Lulu World Food '22 (Season 1) Di Lulu Hypermarket | Assalamualaikum semua... Sis kalau bab makan uishhh pantang yeee. Laju je sis akan sampai.. Ahakkk.. Kali ni lokasi pula adalah tempat favourite sis untuk shopping, lagi la sis suka. Ya, kini Lulu Hypermarket sedang mengadakan promosi Lulu World Food '22 (season 1). So, kalau korang memang suka makan ataupun nak beli barang dapur sila la datang ke Lulu Hypermarket. Memang meriah dan berbaloi-baloi tau.
Lulu World Food '22 (Makanan Sedunia '22) Festival diadakan bermula 24 Februari hingga 9 March 2022 di 4 cawangan iaitu LuLu Hypermarket Kuala Lumpur, LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall, Lulu Hypermarket @ Setia City Mall dan juga Lulu Grocer Amerin Mall. Bagi yang berada jauh jangan susah hati. Boleh juga layari laman web Lulu Online Shopping. Memandangkan sis dah pergi, meh sis kongsikan apa yang menarik serta aktiviti yang dilaksanakan sempena Lulu World Food '22 ni.
Lulu World Food '22 (Season 1)
Bagi sesiapa yang dah pernah shopping di Lulu Hypermarket mesti tahu yang kat sini ada menjual makanan dah siap masak seperti Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Arab, Nasi Kerabu, Roti Naan, Ayam Mashavi, Ayam Tandori, dan pelbagai jenis pencuci mulut termasuk manisan dari Timur Tengah. So, sempena Lulu World Food '22 ni semua makanan ni ada diskaun ye. Aishh.. dah la sedap, murah pulak tu. Harus la sis membelinya. Lagipun dah penat-penat shopping, balik tak payah gaduh nak masak kan.
Selain dari makanan panas, bahagian barangan basah dan barangan dapur juga ada diskaun ye. Kebetulan memang stok barang dapur sis dah habis so apalagi, memborong la cerita dia. Tak payah susah-susah nak ke pasar. Ikan, ayam, daging, seafood semua segar-segar ye (sila datang pagi, kalau petang takut stok banyak abes). Bahagian sayur pun not bad, banyak pilihan dan mudah la nak topup barang dapur sebab kat sini semua ada. Kalau barangan dapur pun ada promosi juga. Contohnya beras, minyak masak, milo dan maggi. Ni antara barangan yang sis usha la. Memang ada diskaun dan murah dari tempat lain.
Oh ya, Lulu World Food '22 turut merangkumi peralatan memasak ye. Bermaksud pinggan mangkuk, periuk belanga, pisau dan seangkatan dengannya pun termasuk tau. Mana la tau korang nak cari pinggan mangkuk baru ke, periuk baru ke atau nak beli untuk hadiah kahwin, ini la masanya sebab harga tengah murah tu. Jangan risau, dari segi kualiti memang tip top.
Belanja RM50 Dalam Satu Resit Dapat Kupon Potongan RM25
Ini lagi satu sebab kenapa sis suka shopping di Lulu Hypermarket. Setiap kali nak bayar mesti ada surprise. Mana taknya, sis dapat 2 keping Kupon Potongan (voucher) bernilai RM25. Ok, cerita dia masa pilih-pilih barang memang sis dah nampak notis pemberitahuan mengenai kupon potongan ni tapi sis ingat akan dapat 1 keping kupon potongan RM25 kalau kita belanja melebihi RM50.
Rupanya tidak ye, setiap pembelian bernilai RM50 akan dapat 1 voucher RM25. Tapi dengan syarat dalam 1 resit dari bahagian pasar raya sahaja. Maknanya kalau total resit RM100 dapat 2 keping voucher manakala kalau RM200 dapat 4 keping voucher tu. Ha, berbaloi ke tidak?? berbaloi kan. Kupon potongan ni nanti boleh tebus di bahagian department store macam baju, kasut, handbag gitu. (pembelian melebih RM100 dan tertakluk terma & syarat) Barang eletroknik//IT dan juga promosi item tak termasuk ye.
Aktiviti Menarik Dan Contest
Bagi mereka yang datang hujung minggu, ada juga pelbagai aktiviti menarik diadakan di Lulu Hypermarket. Berikut sis sertakan senarai aktivit bagi setiap lokasi dan juga tarikh ia berlangsung :
- Tarikh 26 Februari 2022 : Salad Buah Terbesar di LuLu CapSquare
- Tarikh 27 Februari 2022 : Makanan Bergoreng Sejuk Beku Terpanjang di LuLu Amerin Mall
- Tarikh 5 March 2022 : Kerabu Maggi Terpanjang di LuLu 1Shamelin
- Tarikh 6 March 2022 : Jumbo Koktel Buah Terbesar di LuLu Setia City
Cake Baking Demo
- Tarikh 3 March 2022 (11am-1pm) : LuLu CapSquare
- Tarikh 4 March 2022 (11am-1pm) : LuLu 1Shamelin
- Tarikh 8 March 2022 (11am-1pm) : LuLu Setia City
- Tarikh 9 March 2022 (11am-1pm) : LuLu Amerin Mall
Jadi kepada korang-korang yang berada berhampiran dengan Lulu Hypermarket, moh la datang ke sini untuk berbelanja sempena promosi Lulu World Food '22. Alang-alang dah restock barang dapur tu beli la juga bahan untuk buat rendang sebab ada contest 'Masak & Kongsi' di mana korang hanya perlu rakam video masak rendang dan upload serta tag Fb Page @LuluHypermarketKL #LuluFoodFest2022. Mana tau ada rezeki, boleh menang Baucer Beli Belah Lulu. Menarik kan.
So, serius sis cakap memang berbaloi shopping di Lulu Hypermarket ni kerana sentiasa mengadakan pelbagai promosi yang menarik. Dah la barangan yang dijual pun lengkap, segar dan berkualiti. Pendek kata mudah berbelanja di Lulu Hypermarket tambah-tambah sempena Lulu World Food '22 ni. Memang food heaven la. Korang apa tunggu lagi, jom shopping..
Facebook : www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : www.instagram.com/luluhypermarketkl
0 Comments