Menu Baru Just Seafood : Famous Thai Style Rice Porridge

Menu Baru Just Seafood : Famous Thai Style Rice Porridge | Assalamualaikum semua.. Gaisss, sis ada berita nak war-warkan pada korang semua. Restoran kegemaran sis ada keluarkan menu baru la. Kat mana lagi, harus la di Just Seafood. Yes, restoran yang memenangi Anugerah 'Best Seafood Spread' di Klang Valley 2022 sempena Asean Food & Travel #AFTAwards2022 kali ini tampil dengan menu Famous Thai Style Rice Porridge.


Rice porridge ataupun kalau kita kat sini panggil bubur nasi atau nasi air ni sama je cuma yang Thai Style ni nasinya masih seketul-seketul, bukannya pekat dan kental macam bubur nasi yang biasa kita makan tu. Lebih special, di Just Seafood bubur nasi ni dihidangkan dengan makanan laut yang segar dan premium. Ada 4 variasi Just Seafood Famous Thai Style Rice Porridge yang boleh dipilih iaitu :

🍴 Giant Garoupa Fillet 200g (RM33)
Bubur nasi bersama dengan isi ikan kerapu ini memang sedap ye. Sis suka sangat dengan rasa ikan kerapu yang segar dan manis. Rasa manis ikan ini meresap masuk ke dalam bubur nasi pasti menambat selera.


Ikan kerapu yang digunakan bukan biashe-biashe tau tetapi menggunakan ikan kerapu bersaiz besar yang diternak di perairan Sabah. Ikan kerapu ni diberi makan ikan segar seperti sardin ye so ikan kerapu ni tidak berbau hanyir. Diternak selama 3 tahun dan bila mencapai saiz paling ideal iaitu 7 kg atau lebih setiap satu baru lah ikan ini akan ditangkap dan dimasak bersama bubur nasi.

🍴 Giant Garoupa Ribs/Head/Fillet 300g (RM31)
Sama juga seperti bubur nasi di atas tetapi untuk menu ini menggunakan ikan kerapu di bahagian Ribs/Head/Fillet. Kalau macam sis memang lebih suka bahagian-bahagian ni tambah-tambah bahagian kepala. Tapi kalau orang yang takut tercekik tulang sila order menu di atas.


🍴 Large Wild Caught Sea Prawn & Large Oyster (RM24)
Bagi yang tak nak makan ikan, boleh juga order menu ni dimana bubur nasi bersama dengan Udang Laut bersaiz besar dan Tiram juga bersaiz besar. Kalau di Just Seafood ni memang tak boleh disangkal lagi, seafood yang dihidangkan adalah segar dan berkualiti. Memang terasa kemanisan seafoodnya.


🍴 Giant Freshwater Prawn 250g (RM29)
Ha, yang ni memang thorbaekkkk. Paling sis suka sekali sebab bubur nasi dihidangkan dengan Udang Galah segar dan saiznya pun besar ye. Penuh satu mangkuk tu dengan udang galah sampaikan kena angkat baru nampak bubur nasi. Dari segi rasa memang win la, sampai ke kepala sis ratah. Sedap tau..


Secara keseluruhan memang puas hati makan Menu Baru Just Seafood iaitu Famous Thai Style Rice Porridge ni. Bayangkan dapat dihirup panas-panas dan ditambah pula dengan rasa pedas dari sambal yang disediakan, perghhh memang mantap weiii. Jangan risau, sambal diasingkan supaya mudah untuk uols adjust rasa pedasnya. Oh ya, jika ada yang tak nak makan nasi boleh juga request untuk ditukar kepada bihun. Dari segi portion pun agak besar. Kalau ikutkan satu hidangan tu boleh dimakan 2 orang tapi kalau jenis yang kuat makan, seorang pun boleh habiskan.


So guys, apa tunggu lagi. meh datang ke Just Seafood sekarang untuk menikmati hidangan yang sedap ni iaitu Famous Thai Style Rice Porridge. Gerenti puas hati..

Alamat :
Sunway Giza Mall, C-8-G, No.2
Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya,

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad (12.00 tengahari hingga 10.00 malam)

Tempahan 012-2290855

Untuk info lanjut boleh rujuk :



Post a Comment

1 Comments

  1. Wow... Semuanya nampak menarik dan sedap ni. Jangan lupaa yaa, nak udang lima. Rakan sebaya belanja

    ReplyDelete