Staycation Di Grand Barakah Hotel Di Ampang | Assalamualaikum semua... Dah lama tak pergi staycation mana-mana hotel sejak PKP berlaku. Haritu yang stay kat Langkawi tu pun sebab menang contest, kalau tak memang dah 2 tahun la tak merasa tidur kat hotel. Rindu weiii sebab feel tidur kat hotel ni memang berbeza dengan bilik sendiri espcially part katil dengan bantal. Empuk..hihi.. Jadi bila ada kesempatan untuk menginap di hotel dengan kawan-kawan ni harus la sis tak lepaskan.
Lokasi kali ni tak jauh pun, dekat je iaitu di Grand Barakah Hotel Ampang. Mula-mula tu ingat hotel baru sebab tak pernah dengar. Tapi bila dah sampai tu, eh macam pernah mai. Rupanya bangunan ni dulu adalah hotel De Palma. Cuma sekarang telah bertukar pengurusan baru dan diberi nama Grand Barakah Hotel Ampang. Tapi jangan risau, kalau tak sure lokasi kat mana boleh je waze 'Grand Barakah Hotel'. Hotel ni mula beroperasi semula pada bulan Oktober 2021 dan bertaraf 3 bintang. Hotel ini juga diberi nafas baru dengan berkonsepkan islamik dan patuh syariah.
En Azman Aziz, General Manager Grand Barakah Hotel Ampang |
Bila melangkah masuk dalam bilik, first impression dah suka sebab bau wangi. Susun atur dalam bilik pun kemas dan selesa. Dengar kata pengubahsuaian telah dibuat apabila bertukar pengurusan. Bilik yang sis duduk ni adalah jenis Premier Deluxe dan katil pula adalah twin bed. Bilik sis dapat view Bandar Ampang termasuk Kuala Lumpur. Walaupun sayup-sayup tapi yang bestnya dapat tengok keempat-empat bangunan tertinggi di Malaysia Roommate sis kali ni adalah kak Ayu (blog Enchanted Life Begins). Alamak, lupa pulak nak amik gambar dengan roomate.. hehe
Dari segi kemudahan dalam hotel macam biasa la ada TV, Sofa, mini fridge, safety box, tempat sangkut baju, tuala, toiletries dan juga sejadah. Ha, jarang-jarang hotel sediakan sejadah kan tapi memandangkan Grand Barakah Hotel Ampang ni patuh syariah maka ini antara kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel untuk kita beribadah di dalam bilik. Oh ya, bilik sis ni takde bathtub ye. Seterika pun takde tapi boleh je request dari receptionist. Nanti mereka hantar ke bilik.
Jenis-Jenis Bilik Di Grand Barakah Hotel Ampang
Selain dari bilik sis ni ada beberapa jenis bilik-bilik lain yang boleh korang pilih. Secara keseluruhan hotel ni ada 11 tingkat dan ada sebanyak 205 bilik dengan 36 bilik jenis suite iaitu Executive dan Premier. Setiap tingkat menempatkan 4 suite. Selain itu terdapat juga bilik jenis Premier Deluxe dan Bilik Deluxe biasa. Sis rasa bertuah bila pihak hotel bawa untuk melihat rupa bilik-bilik tersebut. Nah sis kongsikan dengan korang supaya senang nak buat booking nanti.
Premier Floor
- Premier Deluxe (26 sqm) Jenis Katil : Queen / Twin
- Premier Junior Suite (45 sqm) Jenis Katil : King
- Premier Executive Suite (65 sqm) Jenis Katil : King
* Tempahan bilik Premier Floor pada harga bermula serendah RM230.
Deluxe Floor
- Deluxe (26 sqm) Jenis Katil : Queen / Twin
- Junior Suite (45 sqm) Jenis Katil : Queen / Twin
- Executive Suite (65 sqm) Jenis Katil : King
* Tempahan bilik Deluxe Floor pada harga bermula serendah RM200.
Restoran dan Kafe di Grand Barakah Hotel Ampang
Dah cerita bab bilik, next nak share pasal makan pula. Kat hotel ni ada 3 tempat makan yang menyediakan makanan 100% halal iaitu di Kafe Warisan Bonda, The Rumbia Coffee House dan di Restoran Al Azzraf.
Kafe Warisan Bonda
Masa masuk Kafe Warisan Bonda ni sis ingat biasa-biasa je rupanya mereka menawarkan menu istimewa ye. Dengan menggunakan tagline "Hari-Hari, Hari Raya" pelbagai menu istimewa hari raya ada dihidangkan di sini. Antaranya seperti ketupat, lemang, ketupat palas, burasak, lepat lui, dan pelbagai jenis rendang seperti rendang ayam kampung, rendang daging dan rendang limpa. Selain dari tu ada juga ayam masak merah, lodeh dan nasi lemak. Tapi untuk nasi lemak ni akan dihidangkan selepas 6 petang
Buffet Hari-Hari, Hari Raya
- Harga Buffet RM30 per pax
- Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang / buffet nasi lemak 6.00 petang - 11.00 malam
The Rumbia Coffee House
Setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum The Rumbia Coffee House menyediakan Hi-Tea dengan menyediakan pelbagai menu dan juga juadah manisan. Manakala bagi yang ingin menikmati makan tengah hari dan malam di The Rumbia Coffee House ada menyediakan Promosi Set Makan Tengahari & Malam.
The Rumbia Coffee House
Setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum The Rumbia Coffee House menyediakan Hi-Tea dengan menyediakan pelbagai menu dan juga juadah manisan. Manakala bagi yang ingin menikmati makan tengah hari dan malam di The Rumbia Coffee House ada menyediakan Promosi Set Makan Tengahari & Malam.
- Setiap Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang
- Harga : Dewasa RM58 / Warga Emas RM38 / Kanak-kanak RM28 (berumur 6-12 tahun)
Promosi Set Makan Tengahari & Malam
- Ikan Patin Tempoyak RM38 / 2 pax
Promosi Set Makan Tengahari & Malam
- Ikan Patin Tempoyak RM38 / 2 pax
- Ikan Jenahak/kerapu (Masak Kari, Masak Asam Pedas, Masak Lemak Cili Padi) RM38 / 2 pax
- Kari Kepala Ikan (mengikut saiz) / 1 hidangan RM60-RM80
Restoran Al Azzraf (Arabic and Turkish Cuisine)
Kalau teringin nak makan makanan timur tengah boleh je datang ke restoran Al Azzraf ni. Di sini ada menawarkan pelbagai menu dari negara Arab dan Turki. Dekorasi dalam restoran pun cantik dan dihiasi dengan perabot dan hiasan dalaman ala-ala macam kat negara arab gitu.
- Kari Kepala Ikan (mengikut saiz) / 1 hidangan RM60-RM80
Restoran Al Azzraf (Arabic and Turkish Cuisine)
Kalau teringin nak makan makanan timur tengah boleh je datang ke restoran Al Azzraf ni. Di sini ada menawarkan pelbagai menu dari negara Arab dan Turki. Dekorasi dalam restoran pun cantik dan dihiasi dengan perabot dan hiasan dalaman ala-ala macam kat negara arab gitu.
Masa operasi : 11 pagi sehingga 12 tengah malam
Fasiliti dan Kemudahan Surau Di Grand Barakah Hotel Ampang
Sama seperti di hotel lain, Grand Barakah Hotel Ampang turut mempunyai fasiliti seperti kolam renang. Biasa la, kalau datang hotel mesti nak berendam kan especially budak-budak la. Jangan risau, kat sini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Ia terletak di level 3.
Selain tu, di Grand Barakah Hotel Ampang ni juga ada menyediakan kemudahan surau yang luas siap ada ruangan Lelaki dan Wanita untuk kegunaan pengunjung. Surau yang diberi nama Surau Jumaat Nurul Hikmah ini juga dibuka untuk Solat Jumaat tau. Jadi para pengunjung dan juga penduduk sekitar boleh menunaikan Solat Jumaat di sini. Surau Jumaat Nurul Hikmah mempunyai 3 orang imam tetap. Selain solat Jumaat, tazkirah dan Qiamulail juga ada diadakan di sini. Memandangkan tak lama lagi kita akan memasuki bulan ramadan, solat Terawih juga akan diadakan di sini.
Dewan Perkhawinan Di Grand Barakah Hotel Ampang
Kebetulan masa sis stay kat sini ada majlis perkahwinan diadakan di Grand Ballroom. So sempat la sis menjengah sekejap untuk melihat bagaimana ruang dewan perkahwinan di Grand Barakah Hotel Ampang ni. Bukan apa, mana la tau one day nak cari dewan kahwin kan. Eh, bukan untuk sis, maybe untuk kawan-kawan sis so boleh la suggest kat sini. hehe.
Dewan ini besar juga dan mampu memuatkan sehingga 600 pax untuk satu-satu masa mengikut SOP yang ditetapkan. Harga yang ditawarkan bermula serendah RM38 (setiap pax) untuk hidangan buffet ataupun Dome Set. Nak buat mini pentas untuk pelamin, meja buffet, meja hidangan dan pelbagai kemudahan turut disediakan. Eh bukan setakat majlis kahwin, kalau nak buat apa-apa majlis keraian juga boleh seperti annual dinner company ke atau majlis anugerah gituu..
Secara keseluruhan memang selesa la stay kat Grand Barakah Hotel Ampang ni. Walaupun bangunan lama tapi di bahagian dalam terutama bilik dah diubahsuai menjadi lebih moden dan sesuai dengan konsep islamik. Lokasi hotel juga sangat strategik dan kalau nak ke KL pun tak jauh. Kalau ada yang nak merasai pengalaman berpuasa dan beribadah dalam keadaan yang selesa pada bulan ramadan nanti boleh la datang ke Grand Barakah Hotel Ampang ni kerana mereka ada menyediakan buffet ramadan sekali dengan penginapan. Boleh buat tempahan melalui talian di bawah :
Untuk pertanyaan dan tempahan Grand Barakah Hotel Ampang, hubungi:-
0197194070 - Ain
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
03-42207070 - Pejabat
Boleh juga layari link di bawah untuk melihat promosi terkini di Grand Barakah Hotel Ampang :
Facebook : https://web.facebook.com/GrandBarakahHotel
Instagram : https://www.instagram.com/grandbarakahhotel/
Website : https://www.grandbarakahhotel.com/
1 Comments
Pasni nak repeat yg buffet warisan bonda tu
ReplyDelete