Jom Saksikan Teater Tanjong Di Istana Budaya September Ini

Jom Saksikan Teater Tanjong Di Istana Budaya September Ini | Assalamualaikum semua.. Ya, ampunnn, dah lama tak tengok teater. Rasanya sejak PKP memang dah tak jejak kaki kat istana budaya dah. Kalau dulu memang boleh katakan selalu juga tengok teater dengan kawan-kawan. Suka tau tengok teater ni sebab memang live depan mata. So, memang para pelakon teater tak boleh buat sebarang kesilapan. Memang salute la..


Terbaru sis ada dapat jemputan ke sidang media pementasan teater yang berjudul Tanjong. Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. AhmadRashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik  masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah. 

"Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak muda dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri selain mempertunjukkan kisah Adat Perpatih kepada masyarakat am. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan," katanya. 


Apa yang menariknya, Teater Tanjong ni bakal dibintangi pelakon handalan Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Dato Perdano Andika dan juga turut disertai oleh kartunis Ujang penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar. Pementasan ini juga akan diambil bahagian oleh 150 tenaga kerja temasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. la juga bakal disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah. 


Pementasan Teater Tanjong ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC. Dengan sokongan yang jitu, pihak MOTACC telah menganugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya kepada Kelab Teater Asar Negeri Sembilan. Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.


SINOPSIS TEATER TANJONG

Pementasan Tanjong ini bakal menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor sehingga mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan daripada Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho telah melantik anaknya Baroq untuk memegang tampuk sebagai penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga peri laku ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. 

Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho telah menghembuskan natasnya yang terakhir sekaligus menyebabkan kekosongan di tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemeintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini telah mengakibatkan perselisihan faham dan pertumpahan darah di Luak Tanjong. 

Apakah kesudahannya? Adakah Tok Pedano berjaya memegang tampuk pemerintahan Luak anjong atau Baroq berjaya merampas kuasa? Sama-sama kita saksikan di Istana Budaya 9 hingga 11 September ini. 

Wahh, menarik juga la teater ni. Teringat masa zaman sis duduk di Negeri Sembilan dulu-dulu. Ada juga tahu sikit-sikit pasal Adat Pepatih ni. Tapi kan satu yang sis suka adalah loghat negeri sembilan dan ye teater ni dipentaskan menggunakan sepenuhnya bahasa Negeri Sembilan. Bagi yang tak faham jangan risau, ada subtile juga. 


Bagi sis memang sesuai sangat naskah sebegini dibawa untuk tujuan mendidik dan menerapkan elemen patriotism dan budaya dalam bangsa Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia secara amnya, Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya. 

Pembeli tiket awal akan diberikan diskaun sebanyak 10% untuk pembelian awal. Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang :




Post a Comment

0 Comments