Jom Lunch Di Ombak Kitchen : Restoran Makanan Laut Terbaik di Bangsar dan KL

Jom Lunch Di Ombak Kitchen : Restoran Makanan Laut Terbaik di Bangsar dan KL | Assalamualaikum semua.. Waduhhh, dah lama tak makan kat Ombak Kitchen. Dulu pernah makan di outlet Bukit Jelutong, Rupanya sekarang dah ada cawangan Bangsar dan terbaru di ;IOI City Mall, Putrajaya ye. Fuhhh, dah makin dekat ye dengan rumah. Apalagi, terus la sis decide nak pergi. Adoiii.. Terbayang-bayang hidangan seafood dia yang fresh tu.


Bagi yang tak pernah try makan di Ombak Kitchen ni, sis sarankan korang pergi la bawa kesayangan datang makan kat sini. Serius puas hati sebab mereka menyajikan makanan laut Halal terbaik di KL dan yang penting harga mampu makan dan seafood dia pun segar dari laut. Dari segi penyediaan pula, Ombak Kitchen menggunakan konsep rebus makanan laut yang berasal dari negeri Louisiana, Amerika Syarikat. Konsep ini digunakan untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness seafood tersebut.


1) LUNCH POT SELECTION (2PAX)


Memandangkan sis pergi waktu tengah hari, boleh la sis try hidangan terbaru Ombak Kitchen iaitu Lunch Pot. Hidangan ni boleh didapati semasa waktu makan tengah hari (12pm-3pm) dan portion dia sesuai untuk 2 orang. Set ni dihidangkan dalam pot. Maknanya takde la dilambakkan atas meja. Tapi kalau korang nak lambak sendiri boleh je.. Hehe.. Ni pilihan menu Lunch Pot :

Lunch Pot Crab
Ingredients: Crab XL (1/2 nos), Fresh Prawn XL, Squid, Broccoli, Corn and Rice
Price: RM 99.90


Lunch Pot Slipper Lobster
Ingredients: Slipper Lobster, Fresh Prawn XL, Clam Hamaguri, Broccoli, Corn and Rice
Price: RM 89.90


Lunch Pot Prawn XL
Ingredients: Fresh Prawn XL, Squid, Blue Mussel, Clam Hamaguri, Broccoli, Corn and Rice
Price: RM 79.90



2) ALA CARTE MENU


Eh, ada ke yang tak cukup dengan portion kat atas ni?? Jangan risau, korang boleh je pilih menu secara Ala Carte. Ada macam-macam pilihan menu dengan pelbagai jenis gaya masakan yang korang boleh pilih. Hidangan ni akan disajikan dalam periuk atau pinggan warna warni. So, tak perlu la korang nak pilih menu combo premium yang biasa tu. Kang tak habis pula kan. hehe.. Ok, ni pilihan menu Ala Carte di Ombak Kitchen :

PREMIUM ALASKAN KING CRAB RM33.90 / 100g

LIVE CRAB XXL (800g +/-) RM149.90 / nos

LIVE CRAB XL (450g +/-) RM79.90 / nos

FRESH PRAWN XL RM69.90 / 500g

SNOW CRAB RM96.90 / 2 CLUSTER

SLIPPER LOBSTER RM149.90 / 3nos

CRAWFISH RM 66.90 / 500g

SCALLOP SHELL ON RM69.90 / 600g

BABY OCTOPUS RM53.90 / 500g

BABY CUTTLEFISH RM46.90 / 600g
FRESH WATER PRAWN RM89.90 / 400g

SQUID RING RM48.90 / 600g

BAMBOO CLAM RM48.90 / 600g

CLAM HAMAGURI RM36.90 / 500g

BLUE MUSSEL RM38.90 / 500g

WHOLE SQUID RM69.90 / nos

BLUE SWIMMER CRAB RM69.90 / 2 nos

CANADIAN LOBSTER RM33.90 / 100g


3) 10 PILIHAN SOS OMBAK KITCHEN


Tudiaaa.. macam-macam menu ada untuk Ala Carte. By the way di Ombak Kitchen ni ada 10 pilihan sos atau kuah yang korang boleh pilih tau. Dalam banyak-banyak ni sis paling suka Signature Crazy Cajun Sauce laaa. Almaklum la tekak melayu kan. Mesti nak pedas.. hehe. Ok, ni pilihan sos di Ombak Kitchen :

a) Signature Crazy Cajun Sauce
Sos cajun asli yang menyegarkan yang diperbuat daripada campuran unik rempah Cajun, paprika, bawang putih, herba dan Ombak Kitchen campuran rempah rahsia tersendiri. Campuran rempah ajaib ini kemudiannya dimasak dengan mentega yang kaya untuk menyatukan rasa.
b) Buttermilk Indulgence
Dibumbui sedikit dalam adunan mentega kaya serai, daun kari, bawang putih cincang dan susu berkrim.
c) Cheesy Zesty Lemon
Rempah sederhana dan diadun dengan campuran keju, rempah Cajun dan jus lemon segar
d) Chili Crab
e) Garlic Butter
f) Spicy Coconut Curry
g) Tomato Basil
h) Meuniere (Butter Lemon Sauce
i) Heritage Laksa
j) Salted Egg Cream


4) TAMBAHAN MENU BARU

Fresh Australian Lobster - Wuuu, Ombak Kitchen ada menu baru la iaitu Fresh Australian Lobster. Walaupun lobster ni takde 2 sepit besar macam Canadian Lobster tapi isi dalam badan dia lebih banyak, padat dan manis. Harga bagi 600g Fresh Australian Lobster ni adalah RM289.90



5) PROMOSI OYSTER

Sape sini peminat oyster?? Ha, kalau ada sep sikit. Sama la dengan sis yang memang suka sangat makan oyster. So, kalau korang teringin nak makan oyster, sekarang di Ombak Kitchen ada promosi tau. Nah sis kongsikan kat bawah :


Details on the promotion:
- 6 pieces of Fresh Premium Oyster is RM39.90.
- The normal price is RM76.90

Terms & Condition:
- No minimum purchase required
- Applicable only for Dine-In
- Valid until 7th of August
- Only can be redeemed once per transaction, per day


6)DESSERT

Ombak Kitchen Signature Rainbow Dessert - Ha, dessert Ombak Kitchen yang ni memang unik. Satu lukisan berdasarkan inspirasi dan kreativiti Chef dihasilkan dengan menggunakan buah-buahan dan juga donat nutella goreng. Kreatif betul Chef Ombak Kitchen ni. Tak pernah lagi tengok tempat lain buat dessert macam ni. Siap boleh request lagi kalau korang nak celebrate apa-apa, nanti chef akan tuliskan.



7) CUSTOMERS’ EXPERIENCES


Rata-rata ramai customer berpuas hati dengan hidangan menu makanan laut segar di Ombak Kitchen termasuk la sis. Serius sedap tau dari segi rasa seafood dan juga sosnya. Pendek kata berbaloi la dengan harga yang kita bayar. Adakah sis akan repeat makan kat sini??? Jawapan sis semestinya iya. Kalau boleh next time nak bawa kesayangan pula la.. hehe



8) LOKASI OMBAK KITCHEN

Bagi yang tertanya-tanya lokasi Ombak Kitchen, nah sis kongsikan alamat mereka :


Bangsar
12, Lrg Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Bukit Jelutong
5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor


Putrajaya
GE-15, Ground Floor IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Untuk maklumat lanjut boleh layari : https://ombakkitchen.my/



Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya DB.. nanti dtg KL bawa Sis okay ke sini...

    ReplyDelete