MB Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

MB Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina | Assalamualaikum semua.. Wahh, dia kembali gaisss. Setahun sis menunggu kehadirannya sebab sis still tak boleh move on dengan keenakannya. Ha, mesti korang nak tau apa dia kan. Yeahh, yang ditunggu-tunggu telah tiba. MB Egg-stra Ong kini kembali di Marrybrown sempena Tahun Baru Cina. Kali ni 'Egg-stra Ong, Lagi Power' dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan dan lebih ‘power’. Yayy, Marrybrown ni memang memahami la keinginan sis dan juga para peminat 'Salted Egg'.


Marrybrown ialah rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar yang sentiasa memberikan sesuatu yang berbeza kepada peminat memang terbaik mereka. Sinonim dengan slogan 'something different', Marrybrown sentiasa menyediakan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best tau. Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. Ha, tahun ni Marrybrown dah 40 tahun beroperasi tau. Ehem sama usia dengan sis.. ehh..

“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,”
~ Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown ~


Sajian MB Egg-stra Ong kali ni lagi power barbanding tahun lalu dengan rasa manis, masin dan pedas yang cukup membuatkan kita rasa kelazatan 'umami' di setiap suapan.
Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dan pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya! Peminat MB Egg-stra Ong boleh memilih hidangan secara :

Egg-stra Ong Chicken
Single
- dua ketul Ayam Egg-stra Ong harga dari RM12.70
- tiga ketul Ayam Egg-stra Ong harga dari RM18.50

Combo
- dua ketul Ayam Egg-stra Ong Combo harga dari RM17.90
- tiga ketul Ayam Egg-stra Ong Combo harga dari RM22.90
*Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange


Egg-stra Ong Chicken Burger
- Single
Burger Ayam Egg-stra Ong harga dari RM8.90
- Burger Ayam Egg-stra Ong Combo harga dari RM14.90
*Semua Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange.


Tapi jujur sis cakap MB Egg-stra Ong kali ni lebih special sebab ada taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Tapi kalau tak cukup juga boleh tambah sos telur masin lagi. Egg-stra Ong Sauce dijual dengan harga dari RM2.50.


Bagi mereka yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, mereka boleh memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80. Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.


“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,”
~ Dato' Joshua Liew ~


Serius sis cakap MB Egg-stra Ong ni memang sedap. Tu yang buat sis tertunggu-tunggu tu. Bila dah ada je di Marrybrown terus sis dapatkannya. So, kalau korang pun rindu nak menikmati MB Egg-stra Ong, sila la ke Marrybrown. Hidangan ini ditawarkan sehingga 28 Februari 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :




Post a Comment

0 Comments