Resepi Chocolate Chip Cookies Menggunakan SCS Butter | Assalamualaikum semua.. Yayy, tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Korang dah buat persiapan ke? Tahun ni sis excited lebih sikit sebab dapat sambut di kampung dengan mak. Tak macam tahun lepas beraya sendiri je sebab PKP.. sedih tau. So, sempena nak balik kampung ni sis ada buat biskut raya sendiri. Selalu beli je tapi kali ni mood kerajinan tu tinggi plak.
Resepi Chocolate Chip Cookies
Bahan-bahan :
250g Butter
1 paket Coklat chips
1 paket Kacang badam
2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Tepung jagung
3/4 cawan Gula perang
1 biji Telur
6 sudu besar Minyak masak
1/2 sudu kecil Serbuk penaik
Cara-cara
- Mula-mula gaul butter dan gula sehingga sebati.
- Masukkan telur, serbuk penaik dan minyak masak. Gaul lagi.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Bila dah sebati, masukkan coklat chip dan kacang badam dan gaul sedikit lagi.
- Simpan bahan biskut tadi dalam peti ais selama 30 minit.
- Keluarkan dari fridge, biarkan sekejap supaya adunan lembut sikit.
- Disebabkan sis bakar guna air fryer, lapik bahagian dalam dengan baking paper
- Scoop adunan guna sudu dan letak atas baking paper. Tak perlu bulat-bulat sangat dan jangan terlalu besar.
- Setkan suhu air fryer 165०c dan masa 10 minit.
- Bila bunyi tinggg.. tu tandanya dah masak... yay.
- Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam bekas
Perasan tak tajuk sis ada sebut yang sis guna SCS Butter. Actually korang boleh je guna butter jenis lain tapi SCS butter menjadi pilihan sis kerana kedua-dua SCS Butter (salted & unsalted) melalui DOUBLE CHURNED process yang menjadikan masakan kita lebih sedap dan aroma yang menyelerakan.
Sekarang ada promosi tau iaitu SCS Triple Pack Raya di mana kita akan dapat Free Limited Edition Batik Cooler bag (mana2 Pasaraya) dan blh dpt kat Pandamart juga. Batik Bekas Makanan yg hanya ada di Lotus’s dengan pembelian 1x SCS triple pack Salted or Unsalted Butter (Promo Price : RM29.99). Cepat tau sementara stok masih ada (T&C apply)
1 Comments
boleh buat ni untuk raya...
ReplyDelete