Pertama Kali Mencuba Authentic Pakistani Food Di Najia's Pakistani Tawa & Grill | Assalamualaikum semua.. Bila member ajak makan di restoran Pakistan terus sis onzz.. Bukan apa nak juga tahu macam mana rupa dan rasa makanan dari sana. Maklum la kalau nak pergi ke sana tu lamberrtttt lagi. Passport pun dah nak expired dah. Nak pergi restoran ni tak payah nak pakai passport, just waze je Restoran Najia's Pakistani Tawa & Grill terus sampai.
Terletak di Solaris Mont Kiara, memang mudah je nak cari restoran ni. So far bab parking pun takde la susah sangat sebab ada parking basement berhampiran. Jalan sikit je dah sampai kat restoran. Bila melangkah je masuk ke dalam restoran terus terasa vibe macam kat Pakistan ye. Berkumandang lagu-lagu dari sana. Sis tak berapa paham sangat tapi sedap juga bila dah dengar.
Di bahagian dinding restoran pula penuh dengan gambar-gambar lama serta poster artis-artis lagend dari Pakistan. Ada juga hiasan tuk tuk yang merupakan public transport di Pakistan. Lebih special terdapat satu lukisan karikatur tokoh-tokoh yang terkenal dalam pembangunan, politik, sukan, hiburan di dinding. Sementara tunggu makanan, sempat la sis membelek dinding-dinding di restoran ni.
Untuk pengetahuan korang, restoran Najia's Pakistani Tawa & Grill ni menyediakan Authentic Pakistani Food tau. Maknanya segala menu yang ada datang dari seluruh pelusuk Pakistan tak kira daerah mana. Bila buka menu rupanya banyak ye menu-menu yang ditawarkan di sini sampai sis pening nak order. Ahakk, dah la first time. Blur jap tengok nama-nama menu. Mujur la staff di sini peramah dan sudi explain. Memandangkan kami bertiga jadi kami memilih lain-lain menu supaya kami boleh berkongsi rasa. Jadi dapat la try banyak menu kan. hehe.. bijak tak??
Setelah puas membelek menu dari depan ke belakang, ini lah menu-menu yang kami order :
🍴 Balochi Keema Biryani
Biasanya sis makan nasi briyani mamak, nasi briyani gam ataupun nasi briyani Arab. Kali ni sis nak try nasi briyani Pakistan pula so sis pilih Balochi Keema Briyani. Nasi biyani bersama daging cincang yang dimasak dengan rempah ratus dan dihidangkan secara panas dalam claypot. Bila dibuka je penutup claypot terus keluar aroma yang sangat wangi membuatkan semua terus terliur. Dari segi rasa, memang ada beza sikit dengan nasi briyani lain. Mungkin sebab rempah yang digunakan berbeza tapi kelembutan nasi dia memang mabeles.. makan gitu je pun sedap.
🍴Chicken Tikka with Puri
Ini pula hidangan ayam bakar yang dimakan dengan puri. Kalau kat sini lebih kurang macam ayam tandoori la tapi yang membezakan adalah perapan yang menggunakan rempah ratus dan kemudian dibakar sempurna membuatkan rasa ayam sedap dan juicy. Puri pula memang besar ye. Cukup la untuk kami kongsi bertiga.
🍴 Mutton Kadhai
Ok yang ni pula hidangan daging kambing yang dimasak bersama kuah dengan api yang besar. Ini menjadikan rasa daging kambing sebati dengan kuah dan kemudian dihidangkan panas-panas dalam wok (kuali kecil) atau di sana dipanggil Kadhai. Masa sampai tu menggelegak lagi ye. Dari segi rasa memang sis suka. Daging kambingnya lembut hingga mudah diceraikan dari tulang.. perghhh sedapp weii..
🍴 Charpai Daal
Biasa kalau makan roti canai ke capati ke mesti nak kuah daal kan. Sama juga di sini sis order Charpai Daal untuk dimakan bersama Garlic Butter Naan dan Cheese Naan. Bila sampai, masih panas lagi ye sebab baru dimasak. Kacang daal dia besar-besar dan dimasak bersama rempah ratus macam kari tapi pekat gitu. Memang ngam la cicah dengan Garlic Butter Naan dan Cheese Naan.
🍴 Cheese Naan
Cheese naan di sini tak jauh beza dengan cheese naan yang selalu kita makan cuma yang bestnya ia dihidangkan panas-panas ye. Terasa cheesenya yang masih cair. sedappp
🍴 Garlic Butter Naan
Garlic Butter Naan pun sedap juga. Saiznya besar dan rangup di luar, lembut di dalam dan dibakar elok tanpa hangit ye. Ok, lulus.. ehh..
🍴 Chapli Kabab Burger
Aha, sis ingat kat Pakistan takde burger rupanya ada ye. So, try la order satu set nak rasa. Bagi sis memang sedap sebab ayamnya digoreng rangup tanpa serap minyak. Bagi sesiapa yang bawa anak sesuai la orderkan Chapli Kabab Burger ni sebab ia dihidangkan sekali dengan fries. Oh ya, fries dia sedap ye. Sis tak tau macam mana dia buat tapi salutan pada fries tu buat rasa dia jadi istimewa.
🍹Mango Lasse, Mango Milkshake, Mint Lemonade
Untuk minuman pula kami order Mango Lasse, Mango Milkshake, Mint Lemonade. Tiga-tiga air ni sedap dan tak terlalu manis. So, sesuai la diminum bersama hidangan yang disediakan.
Secara keseluruhan memang puas hati la makan kat sini. Walaupun baru pertama kali mencuba Authentic Pakistani Food Di Najia's Pakistani Tawa & Grill tapi terus buat sis jatuh cinta dan tak boleh move on especially dengan Balochi Keema Briyani dan juga Cheese Naan cicah dengan Mutton Kadhai. Next time boleh la repeat lagi datang sini.
Jika korang teringin ataupun belum pernah mencuba makanan Pakistan, meh la datang ke Najia's Pakistani Tawa & Grill kerana mereka menghidangkan makanan asli dari Pakistan. Untuk info lanjut boleh rujuk di bawah :
NAJIA'S PAKISTANI TAWA & GRILL
6, Jalan Solaris 5,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am to 10pm), Isnin Tutup
Telefon: 03-62061236
Delivery/Pickup : najiaspakistanitawaandgrill.beepit.co/
Facebook : Najia's Tawa and Grill
Instagram : @najiaspakistan
0 Comments