Kempen Inisiatif Bajet 2022 : "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" | Assalamualaikum semua... Sebagai seorang muslim kita wajib memilih barangan yang halal untuk dibeli. Ye, di negara kita memang mudah untuk mendapatkan barangan halal tak kira di mana pun. Namun tahu tak bahawa terdapat banyak jenama-jenama produk yang mempunyai halal tapi kurang mendapat sambutan di kalangan pelanggan terutama keluaran Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).
Jadi bagi membantu untuk meningkatkan jenama-jenama ini, pihak Halal Development Corporation telah menganjurkan Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" di bawah inisiatif Bajet 2022. Halal Development Corporation atau dikenali sebagai HDC merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi ini ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan industri halal Malaysia dan memudahkan perkembangan pemain industri halal melalui inisiatif yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka. HDC sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia.
Kempan yang mendapat kerjasama secara proaktif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya iaitu HDC dan juga Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ini diadakan bagi tujuan untuk membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas semasa pandemik Covid 19 dan memperkukuh jenama Halal Malaysia dan promosi bersasar melalui kerjasama dengan rakan strategik iaitu Lulu’s Hypermarkets, Lotus’s, dan FoodPanda.
Kempen ini terbahagi kepada dua kategori iaitu :
Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS
Tempoh dari April - July 2022
Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Di mana HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kempen bermula hari ini (22 April) di semua cawangan pasaraya Lulu, manakala kempen akan bermula pada 28 April ini di semua cawangan Lotus’s di seluruh negara.
Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS
Tempoh dari Jun – Julai 2022
Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.
"Sessi Bersama Blogger" Bersama Rakan Strategik Lulu’s Hypermarkets
Ha, seperti yang sis kongsikan di atas adalah serba sedikit info yang diberikan oleh Halal Development Corporation mengenai kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda". Sis rasa bertuah kerana menjadi sebahagian kecil dari kempen ini di mana sis menjadi salah seorang blogger yang datang untuk "Sessi Bersama Blogger" bersama rakan strategik Lulu's Hypermarkets.
Kami juga turut dibawa sekitar dalam pasaraya Lulu's Hypermarkets untuk melihat sendiri produk-produk halal di bawah program ini. Serius memang banyak rupanya Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) berada di pasaran. Jujur cakap ada sesetengah produk tu sis tak pernah nampak pun sebelum ni. Jadi dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak membuka mata sis untuk mengenai lebih banyak produk PMKS serta turut dapat membantu PMKS memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan.
Berikut antara Senarai PMKS yang terpilih untuk Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda"
1 Deligateaux (M) Sdn Bhd
2 Kolam Emas Enterprise
3 Doluvo Sdn Bhd
4 Fuji Bakery Supplies (M) Sdn Bhd
5 G & H Cake House Sdn Bhd
6 Al-Jazeera Ice Cream Sdn Bhd
7 Muslim Kitchen Sdn Bhd
8 Hybrid Allied Dairy Company Sdn Bhd
9 Nutrisource(M) SDN BHD
10 The Dalucia Sdn Bhd
11 Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd
12 Industri Keropok Dunia (M) Sdn Bhd
13 Fatihah Frozen Food Sdn Bhd
14 SD Impex
15 Daily Fresh Bakery Sdn Bhd
16 Fantastic Food Factory Sdn Bhd
17 Daily Bakery Sdn Bhd
18 Akifcafe Coffee Industries
19 Ameen Products
20 Aynuf Enterprise
Andai kata korang ada keluar membeli belah di mana-mana cawangan Lulu Hypermarket, boleh la memilih untuk membeli barangan keperluan dapur daripada senarai jenama di atas. Sis sempat la juga membeli makanan frozen, sos, kopi dan beberapa produk lain. Eh, lupa nak bagi tau yang bahagian makanan siap masak di Lulu Hypermarket pun menggunakan produk dari PMKS tau seperti rempah, cili, bawang yang telah diproses. Sis suka beli nasi bryani di Lulu Hypermarket, sedapp..
So, ayuh la kita support kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" anjuran HDC dan sama-sama membantu Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk meningkatkan jualan mereka. Tak rugi pun memilih produk sebegini kerana produk PMKS juga berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang berpatutan.
0 Comments