Jom Mari-Mari Makan Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua... Pernah korang rasa macam nak makan nasi briyani, pastu dalam masa yang sama teringin nak makan assam pedas. Eh, tetiba nak makan bubur pulakkkk. Haha, mengada-ngada betholl anak tekak ni. Tapi tu la hakikat selera sis ni. Nak-nak time buka puasa. Lagi macam-macam rasa teringin tu.
Ahaa, apa susah kita pergi je la ke Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral. Sis memang suka datang makan kat sini sebab makanannya sedap-sedap. Eh, tapi tak de gigih sampai dayung basikal ke sini. Jangan risau lokasi Aloft Kuala Lumpur Sentral ni sangat strategik dan mudah nak datang ke sini sebab bersebelahan dengan KL Sentral. Tahun ni dengan bertemakan "Mari-Mari Makan" Aloft Kuala Lumpur Sentral menjemput semua orang untuk menikmati pelbagai jenis masakan Warisan Malaysia yang enak di Nook, restoran makan sepanjang hari yang futuristik di hotel ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengan diketuai oleh Chef Eksekutif Arfizan dan juga pasukan kulinari yang hebat, restoran Nook menyajikan hidangan buffet yang mewah dengan pelbagai menu dari Kelantan hingga ke Johor. Antara hidangan utama yang mesti dirasai adalah Kambing Bakar Berempah yang dihidang dengan Sambal Bumbu buatan sendiri, Sous-Vide Beef, rendang brisket daging lembu yang dimasak secara perlahan dihidang bersama kuah pudina dan kerisek assam, Sup Periuk, Bubur Lambuk, stesen sate, stesen rojak, Kerabu Jantung Pisang, Pajeri Nenas Manis, Nasi Briyani Johor, Ikan Pari Assam Pedas, Rendang Ayam Negeri Sembilan, stesen mi dan banyak lagi turut ditawarkan. Tak lupa juga hidangan citarasa antarabangsa seperti Wok-fried Kam Heong Ketam, Kung Po Ayam Goreng Kuali, Fillet Ikan Bakar dengan sos Bisque & rangup daun bawang, Pizza, Chicken Cordon Blue dengan Thyme Jus, Lala Omelette, Nasi Ayam Hainan dan banyak lagi.
Tak lengkap rasanya bila makan tapi tak disudahi dengan manisan kan. Kat sini pun ada pelbagai jenis manisan yang pasti menjadi kegemaran ramai. Antaranya Kuih Lapis, Milo & Yam jelly, Claypot Bubur Cha Cha, Sago Air Gula dan Kolak Ubi. antarabangsa persembahan termasuk Baklava, Puding Roti Pandan dengan Sos Vanila, Karamel Masin Pai Coklat, Strawberry Religieuse, Pai Coklat Karamel Masin, Neapolitan Kek keju dan banyak lagi. Untuk air pula ada Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Air Jagung, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.
Alhamdulillah, kenyang sungguh bila mai makan kat sini. Berbaloi sungguh dapat menjamu selera setelah seharian berpuasa kan. Aha, mesti korang nak tau berapa harga buffet jika ingin datang berbuka puasa di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral bulan ramadan nanti.
Ni sis kongsikan harganya :
Buffet Mari Mari Makan @ Nook,
Harga : RM168 nett dewasa
Tarikh : 7 April - 1 May 2022
Masa : 6.00pm hingga 10.00pm
Harga Early Bird : RM128 nett untuk 1-39 vouchers, dan RM118 nett untuk 40 vouchers ke atas dari 1 March hingga 31 March 2022
Untuk tempahan dan tempahan, sila hubungi (60) 3 2723 1154 atau e-mel kukal.b&f@marriott.com.
0 Comments