Raikan Tahun Harimau Dengan Buffet Tahun Baru Cina 2022 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua.. Perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh masyarakat cina setiap tahun yang menandakan permulaan tahun baru mengikut kalendar lunisolar Cina. Tahun ini adalah Tahun Harimau yang merupakan binatang ke-3 dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bersempena kedatangan tahun baru cina nanti apa kata raikan ngauman harimau bersama kesayangan dengan menikmati buffet tahun baru cina di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral.
Pasti korang nak tau apa hidangan istimewa untuk Tahun Baru Cina kali ini kan. Hidangan pada tahun ini disediakan oleh Executive Chinese Chef Ng, Executive Chef Arfizan dan juga pasukan mereka yang sangat berbakat. Antara menu yang akan dihidangkan adalah Beijing Roast Duck, Kaunter Yee Sang, Wok-fried Chilli Crab, Baked Oriental Seabass with ginger & superior scallion sauce, Crispy Butter Prawns, Popcorn Cereal and Curry Leaf Chicken, Shanghai-style Chicken Roulade dan banyak lagi.
|
Baked 'Roulade Chicken Shanghai Style' |
|
Wok Fried Chili Crab |
|
Silken Soft Tofu In Black Bean Sauce |
|
Butter Prawn |
|
Stir Fried Beef With Ginger |
|
Red Snapper In Dry Shrimp Cantonese Broth |
|
Loh Duck |
|
Salted Fish Fried Rice |
|
Chinese Mango Coconut Pudding |
|
Mandarin Orange Trifle |
|
Asian Style Sesame Chicken Salad |
|
Oriental Apple With Pamelo Salad |
|
Jelly Fish Salad With Mango |
|
Hananese Chicken Rice |
Menarik kan... sis dah rasa semuanya sedap. Memang kena dengan selera sis. Harga bagi Buffet Tahun Baru Cina di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah :
Tarikh : setiap Jumaat dan Sabtu bermula 14 Jan hingga 12 Feb 2022
Harga : RM168/seorang (31 Jan)
Harga : RM138/seorang pada semua tarikh lain
*kanak-kanak bawah 12 tahun dpt diskaun 50%
Kehadiran Tahun Baru Cina takkan lengkap tanpa Yee Sang. Walaupun sis bukan orang cina, tapi sis suka Yee Sang tambahan pula kalau bahan yang digunakan adalah premium. Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral ada menyediakan Yee Sang juga. Tahun ini ada 3 pilihan iaitu Shimmery Crystalline Iceplant Yee Sang, Bountiful Salmon Yee Sang dan Doule Happiness Abalone & Salmon Yee Sang. Yee Sang ni boleh dinikmati secara dine-in ataupun take-away dengan harga bermula dariRM98. Tempahan
mesti dibuat 48 jam lebih awal.
|
Tiger Theme Yee Sang |
Jika tak dapat meraikan Tahun Baru Cina di Nook, boleh juga menikmati hidangan istimewa yang sedap ni di rumah bersama kesayangan. Ada dua Rocking Roast Takeaway Sets dan juga pelbagai hidangan Ala Carte yang boleh dipilih iaitu hidangan utama legenda yang membentuk Rocking Roast Duck atau Rocking Roast Chicken set. Cantonese Roast Duck disediakan dengan sos plum atau War Shu Gai yang terkenal manakala Crispy Boneless Almond Chicken pula dihidangkan bersama sos oren yang pedas. Kedua-duanya datang dengan tiga hidangan sampingan, termasuk satu nasi, satu hidangan sayur-sayuran dan pencuci mulut, dan setiap set boleh dimakan sehingga lima orang.
Dari segi harga pula, Set Rocking Roast Duck dijual pada harga RM218 dan set Rocking Roast Chicken dijual pada harga RM198. Berikut pula harga bagi menu Ala Carte seperti Pei Pah Roast Chicken (RM88), War Shu Gai Almond Boneless Chicken (RM108), Cantonese Roast Duck (RM108), Seafood Taro Pot (RM58) dan banyak lagi. Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal. Lebih menarik lagi, pengunjung dalam radius 10km dari Aloft menikmati penghantaran percuma!
So apa lagi, jom raikan Tahun Harimau dengan menikmati Buffet Tahun Baru Cina Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral. Sila ajak keluarga, rakan-rakan dan kesayangan tau. Kalau tak tau nak ajak siapa, apa kata ajak sis sebab sis nak repeat makan kat sini... sedap tau.. hehe. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi nombor telefon (60)3 2723 1154 atau layari
www.aloftkualalumpursentral.com
0 Comments