Buffet Ramadan 2022 : Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Masih mencari-cari lokasi berbuka puasa ke tu?? Kalau dah dapat bagus la tapi kalau belum, sempat lagi nak fikir dan booking sebab kebanyakan lokasi menawarkan harga Early Bird sebelum 31 Mac 2022. So, kali ni sis nak kongsikan 1 lagi lokasi berbuka puasa untuk korang. Kali ni di KL ye.
Lokasi yang sis maksudkan adalah di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Bagi yang tak pernah datang ke hotel ni ia terletak betul-betul sebelah Sunway Putra Mall. Kalau malas nak drive boleh je datang naik LRT dan turun di stesen WTC ataupun Komuter turun di stesen Putra. Bagi sis better la naik LRT sebab bila dah kenyang mata dah mengantuk mesti dah tak larat nak drive. hehe
Dari segi menu pula, ada lebih 300 jenis masakan berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Bertepatan dengan tema Citarasa Zaman Berzaman, menu yang disediakan adalah masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung dan banyak lagi. Sis suka citarasa menu tradisi kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur ni sebab sedap dan cukup rasa.
Kalau pergi buffet ramadan di hotel rasa tak lengkap kalau tak pekena Kambing Panggang kan. Jangan risau, kat sini ada Kambing Panggang juga. Selain tu korang kena try Sup Gear Box Power..Perghh, memang power weii. Cicah plak dengan roti.. memang best. Ada lagi satu menu yang sis suka kat sini adalah Tiram Bakar Berkeju. Sedap gilerrr.. Pastu boleh juga menikmati Kari Kepala Ikan, Sup Ekor Bakar, Satay dan macam-macam lagi. Oh ya, peminat seafood juga boleh menikmati Seafood On Ice. yummyyy
Tudiaaa, terliur sis tengok gambar-gambar ni sebab teringat kesedapannya. Lepas dah makan menu utama, harus la beralih kepada desserts plak kan. Pelbagai pencuci mulut ada untuk dipilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu, kek dan juga pelbagai jenis minuman. Hujung sekali sebagai penutup pekena dulu secawan teh tarik.. fuhhh nikmattt.
Oh ya, sambil-sambil makan kita turut dihiburkandengan persembahan kumpulan "Orkes Sri Johor" akan menghiburkan pelanggan dengan alunan ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.
Dah tengok menu, mesti nak tau harga kan. Ok, ni sis kongsikan harga Bufet Ramadan 2022 di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Harga Bufet Ramadan Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur :
Dewasa (Seorang) - RM150 / Nett
Early Bird Offer!
Tempahan awal sehingga 31 Mac 2022 pada harga :
Dewasa (Seorang) - RM120 / Nett
Kanak-Kanak (Seorang - 6-12 Tahun) - RM60 / Nett
Warga Emas (Seorang) - RM60 / Nett
Bufet Ramadan 2022 di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula dari 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi +603-4042 5555 tau layari www.seripacifichotel.com.
0 Comments