Buffet Hi-Tea Deepavali Di Restoran Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites | Kemeriahan sambutan pesta cahaya semakin membahang terutama bagi kaum India. Bagi kaum lain pula dah tentu mengambil peluang hari pelepasan am ni untuk berkumpul bersama keluarga atau sahabat handai. So, dah plan ke nak ke mana cuti Deepavali nanti?? Kalau nak cari tempat makan best, ni sis kongsikan Buffet Hi-Tea Deepavali Di Restoran Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites.
Tentu seronok kan kalau dapat makan menu-menu sedap terutama masakan India. So jom raikan kemeriahan Pesta Cahaya tahun ini di Restoran Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites dengan hidangan Bufet Hi-Tea Deepavali. Menghidangkan pelbagai hidangan sempena perayaan Deepavali, Bufet Hi-Tea Deepavali yang dipenuhi dengan variasi rasa masakan india akan menemui pengunjung pada 24 Oktober 2022 dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
Hidangan pembuka selera, Royale Songket menyediakan Roasted Chicken Salad with Pineapple Salsa, Baked Egg Mousse with Chili Mayonaise, Crabmeat and Mango Salsa, Tomato-Cheese Stacks with Balsamic and Pesto, Rojak Buah Buahan, Rojak Pasembur, Popiah Basah Udang Geragau, Tauhu Sumbat Kuah Kacang dan banyak lagi.
Pengunjung boleh menikmati hidangan bufet panas seperti Hyderabadi Pulao Rice, Lemon Broth Steamed Perch Fillet, Creamy Buttermilk Chicken, Lamb Rogan Josh, Baked Pasta and Chicken Sausage, Chettinad Prawn Masala, Palak Paneer and Aloo Channa Ki Sabji. Hidangan istimewa yang menampilkan menu hidangan berasaskan India iaitu Curry Tuna in Pitta Bread, Roasted Beef Sandwich in Croissant, Chicken & Potato Curry in Totilla, Triangle Tuna Sandwich, Smoked Salmon, Sup Rassam paired with Bun and Rolls, Bubur Nasi Berempah, Mee Bandung, Tandoori Roasted Lamb Shoulder and Rava Tosei.
Bufet Hi-Tea Deepavali boleh didapati pada 24 Oktober 2022 (Isnin) secara eksklusif di Restoran Royale Songket dengan harga RM 125.00 untuk dewasa, RM 75.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). Kami menggalakkan pelanggan untuk membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 samb. 2612 (Restoran Royale Songket) atau 019-2616847/012-3518284.
BUFET HI-TEA DEEPAVALI
Isnin I 12.00 tengahari – 4.00 malam I Restoran Royale Songket, Aras Lobi
Harga: RM 125.00 (Dewasa), RM 75.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas) & RM 75.00 (Kanak-Kanak 6 hingga 12 tahun)
Restoran Royale Songket merupakan tempat yang harus dikunjungi untuk menikmati masakan asli Malaysia dan antarabangsa. Dekorasi dalaman yang baharu melengkapkan isi ruang dengan konsep yang lebih elegan dan mendamaikan. Anda pasti tertarik dengan persekitaran mesra pelanggan yang memberi pengalaman yang cukup selesa untuk menikmati hidangan di sini.
Selangkah je korang memasuki ruangan Restoran Royale Songket, pandangan korang pasti akan terpukau dengan pencahayaan dari segenap ruang yang akan melengkapkan rasa mewah restoran dalam hotel. So, apalagi.. Sambil makan tu boleh la bergambar untuk kenangan kan. Jadi kalau korang nak menempah ataupun ada persoalan boleh layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi-promosi terkini.
0 Comments