak beli online sebab mudah dan pantas. Oh ya, kat bawah ni sis sertakan video bagaimana cara untuk shopping di TopzMall. Tengok sampai habis tau.


Ha, mudah kan. So, selamat shopping di TopzMall.. adios

#TopzMall #MDEC #Sidec #VITAMEDIA
#ASKPERT


Post a Comment

2 Comments

  1. Besnya, bhaya betul ni, asyik shopping je kjenyer..

    ReplyDelete
  2. tak pernah dgr lagi pasal Topzmall, tapi 16 juta kurang drpd setahun mmg wow!

    ReplyDelete