Me'nate Steak Hub 2022 : Ramadan Mubarak Iftar Platter Dan Mubarak Iftar Nate-Box | Assalamualaikum semua.. Bila masuk bulan puasa mula la meriah dengan Buffet Ramadan kan. Boleh katakan sana sini menawarkan pelbagai jenis menu yang memikat selera. Tak ketinggalan bagi mereka yang menggemari daging sudah tentu menanti-nanti untuk berbuka puasa di Restoran daging stik yang terkenal iaitu di Me'nate Steak Hub. Ok, entri kali ni sis nak share dengan korang mengenai sajian ramadan di Restoran ni.
Rasanya semua mesti dah tau kan mengenai Me'nate Steak Hub kan. Restoran yang dikendalikan oleh Palace Butcher Resources Sdn Bhd ni memang tak asing lagi menyajikan hidangan daging stik berkualiti tinggi. Untuk bulaan Ramadan ni Me'nate Steak Hub juga tidak ketinggalan untuk menawarkan sajian ramadan buat peminat daging stik mereka.
Namun sajian Ramadan kali ni agak berbeza dengan tahun lepas 2021 kerana Me'nate Steak Hub menyediakan hidangan istimewa "Mubarak Iftar Platter" untuk 'Dine-In dan "Mubarak lftar Nate-Box" untuk take-away bagi para pelanggan menikmatinya di rumah. Sis rasa bertuah kerana turut sama-sama menikmati hidangan istimewa ni maasa "Ramadan Preview" tempoha hari. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PBRSB Tuan Syed Ashrat Bin Syed Ali dan serta 2 (dua) lagi pengarah PBRSB Tuan Syed Omar Bin Syed Abdullah dan En. Azuan Arif Bin Mohd Ariffin.
MUBARAK IFTAR PLATTER (dine-in)
Mubarak Iftar Platter ni boleh didapati di semua cawangan Me'nate Steak Hub yang mengandungi hidangan Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken, Sahawiq, Pepperoni Pizzadillas, Nachos Bbq Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio E Olio pasta serta pilihan minuman dalam jug seperti Cha bang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala-carte untuk sajian yang mewah serta berkualiti yang memenuhi selera pelanggan Me'nate.
Berikut set Mubarak Iftar Platter (dine-in)
- Heavenly Me'nate (4-5 pax) = RM580
- Heavenly Lamb (4-5 pax) = RM530
- Hevenly Ribs (4-5 pax) = RM480
Bukan tu je, apa yang menariknya bagi pelanggan yang membeli Mubarak Iftar Platter dapat Free Access untuk 'Mini Buffet Appetizers & Deserts" yang akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat. Tema tahun ini berkonsepkan kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai serta menyemarakan semangat Ramadan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda sambil menikmati juadah Mubarak Iftar Platter.
Selain daripada menu-istimewa Ramadan ini, Me'nate masih lagi menyajikan semua menu-menu ala carte lain mengikut di dalam buku Menu Standard Me'nate. So, kalau u guys datang 2 orang jangan la order Mubarak Iftar Platter ni. Jenuh weii nak habiskan sebab set ni boleh dimakan sehingga 5 pax. Tapi kalau nak order juga apa salahnya.
MUBARAK IFTAR NATE-BOX ME'NATE ( take-away)
Lebih istimewa tahun ini bagi pelanggan yang berbuka puasa di rumah mereka boleh menempah Sajian Mubarak Iftar Nate-Box Me'nate menyediakan pilihan Nate-Box Heavenly Menate, Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs yang di hidangi dengan pelbagai daging stik premium dan halal. Pilihan set Nate-Box standard juga masih disediakan bagi yang ingin menempah selain daripada Edisi Ramadan.
Mubarak Iftar Nate-Box Me'nate ( take-away)
- Nate-Box Heavenly Menate (4-5 pax) = RM470
- Nate-Box Heavenly Lamb (4-5 pax) = RM430
- Nate-Box Heavenly Ribs (4-5 pax) = RM360
Nak lebih jimat?? Apa kata korang buat tempahan awal. Sempena Ramadan 2022, Me'nate menawarkan pakej "Early Bird: dengan diskaun 15% bagi yang menempah awal sebelum 31 Mac 2022. Banyak juga jimat dia tu. So, sila booking sekarang ye dan jangan lupa slot in sis time pergi nanti. hehe
Bagi mereka yang nak buat tempahan Jamuan Korporat Ramadan, Me'nate Steak Hub juga ada menawarkan pekej menarik untuk syarikat-syarikat korporat yang ingin mengatur jamuan berbuka puasa buat kakitangan syarikat. Selain daripada itu Me'nate juga menyediakan peluang kepada syarikat korporat yang ingin melaksanakan CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan ini dengan menyediakan Pakej Infak istimewa dengan tema "Sesekali Kita Infak Makanan Premium" untuk diagihkan kepada golongan Asnaf / Tahfiz / Anak Yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa. Antara pakej yang ditawarkan adalah Pakej Infaq Platinum (300-450pax), Pakej Infaq Gold (200-250pax) dan Pakej Infaq Silver (100-150pax), Bagi syarikat yang berminat boleh berhubung terus dengan pegawai perhubugan korporat kami untuk maklumat lanjut di talian 019-4771047.
Untuk sebarang urusan tempahan sama ada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, tempahan pakej Infaq boleh hubungi Me'nate di talian 03-41419133, Whatsapp 019-3911047 atau email menatemarketing@gmail.com
7 Comments
Bestnya lahaiii.. memang peberet makan sini, tapi di Johor ni takde pulak nampak dia buat buffet Menate ni untuk promo.. kalau ada, nak gak test hehehe
ReplyDeletememang puas hati set dia sis. Eh, kat Johor takde ekk. Katanya ritu di semua cawangan Me'nate. Boleh book skang untuk diskaun 15%
DeleteDekat outlet Me'nate Johor pun ada, dah tanya and dh booking dah early bird offer.. hehehe dapat 15% diskaun
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWahh.. Selamat berbuka di Me'nate 🤗
Deletemeriah betol ya menu berbuka kat sini.
ReplyDeleteye wakk.. kalau datang kena bawak geng. baru berbaloi makan sebab set kan.. hehe
Delete