Lunch Dim Sum Di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Lunch Dim Sum Di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel | Assalamualaikum semua.. Hari tu ada yang tanya kat sis pergi Johor Bahru JJCM kat mana je? Actually tak perlu pergi jauh-jauh pun. Dekat dalam hotel yang sis menginap pun dah ada tempat makan best. Nama restoran ni adalah Wan Li Chinese Restaurant. Yeah, sis memang suka chinese food. So apalagi memang happy la dapat makan makanan kegemaran sis kat sini.


Untuk pengetahuan korang, Wan Li Chinese Restaurant ni memang terkenal dengan menu dia yang sedap dan menggunakan bahan yang premium. Wahh, bertambah excited la sis nak cuba menu-menu yang ada kat sini. Kami dihidangkan dengan pelbagai menu ala carte termasuk dim sum. Satu persatu hidangan dihantar ke meja makan dan semuanya nampak menarik. Siap warna warni lagi tau menunya.


Ha, tengok la meja kami. Penuh kan. Eh, ni bukan hidangan untuk sis seorang ye. Mau pitam nak habiskan.. hehe.. Ni adalah hidangan untuk 6 orang. Tapi rasanya kalau 10 orang pun boleh ni nak makan sebab banyak betul menunya. Ha, siap ada itik panggang tuuu.. Ok, nama menu itik panggang ni adalah Roasted Duck (Peking Duck). Bila semua makanan dah sampai ingatkan dah boleh makan tapi bila nak bismillah je tetiba staff angkat itik panggang tu. Eh, dah kenapa pulak ni?? salah menu ke??


Rupanya bukan salah tapi mereka nak buat live show penyediaan itik panggang di mana kulit itik tu dipotong keping-keping dan dibalut dalam kulit macam popia. Isi itik tu pula dipotong-potong dan dibuat masak Kung Pao. Ooo.. sis ingatkan itik panggang tu makan ceggitu je. Kiranya seekor itik tu jadi 2 jenis menu la. Sedap plak tu. Menu yang lain-lain pun sedap juga.






Selain dari menu-menu kat atas, kami juga makan Chef's Recommendation Dim Sum. Wah, dim sum kat sini bukan biashe biashe tau sebab ada menggunakan bahan yang premium. Bila makan pula perghhh, memang terasa betholll kesedapannya. Ha, ni la dim sum yang sis makan tu :

24k Gold Black Diamonds 'Har Kao'

Omega Juice Prawn Dumpling

Beetroot Scallop Dumpling

Fried Foie Gras Chicken Dumpling

Abalone Egg Tarts

Chilled Mango Soup with Lemongrass Jelly and Fresh Fruit

Serius sis cakap semua menu kat Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel ni sedap-sedap belaka. Kalau korang penggemar makanan chinese food memang sis rekomen korang datang dan makan kat sini. Jangan risau menu yang dihidangkan di sini adalah halal, tempat makan pun selesa. Psssttt, mana-mana company yang nak cari tempat lunch best, ajak la bos datang sini. hehehe..


Waktu operasi :
Isnin hingga Ahad : 11.30am hingga 3.00pm (Lunch)
Isnin hingga Ahad : 6.30pm hingga 10.00pm (dinner)

Untuk tempahan boleh rujuk sini :




Post a Comment

4 Comments

  1. Terasa-rasa dek tekak nak makan itik roasted tu ha.. semua menu nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Ada sijil halal ka kedai ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cek di portal halal JAKIM X jumpa..kemungkinan tiada sijil halal

      Delete