Pembukaan Tori Convenience Mart Kedai Serbaneka Halal Di Kajang

Pembukaan Tori Convenience Mart Kedai Serbaneka Halal Di Kajang | Assalamualaikum semua.. Lately ni banyak kedai serbaneka dibuka di Malaysia. Terbaru ada satu lagi kedai serbaneka dibuka iaitu Tori Convenience Mart yang terletak di Taman Putra Kajang. Wah, untung la warga Kajang dapat shopping kat Tori Convenience Mart ni. Nak tahu sebab apa?? Ha, sila baca sampai habis ye.


Dengan menampilkan warna putih dan pink sebagai warna tema, Tori Convenience Mart kelihatan sangat ceria dan menarik pandangan pelanggan untuk masuk ke dalam premis. Di dalam premis pula, semua barangan disusun dengan teratur mengikut kategori bagi memudahkan pelanggan untuk memilih. Troli juga disediakan untuk memudahkan para pelanggan memilih barangan.


Apa yang menarik mengenai Tori Convenience Mart adalah barangan yang dijual di sini bukan sahaja barangan tempatan malah ada juga barangan dan makanan yang diimport dari Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia seperti mee segera, makanan frozen dan air minuman. Jangan khuatir, Tori Conveniece Mart merupakan kedai serbaneka halal dan barangan yang dijual juga bagus dan berkualiti.









Sis dah pusing dari rak ke rak, memang macam-macam ada dijual kat sini sampaikan rambang mata sis dibuatnya. Tapi paling best sebab kat sini ada menjual buah-buahan dan Frozen Premium Seafood ye. Nah tengok la, siap ada lobster, king crab, scallop, abalone, salmon dan macam-macam lagi. Uish, first time sis tengok kedai serbaneka jual Premium Seafood macam ni.





Selain tu, di sini juga ada menjual makanan Ready To Eat seperti Oden, Asam Laksa, Topokki, Sosej, Custard Pau, Chicken Popcorn, pelbagai jenis roti, kek dan macam-macam lagi. Fuh, memang syurga makanan la. Kalau rasa lapar, boleh la makan-makan dulu sebelum sambung shopping. Sis dah rasa Oden dan Asam Laksa. Memang sedap tau. Tak percaya korang kena try sendiri.







Buat masa ni Tori Convenience Mart hanya ada 1 sahaja outlet di Taman Putra Kajang dan pembukaan rasmi diadakan pada 6 Jun 2022. Majlis perasmian turut dihadiri oleh personaliti terkemuka iaitu Maria Tunku Sabri bersama Marcus Osmand. Sis juga rasa bertuah dapat hadir dan turut sama menjadi saksi kepada hari bersejarah ini.




Tahniah Tori Convenience Mart. Semoga terus maju dan dapat membuka cawangan di Kuala Lumpur pula. Boleh la sis pergi selalu.. adioss

Alamat :
📍Tori Convenience Mart
No. 1-G, Jalan Putra 4,
Taman Putra Kajang
43000, Kajang Selangor.




Post a Comment

1 Comments