Are You Okay? : Forum Literasi Undang-Undang Syariah Menganiaya Isteri Menzalimi Suami dan Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS)

Are You Okay? : Forum Literasi Undang-Undang Syariah Menganiaya Isteri Menzalimi Suami dan Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) | Assalamualaikum semua.. Bila sebut pasal hal-hal rumahtangga ni rasa macam tak layak lagi sis nak ulas kan. Almaklum la sis ni belum ada pengalaman lagi tapi selalu juga sis dengar oraang-orang sekeliling sis dilanda masalah rumahtangga. Malah ada yang sampai gaduh besar hingga sampai ke penceraian. Masya Allah.. ghisauuu sis tengok.


Baru-baru ni sis ada menghadiri Forum Literasi Undang-Undang Syariah yang bertajuk Menganiaya Isteri Menzalimi Suami? Panel bagi forum ini adalah Dato' Dr. Mohd Zaidi bin Hj Md Zin, Dato' Hazizah binti Kassim dan Datuk Dr.Ustazah Norhafizah Musa. Intipati forum ini membincangkan mengenai isu dan masalah rumahtangga serta turut membincangkan mengenai peruntukan undang-undang syariah bagi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. 


Oh ya, dalam perbincangan ini ada juga perkongsian mengenai pasangan yang hanya membiarkan diri dizalimi pasangan semata-mata tidak mahu penceraian. Antara faktor mereka berdiam diri dan tidak mahu membawa kes ke mahkamah kerana masalah kewangan. Ye, kos untuk buka kes di mahkamah agak mahal juga ye. Hurmmm.. kesian kan.


Justeru itu, Wanita IKON Selangor 2022, Datin Hajah Rita Susilawati @rita_sosilawati mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) sebagai salah satu dari program CSR Are You Okay?. BAGUS bermatlamat untuk memastikan umat Islam di negara ini terutamanya golongan B40 diberi akses kepada keadilan khususnya di Mahkamah Syariah.


Konsep Perlaksanaan BAGUS berteraskan kepada dua perkhidmatan asas iaitu :
1. Memberikan khidmat nasihat undang-undang (Legal Advice), secara percuma kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah.
2. Menyediakan khidmat bantuan guaman ( Advocacy Support), secara percuma iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal) di Mahkamah Syariah dengan kos yang minimum yang akan dibiayai oleh pihak kerajaan.

Kelayakan bantuan BAGUS ditentukan berdasarkan :
1. Kategori I : Golongan B40 yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah keluarga sebanyak RM4,850 sebulan dan ke bawah (bawah RM58,200 setaahun)
2. Kategori II : Golongan M40 yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan (antara RM58,212 hingga RM131,640 setahun)


Sis pasti ramai yang masih belum tahu mengenai bantuan ini kan. So, lepas ni kalau ada pasangan yang dilanda masalah hingga perlu membawa ke mahkamah tetapi dikekang dengan masalah kewangan boleh la memohon Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS). Semoga dengan adanya bantuan seperti ini dapat membantu mengelakkan diri dizalimi. Untuk info lanjut boleh rujuk www.baguspgsm.com.my



Post a Comment

0 Comments