Pelancaran Marvels Di Hong Kong Sempena Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) | Assalamualaikum semua.. Siapa sini pernah ke Hong Kong?? Best tak?? Setakat ni sis belum berpeluang ke sana lagi tapi hopefully one day dapat jejak kaki di Hong Kong. Bukan apa, baru-baru ni sis ada pergi ke satu majlis yang memaparkan keindahan bumi Hong Kong. Tu yang tetiba rasa teruja nak ke sana.
Majlis yang sis maksudkan adalah Pelancaran Marvels Di Hong Kong Majlis ini dilancarkan oleh Hong Kong Economic and Trade Office, Jakarta (HKETO Jakarta) pada 24 Ogos yang lalu. Marvels Di Hong Kong merupakan satu siri khusus untuk meraikan sempena Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) dan untuk mempamerkan perkembangan terbaru dari segi seni, budaya dan pelancongan di Hong Kong. Majlis ini juga turut dianjurkan bersama Hong Kong Tourism Board (HKTB) dan majlis diadakan di The RuMa Hotel and Residences, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Semasa majlis berlangsung, sis tertarik dengan ucapan dari Encik Law Kin-wai (Ketua Pengarah HKETO Jakarta) yang berkata bahawa Hong Kong adalah sebuah bandar bertaraf antarabangsa dengan daya tarikan yang besar melebihi kelebihannya yang diketahui secara meluas dalam perniagaan dan perdagangan. Dia juga ada menyebut sebagai contoh pembangunan mercu tanda West Kowloon Cultural District (WKCD), sebuah hab seni dan budaya global yang baru muncul yang menampilkan bertaraf dunia tarikan termasuk Xiqu Centre, the M+ museum dan juga Hong Kong Palace Museum.
Selain itu Encik Law juga turut menambah bahawa di bawah Rancangan Lima Tahun ke-14 negara itu, Hong Kong dijadikan sebagai pusat pertemuan Timur-Barat untuk kebudayaan antarabangsa dan pertukaran seni. Bandar ini akan mengukuhkan lagi kelebihannya apabila pembangunan East Kowloon Cultural Centre, Lyric Theatre Complex dalam WKCD, dan Kai Tak Sports Park siap sebagai tempat persembahan mega.
Turut berucap pada majlis itu, Pengarah Serantau Asia Tenggara bagi HKTB, Encik Raymond Chan, berkata Hong Kong sentiasa dekat dengan hati pengembara Malaysia, dan Malaysia merupakan pasaran sumber utama yang penting untuk Hong Kong. Dengan pembangunan infrastruktur baharu dan pengalaman dalam Hong Kong, bandar ini tidak sabar untuk mengalu-alukan pelancong Malaysia kembali ke Hong Kong untuk merasai tawaran pelancongan baharu.
Dalam majlis ini juga HKETO Jakarta memperkenalkan lagu tema ke-25 ulang tahun penubuhan HKSAR, "Menuju Ke Hadapan", untuk berkongsi kegembiraan dan keterujaan terhadap peristiwa penting ini. Bukan setakat lagu je tau, pihak HKTB pula menjemput artis dan selebriti tempatan untuk berkongsi pengalaman dan juga info mengenai tempat-tempat menarik sebagai panduan kepada pelancong dari Malaysia untuk melawat Hong Kong. Ha, jadi sesiapa yang nak ke sana mudah la untuk dapatkan info dari mereka melalui laman sosial media.
Actually majlis ni bukan setakat untuk hari ni sahaja tetapi akan ada beberapa acara menarik seperti pameran, persembahan kebudayaan dan juga perjumpaan media untuk mewarwarkan pencapaian luar biasa HKSAR sepanjang 25 tahun yang lalu. Untuk seterusnya acara di bawah siri ini, HKETO Jakarta menganjurkan pameran bertajuk “Marvels di Hong Kong: 25 Years and Beyond” di Kuala Lumpur.
0 Comments