Nasi Arab, Baklava Dan Kunafa Sedap Di Restoran Zaituna Johor Bahru | Assalamualaikum semua.. Alang-alang sis dah sampai ke Johor Bahru ni apa lagi, terus la Jalan-Jalan Cari Makan kan. Cari punya cari sekali ternampak ramai yang share Nasi Arab Johor yang sedap di Johor Bahru. Ha, apa lagi terus la kami menuju ke Restoran Zaituna Johor Bahru untuk makan tengah hari. Oh ya, blogger Sis Lin pun join juga tau. Makin meriah la makan nanti.. hehe
By the way Sis Lin ni orang Johor dan dia tahu lokasi Restoran Zaituna so kami pun follow je dia. Tapi bagi yang tak pernah datang tu, korang just waze je InshaAllah jumpa. Masa kami sampai tu dalam pukul 3 petang tapi tudiaaa, masih ramai ye pelanggan kat situ. Masa tu sis fikir sebab hari Ahad tapi Sis Lin kata kat Johor Ahad tu hari bekerja ya. Eh, betul jugak. Kalau hari bekerja pun ramai macam ni maknanya memang restoran ni ramai pelanggan.
Bila masuk je dalam restoran, mata sis dah ternampak deretan manisan baklava yang tersusun di tepi kaunter. Wow, macam-macam jenis baklava ada yee, rambang mata sis tengok. Ha, kaw sabar jap ye baklava, bagi sis duduk dulu. Bukan apa, penat drive tak hilang lagi. hehe. Bila dah duduk, baru la boleh bertenang nak memilih menu tapi tu pun tak berapa nak tenang bila duk belek menu. Semua nampak sedap weiii.. ayooo, boleh tak sis nak order semua.. hahahahaha. Eh, lupa diri jap.
Meriah makan bersama geng blogger Bebelan Cikmin, Sis Lin, Penaberkala, Rafzan Tomomi |
Sis ni datang dengan kengkawan so kena la sepakat untuk order menu kan. Lepas dah disscuss, kami memilih untuk order beberapa menu iaitu :
Nasi Arab - Set Dulang
Nasi Arab - Set Dulang
Dah namanya datang ke restoran nasi arab so harus la order nasi Arab kan. Memandangkan kami ramai so kami terus order set dulang yang sesuai dimakan untuk 4 orang makan. Eh jap, tapi kami 5 orang, cukup ke?? Ala, don't worry. Cukup punyaaa sebab kami ada order menu lain juga. Tapi berbaloi tau order set dulang ni sebab dapat 3 jenis nasi iaitu nasi Mandi, Kabsa, Maklouba. Lauknya pula ada ayam dan kambing dan dipadankan dengan sambal, salatah, humus, sup dan 1 jug air.
Zaituna Mixed Grill
Ha, kan sis cakap kami ada order menu lain. Ni la dia menu Zaituna Mixed Grill. Dalam menu ni ada campuran menu Lamb Cubes, Kebab Halabi, Shish Tawook dan Chicken Kafta. Ha, yang ni pun berbaloi sebab macam-macam ada. Sesuai nak share reramai.
Shawarma Ayam dan Shawarma Daging
Pernah makan Chicken Wrap?? Ha, kalau kat restoran arab ia dipanggil Shawarma. Kat Zaituna ni ada macam-macam jenis Shawarma tapi kami order Shawarma Ayam dan Daging. Actually kan makan seketul ni pun dah kenyang tau sebab portion dia besar siap ada fries lagi.
Kunafa
Ahaa, sebut je Kunafa mesti ramai yang teruja kan. Mana taknya, kat KL tengah viral kot Kunafa ni. Tapi buat warga Johor korang dah tak payah susah-susah nak datang ke KL sebab kat restoran Zaituna ada juga Kunafa. Sis suka Kunafa kat sini sebab rangup kat luar, lembut kat dalam dek kerana lapisan cheesenya. Sebelum makan, Kunafa ni akan disiram dengan syrup (air gula). Tapi kalau korang tak nak terlalu manis boleh je request untuk kurangkan syrup.
Note : Apa itu Kunafa merupakan pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri berputar dipanggil kataifi, direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku, pistachio atau kacang, bergantung pada kawasan.
Baklava
Ha, satu lagi manisan yang kami cuba kat sini adalah Baklava. Macam sis bagitau tadi berderet susunan baklava masa masuk restoran sampai rambang mata nak pilih kan. Aha, kalau susah sangat nak pilih boleh minta bantuan staff Zaituna untuk pilihkan. So, yang kami punya ni mereka la yang suggest. Ada macam-macam jenis tapi nama harap maaf la sis tak tau la pulak. Tapi yang pasti sis suka baklava kat sini sebab rasa dia tak terlalu manis. Memang sedap.
Note : Apa itu Baklava - sejenis makanan ringan di kawasan Turki dan daerah-daerah tempat bekas kekuasaan Kesultanan Uthmaniyah. Baklava dibuat dari lapisan filo pastry. Isiannya pula menggunakan kacang cincang seperti kacang pistachio, namun ada pula yang menggantinya dengan jenis kacang lain, seperti almond atau hazelnut. Kemudian disiram dengan sirup beraroma lemon atau mawar.
Secara keseluruhannya memang puas hati la makan kat sini. Betul la apa yang kami baca review sebelum ni bila ramai yang bagi feedback positif kat restoran ni. Kami tunggu makanan pun tak lama dan staff pun sedia membantu sangat kita memerlukan. Walaupun staff kat situ bukan warga Malaysia tapi jangan risau, tak perlu berbahasa arab pun dengan mereka kerana ada staff yang boleh berbahasa melayu. Mudah nak berkomunikasi.
So, buat warga Johor atau sesiapa sahaja yang datang ke Johor Bahru boleh la singgah makan Nasi Arab, Baklava dan juga Kunafa yang sedap di Restoran Zaituna, Johor Bahru. Kalau nak buat majlis hari jadi pun boleh. Siap ada persembahan gendang ye. Meriah tau. Kebetulan ada yang menyambut hari jadi masa kami datang so rezeki kami untuk melihat persembahan mereka. Nah sis kongsikan Info mengenai restoran ni :
Alamat :
Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Alamat : 27, Jalan Glasiar,
Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Google Map : https://goo.gl/maps/CDx4ptezz1CPepCa8
Contact : 07-213 3577
Buka dari Jam 11.00am - 11.00pm
1 Comments
Sampai sekarang terasa-rasa kesedapannya baklava dia.. arghh nak try juga lagi nanti laaa...
ReplyDelete