Metrojaya Kini Dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre

Metrojaya Kini Dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre | Assalamualaikum semua.. Sape sini suka shopping?? Aishhh, kalau sebut pasal shopping ni mesti semua suka kan. Sama la macam sis.. hehe. Ha, meh sini sis nak bagitahu ada satu lagi lokasi untuk korang kunjungi. Kat mana?? ok sis nak bagitau yang Metrojaya kini dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre. So boleh la masuk dalam list untuk bawa keluarga dan kawan-kawan sekali. 


Sebut je nama Metrojaya mesti semua tahu kan. Ya, gedung membeli belah yang telah bertapak lebih dari empat dekad ini telah membuka cawangan baru dengan menampilkan konsep next-gen yang lebih trendy dan up to date khas buat peminat setia gedung ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Ini dapat menambahkan lagi pengalaman membeli-belah yang lebih mengasyikkan. Sebenarnya masa perasmian pembukaan Metrojaya ni sis pun pergi. Ramai juga tetamu yang hadir. Memang meriah. 




Dengan lokasi yang strategik di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya pasti memberi nafas yang baharu dengan trend global terkini untuk membantu pelanggan membina kehidupan yang moden dengan produk gaya hidup berjenama yang terdapat khas di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain. Aha, gedung terkemuka ini juga menyediakan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya sahaja tau. Menarik kan.






Kami juga turut dibawa tour ke setiap bahagian di dalam Metrojaya. Ada pelbagai pilihan menarik daripada fesyen hinggalah kelengkapan rumah untuk memenuhi keperluan peminat mereka. Paling best kan kat dalam Metrojaya ni siap ada Kiosk untuk minum dan juga Spa. So, kalau para-para suami penat menunggu boleh la santai-santai minum kopi manakala untuk para wanita, alang-alang shopping tu boleh la berspa sekali.. hilang rasa lenguh-lenguh pusing satu mall.. ehh..



Menurut Encik Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store berkongsi bahawa mereka komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri. Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia - memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.


Ya, sis sangat-sangat setuju dengan Encik Andrew. Generasi sekarang ni bukan macam dulu. Masuk mal, pilih-pilih barang then bayar pastu balik. Tapi generasi sekarang ni suka kepada sesuatu yang unik serta pengalaman yang lebih holistik. Tambah pula jika ada spot-spot yang menarik serta sudut Instagrammable pasti membuatkan pengunjung lebih tertarik untuk mengabadikan setiap momen yang tidak dapat dilupakan.


So, bagi yang nak datang membeli-belah di Metrojaya boleh la datang ke Lalaport Bukit Bintang City Centre. Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my. 

Post a Comment

0 Comments