MAGGI® SAH Malaysia! Sempena 51 Tahun Menampilkan Masakan Mi MAGGI® Paling Viral | Assalamualaikum semua.. Sebut je Mi MAGGI® memang jenama yang tak asing lagi. Makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia kan. Mana taknya, kalau lapar je mesti sebut nak makan MAGGI®. kan. Stok wajib ada kat rumah. Biasanya sis masak sup ataupun goreng, tapi tahu tak yang sebenarnya ada banyak lagi cara masak ataupun resipi MAGGI®.
Mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971, kini bagi meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia, MAGGI® telah melancarkan kempen MAGGI® SAH Malaysia! Sebagai kemuncak kepada kempen ini, satu acara pesta terbuka dan juga pertandingan akhir diadakan secara besar-besaran di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah. Sis berasa bangga dapat jemputan dan menjadi salah seorang saksi untuk acara yang gilang gemilang ni.
Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Tahun ni tema kempen MAGGI® SAH Malaysia! adalah Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!”
~ Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad ~
Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. Pada acara kemuncak ini para pengusaha makanan telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Selain itu, pengusaha makanan lain juga diberi peluang untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. Seramai 8 orang finalis telah dipilih untuk bertanding hari ini bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Ha, kategori untuk pengguna MAGGI® pun ada tau. Seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding dan menunjukkan kreativiti masing-masing dalam penyediaan masakan MAGGI® untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini.
Turut tidak dilupakan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) yang banyak memberi sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Plak penghargaan turut disampaikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.
Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI® bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.
“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,”
~Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad~
Pada hari kemuncak ni sis juga berpeluang untuk merasai dan menikmati keenakan masakan yang dibuat dari MAGGI® dan juga produk lain dari Nestle (Malaysia). Memang semuanya sedap-sedap tau. Alhamdulillah, balik dengan kekenyangan sis hari ni.. hehe
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia!, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/
0 Comments