Buffet Ramadan 2022 : Santapan 29 Malam Di Tropicana Golf & Country Resort | Assalamualaikum semua.. Masih mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa dengan keluarga dan rakan-rakan?? Ha, bagi yang berada di kawasan Petaling Jaya atau Damansara, apa kata korang ajak mereka berbuka di The Palm Coffee House, yang terletak di bahagian Main Wing Clubhouse, Tropicana Golf & Country Resort. Kalau nak tahu apa menu yang best kat sini, meh sis kongsikan.
Tema buffet untuk tahun 2022 ini adalah Santapan 29 Malam di mana setiap malam kita boleh datang berbuka puasa di sini untuk menikmati lebih dari 200 hidangan serta lebih dari 20 gerai Live Station yang menyediakan menu istimewa sepanjang bulan Ramadan. Sis dah pergi pada 6 April yang lalu, masa tu hari pembukaan Santapan 29 Malam di Tropicana Golf & Country Resort yang dirasmikan oleh Mr Allan Wong, Tropicana’s Senior General Manager (TGCR & Project).
“Tropicana Golf & Country Resort ialah tempat yang sangat istimewa untuk kita semua, di mana kami melancarkan yang pertama pusat peranginan utama dan tempat kami memulakan perjalanan Mendefinisikan Semula Seni Hidup dalam semua yang kami lakukan. Ia adalah dengan ini dalam fikiran bahawa kami menjemput semua orang untuk berbuka puasa bersama kami di sini di rumah kami, sambil kami memerhatikan bulan Ramadhan dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara ke arah normal baharu. Pada masa ini renungan dan pembaharuan, Santapan 29 Malam menawarkan percutian gastronomi untuk rakan dan keluarga untuk menyambung semula dan bergembira. Pengunjung dan tetamu boleh meneroka dan merasai hidangan tempatan dan antarabangsa, daripada tontonan bahagian panggang dan panggangan kami yang meriah, hingga ke konfeksi pastri kami yang menarik sudut,” katanya.
Bagi sis memang puas hati makan kat sini sebab kebanyakan menu favourite sis ada tau. Apa lagi, memang duk ulang alik je la ambil makanan. Antara menu yang ada adalah Kambing Golek, Nasi Ayam Bukhari yang dimasak dengan rempah ratus yang membangkitkan aroma wangi, ikan tilapia panggang yang sedap, isi lembut dan disalut dengan sambal dan ikan patin masak tempoyak. Selain tu ada juga menu kegemaran lain termasuk kari kepala ikan, bubur lambuk, sup gearbox, apam balik rangup, satay dan banyak lagi, dihidangkan dengan air sirap penghilang dahaga dan biji selasih yang menyejukkan, serta hidangan bermusim seperti ayam rendang, lemang, dan ketupat.
Kebanyakan menu yang disediakan adalah menu tradisi ala kampung tetapi ada juga menu-menu barat yang pasti memikat selera. Ditambah pula dengan alunan muzik tradisional dan lagu-lagu raya pasti membuatkan mood makan bertambah-tambah. Dari segi kemudahan surau, parking, buggy dan juga kaunter pembayaran zakat juga ada di sini. Secara keseluruhannya memang puas hati makan di sini.
Harga Buffet Ramadan 2022 Santapan 29 Malam Di Tropicana Golf & Country Resort :
RM128 bersih seorang untuk ahli
RM148 untuk bukan ahli
Tarikh : bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022
Untuk tempahan bufet makan malam Santapan 29 Malam sila hubungi:
T: +603 7804 8888 / 1919 atau 1 800 88 8218
E: fnb@tropicanacorp.com.my
website : www.tropicanagolf.com
0 Comments