Staycation 2 Hari 1 Malam di Geo Resort & Hotel Genting Highlands

Staycation 2 Hari 1 Malam di Geo Resort & Hotel Genting Highlands | Assalamualaikum semua.. Yayyy, mood jenjalan is ON. Kali ni jauh sikit dari KL iaitu di Genting Highlands. Happy sangat sebab dah lama tak jejak kaki di tempat sejuk ni sejak sebelum PKP lagi. Jadi bila ada peluang macam ni harus la sis tak lepaskan. Tujuan asal ke sini adalah untuk menghadiri Preview Buffet Ramadan Citarasa Selera GEO Resort & Hotel, Genting Highlands. Tapi memandangkan event tu malam, tu yang terus stay je kat situ. Nak tau best ke tak?? Jom baca pengalaman staycation 2 hari 1 malam sis di Geo Resort & Hotel Genting Highlands.


Sebelum jalan jauh, dah jadi kebiasaan sis akan check keadaan kereta. Ye la, nak jalan jauh kan. Tapi sis rasa kereta sis macam problem je. Tambah pulak nak naik bukit, semputttt.. So, lepas discuss dengan kengkawan kami setuju untuk carpool. Oh ya, kalau u guys tak de kenderaan nak pergi ke hotel ni boleh je naik bas dari TBS (Terminal Bas Sepadu), KL Sentral, Pudu Sentral (Puduraya) atau Stesen Putra Gombak. Harga tiket RM10 (Economy) atau RM20 (Executive). Bas akan berhenti di Awana Bus Terminal dan dari sini boleh naik Grab ke Geo Resort & Hotel Genting Highlands yang terletak lebih kurang 3km sahaja.



Sampai je di perkarangan hotel, terus rasa teruja sebab ketibaan kami disambut dengan hembusan angin yang sejuk. Bestnya suasana di persekitaran hotel ni. Walaupun bukan betul-betul di puncak Genting Highlands tapi tetap terasa kesejukannya. Memandangkan kitorang sampai terawal sikit jadi sementara menanti untuk check-in, kitorang lepak santai di lobi yang cantik ni.




Bila dapat je room access card terus tak sabar nak naik ke bilik sebab sis diberitahu yang sis dapat Family Suite. Wah, belum kahwin tapi dapat stay bilik untuk family mesti la excited kan. Almaklum la, nak bercuti dengan family sendiri lamberttt lagi. Kali ni roomate sis adalah blogger Sally Samsaiman (Steps of Sally Samsaiman)


Tadaaa, ni la bilik sis untuk 2 hari 1 malam. Besar kannn.. Bilik ni boleh muat untuk 4 orang dewasa ataupun 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Dalam bilik ni ada katil Super King-size bed dan Queen-size bunk bed (yang bertangga tu). Bagi family yang ada baby, boleh request baby cot atau nak additional bed pun boleh tapi kena bayar la. Untuk family suite ni ada 2 view iaitu Highland or Neighborhood View. Ha, kalau langit cerah siap boleh nampak puncak Genting Highlands tau. Cantik..




Bab keselesaan dan kemudahan dalam bilik memang superb. Best giler golek-golek atas katil ni sebab tilam dan bantal dia empuk weii. Nak lagi syok buka sliding door, off air-cond, pekena secawan kopi sambil menonton TV 55-inch yang besar.. perghhh, memang syahdu. Jangan risau, semua kemudahan ada disediakan di dalam bilik seperti coffee machine, cerek elektrik, mini fridge, meja & kerusi, seterika & iron board, jubah mandi & selipar bilik, peti keselamatan, hairdryer dan toiletries. Selain dari bilik jenis Family Suite ni, boleh juga pilih Premier Suite, Deluxe Room, dan Superior Room. Korang boleh layari website hotel ni untuk tengok pilihan bilik yang ada di hotel ni.






Datang hotel, takkan duduk kat bilik je kan especially yang bawa anak-anak. Boleh la turun mandi manda di swimming pool kat level 1. Aish, air kolam tu menggoda je nak suruh berendam tapi sis tak bawa baju mandi la pulak. Takpe la, next time ekk sebab restoran kat sebelah tu lagi menggoda kehadiran sis. Ha, restoran yang sis maksudkan adalah Restoran Cabana di mana sarapan pagi disediakan di sini. Sejuk-sejuk ni perut cepat lapar. So, seawal 7.30am sis dah terpacak depan restoran untuk breakfast. hehe..


Oppsss, lupa nak bagitahu. Untuk bulan ramadan Geo Resort & Hotel Genting Highlands ada menyediakan pakej Ramadhan Staycation 2022 tau. So, kalau korang nak berpuasa di tempat yang sejuk, boleh la datang ke sini. Eh, tak salah pun bercuti di bulan puasa kan. Bagi sis lagi seronok sebab boleh berehat dan tenangkan minda. Ok, ni sis kongsikan pakej yang ada untuk bulan puasa nanti :


Pakej Ramadhan Staycation 2022
Tersedia dari tarikh 4 April hingga 2 Mei 2022

Gerbang Iftar - RM518
• Satu (1) malam menginap di suite superior
• Sahur atau sarapan pagi untuk dua (2) orang
• Bufet Ramadan percuma untuk dua (2) orang di Restoran Cabana
• Bar mini percuma
• Mesin kopi di dalam bilik
• WIFI berkelajuan tinggi percuma

Staycation - RM300
• Satu (1) malam menginap di suite superior
• Sahur atau sarapan pagi untuk dua (2) orang
• Bar mini percuma
• Mesin kopi di dalam bilik
• WIFI berkelajuan tinggi percuma

* Sahur will be served from 5:00am - 7:00am
*Additional surcharge of RM80 for weekends & public holiday
*Terms & conditions apply
*Our Cabana Restaurant is certified Halal by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ha, kalau berminat untuk membuat tempahan, sila hantarkan e-mel di
reservation@georesort.my atau hubungi di talian +603-9213 0838

Alamat :
GEO RESORT & HOTEL
Jalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia




Post a Comment

0 Comments