Menu Baru Marrybrown Oishii Japan Dengan Gabungan Sos Teriyaki Dan Wasabi

Menu Baru Marrybrown Oishii Japan Dengan Gabungan Sos Teriyaki Dan Wasabi | Assalamualaikum semua.. Yuhuuu, berita baik buat penggemar makanan Jepun. Kini korang dah tak payah nak susah-susah nak travel ke Jepun sebab tahun ni pengembaraan Around the World bersama Marrybrown akan membawa kita ke Jepun.. wahh, bestnyaaa.


Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan "something different" buat penggemar mereka. So kalau korang baca blog sis sebelum ni, pasti korang tahu mengenai kempen Around the World yang merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu yang menyelerakan dari Jepun.


Ok, sis nak tanya.. kalau di Jepun, apakah yang sinonim dengan makanan mereka.. Ahaa, tentulah Sos Teriyaki dan juga Wasabi. Tapi pernah tak korang terbayang bila sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi bergabung?? Ha, maka terhasillah menu baru iaitu Marrybrown Oishii Japan. Bila dengar macam pelik je kan tapi sis dah rasa tau. Memang unik rasa dia dan menarik untuk dicuba sebab ada pedas dan ada manis.


Masa sis makan tu, sis tertarik dengan roti burger Oishii dan juga air minuman Sakura Fizz sebab warna pink. Halah.. halah.. halahhhh... terus teringat keindahan bunga sakura yang berkembang dan memang sinonim dengan negara Jepun. Rupanya hidangan istimewa ini memang disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun sambil fefeling membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera... gichuuuu...


Ok, kalau korang nak menikmati hidangan menu baru Marrybrown Oishii Japan ni, ada 4 Set Menu OISHII JAPAN di Marrybrown. So, korang boleh pilih seperti berikut :

🍴 Kombo 2 Ketul Ayam Oishii
👉 Harga bermula dari RM 20.50
👉 Hidangan set : 2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken di hidangkan bersama sos teriyaki + wasabi, potato wedges dan air Sakura Fizz.


🍴 Kombo Oishii Rice Bowl
👉 Harga bermula dari RM 12.90
👉 Hidangan set : Semangkuk nasi bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz.


🍴 Kombo Burger Marrybrown Oishii
👉 Harga bermula dari RM 15.30
👉 Hidangan set : Oishii Burger bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Oh ya, roti (bun) warna merah jambu tau.


🍴 Marrybrown’s Oishii Box Meal
👉 Harga bermula dari RM 23.90
👉 Hidangan set : Oishii Burger ,1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken , Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. Bagi hidangan menu baru Marrybrown Oishii Japan ni ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV




Post a Comment

0 Comments