Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di GBW Hotel Johor Bahru

Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di GBW Hotel Johor Bahru | Assalamualaikum semua.. Weehuuuu, ke Johor lagi bulan ni. Tengok tajuk kemain bercuti kannnn tapi sebenarnya idok la bercuti sangat pun. Ada misi yang perlu diselesaikan tapi dalam masa yang sama nak rehatkan minda sambil golek-golek atas katil hotel. Ahakkk kemain kan.  Ha, meh sini sis kongsikan pengalaman sis bercuti dan menginap selama 3 hari 2 malam bersama kawan-kawan di GBW Hotel Johor Bahru yang dulu dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Johor Bahru.


Perjalanan kami bermula pada pukul 10.30 pagi. Agak lewat kan tapi kami tak rushing sangat jadi just relax-relax je. Macam biasa sis la drivernya tapi sis tak kisah pun sebab sis memang suka drive. Perjalanan kami ambil masa 8 jam juga nak sampai ke Johor Bahru sebab jalan agak jem. Lagipun Isnin tu cuti sempena Maulidur Rasul kan. Jadi ramai la yang nak balik kampung. Tu yang jem tuuu..


Sampai je di GBW Hotel terus kami makan dulu. Laparrrr beb.. Nasib baik dinner ada disediakan di sini iaitu di Restoran D'Mezzanine. Dinner kami malam ni adalah Super Value Western Set dan untuk berkongsi rasa masing-masing pilih menu yang berbeza. Ha, orang kata sharing is caring kannn. Tapi mujur la pilih menu yang berbeza sebab setiap portion dia memang besar-besar. Kalau nak tau lebih detail mengenai menu Super Value Western Set yang kami makan boleh klik link di bawah ni 👇



Bila dah habis je makan, terus masing-masing merangkak cari katil sebab kekenyangan dan keletihan (bab merangkak tu tipu je.. ekekeke). Eh, alamak lupa la yang kami belum Check-In. Waktu check-in GBW Hotel ni biasanya pukul 3pm tapi nasib baik la boleh Check-In lewat. Bila dah settle dapat bilik masing-masing apalagi.. terus kami heret beg masuk bilik.


Bila melangkah je masuk ke bilik, perghhhh tergamam beb. Mana taknya, bilik yang kami duduk besar giler. Masa tu sis pandang Kak Min partner tido sis malam ni. Dia sengih-sengih je tengok muka sis sebab yang uruskan booking hotel ni dia. Saje lettew nak surprisekan sis, terus hilang penat sis sebab teruja tengok bilik. Haaaa, korang nak tengok tak rupa bilik sis?? Kalau korang jawab taknak pun sis tetap nak share... Ahakkkk...


Menurut kata Kak Min, bilik yang kami stay di GBW Hotel ni adalah jenis Executive King/Queen Room dengan keluasan 77 sqm. Dalam bilik ni ada 4 bahagian iaitu dapur, ruang tamu + tempat makan + ruang bekerja, bilik tidur dan bilik air. Ha, bilik air tu siap ada bathtub yeeee. Ala, rugi tak bawa bath bomb, kalau tak boleh berendam ala-ala dugong.. eh duyung 😛.. Setiap bahagian pula ada dinding pemisah, dah macam sebiji rumah dah. Memang selesa sangat la. 







Gambar bonus duyung terdampar dalam bathtub 😝

Dari segi kemudahan pun memang lengkap. Sebut je nak apa, semua ada dalam bilik. Eh, jangan la korang sebut yang pelik-pelik memang takde la. Maksud sis kemudahan untuk bilik hotel macam TV (ada 2 TV ye), iron, laundry bag, selipar, bath robe, hair dryer, alatan membuat air (kettle, teh, nescafe, air mineral), sinki (sinki dapur ye bukan sinki toilet), microwave, mini fridge, peti keselamatan, wifi, toiletries dan untuk muslim ada penunjuk kiblat dan juga sejadah.








Amacam?? lengkap kan semua kemudahan kat sini. Jujur sis cakap sis tak pernah stay bilik sebesar ni. Almaklum la selalu stay hotel berdua je dengan kawan so memang tak pernah la dapat bilik besor macam ni. View bilik kami pun best sebab bukan setakat nampak Malaysia malah boleh nampak sampai ke Singapura. Lagi sekali rasa rugi tak bawak teropong, tak dapat teropong jodoh.. ehh lagiiii 😛


Bagi sis memang berbaloi sangat la stay kat sini sebab kalau ikutkan harga takde la mahal sangat. Untuk bilik kami ni lebih kurang RM200+ satu malam. Harga ni siap termasuk dengan sarapan untuk 2 orang. Oh ya, untuk breakfast kami makan di D'Mezzanine. Kat sini waktu untuk breakfast adalah dari  6.30am to 10.00am. So, boleh la turun anytime dalam lingkungan masa tu. Sis macam biasa la akan turun dalam pukul 9am gitu sebab biasanya lepas makan sis akan pusing-pusing keliling hotel.




Lepas je siap makan terus kami semua tour dalam hotel. Almaklum la kan time kami sampai dah malam. Tak sempat nak tengok rupa hotel ni. So, lepas breakfast dapat la kami tengok sekitar kawasan hotel. Sempat juga tengok kemudahan untuk pelanggan hotel seperti kolam renang, gymnasium dan surau.






Masa kat lobi pula sis ternampak satu bunting mengenai 'Free Daily Shuttle Service' untuk ke City Square dan juga Mid Valley. Wah menarik ni.. eh, jap.. ni bukan Mid Valley kat Bangsar tu tau.. jauh bebenor tu, hahahhaha.. ni Mid Valley Southkey kat JB. hehe... 


By the way, GBW Hotel ni juga terletak berhampiran dengan banyak Attraction Places kat Johor Bahru seperti :

Shopping, Office complexes (City Square, JBCC, Galleria @Kotaraya and Mid Valley)
 CIQ Complex & R&F Shopping Mall – accessible via pedestrian overhead bridge
 Johor Bahru Cultural Street & Bazaar Karat
 Grand Palace and Royal Museum
 Sultan Ibrahim Building
 Sultan Abu Bakar Mosque
 Johor Art Gallery
 Dataran Bandaraya
 Arulmigu Sri Rajakaliamman Glass Temple
 Johor Bahru Old Chinese Temple Town Area
 Istana Bukit Serene Jalan Skudai

So, kalau korang berkenan nak jenjalan kat sekitar Johor Bahru ni boleh la stay di GBW Hotel. Nah sis kongsikan jenis-jenis bilik yang ada di GBW Hotel ni. 

Deluxe Queen Room
👉 Saiz: 33.5 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Dilengkapi dengan perabot seperti bar mini penuh, meja tulis dan katil Queen yang indah.

Deluxe Twin Room
👉 Saiz: 33.5 meter persegi.
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Ruang tamu yang ideal untuk pengembara, dengan kemudahan seperti meja tulis dan bar mini penuh, bilik ini direka untuk memastikan segala keperluan pelanggan dipenuhi

Studio Twin Room
👉 Saiz: 49.97 meter persegi.
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Dengan kemudahan tambahan seperti dapur kecil dan ruang makan.

Studio Room Queen
👉 Saiz: 49.97 meter persegi.
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Bilik yang luas ini direka bentuk dengan katil bersaiz Queen, tab mandi, dapur kecil dan ruang makan, bilik studio ini juga sesuai untuk keluarga kecil yang mencari keselesaan di rumah.

Executive King/Queen Room
👉 Saiz: 77 meter persegi.
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Bilik Executive Queen direka khas untuk memastikan tetamu boleh menikmati ruang yang luas dan berfungsi semasa penginapan mereka.

Executive Twin Room
👉 Saiz: 77 meter persegi.
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Bilik Executive Twin menunjukkan perhatian GBW Hotel terhadap perincian melalui kemudahan unik yang dikhaskan untuk salah satu bilik yang paling luas. Para tetamu akan dapat menikmati kemewahan di dalam bilik yang mempunyai keluasan yang akan menjadikan penginapan mereka lebih istimewa dengan penambahan ruang duduk.

Premier Room
👉 Saiz: 66.3 meter persegi.
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa
👉 Bilik Premier benar-benar peluang untuk berehat mewah. Dilengkapi dengan segala keperluan yang diperlukan oleh pelanggan.

Lagi satu kalau untuk penduduk sekitar JB yang nak cari lokasi untuk dewan perkahwinan, kat sini pun ada menyediakan pakej Keraian. Masa sis duduk sini kan cuti Maulidur Rasul, ada 3 majlis kahwin kat sini. Tu belum campur pasangan yang hanya menyewa bilik untuk persiapan sahaja. Masa nak turun lift pun sampai 3 pasangan pengantin kami jumpa. 


Ok la, ni la serba sedikit mengenai pengalaman sis menginap di GBW Hotel Johor Bahru ni. Secara keseluruhan memang puas hati dan kalau ada ke sana lagi pasti akan memilih hotel ni untuk next percutian. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai GBW Hotel ataupun promosi yang mereka tawarkn boleh layari www.gbwhotel.com.my




Post a Comment

3 Comments

  1. Besarnyaaaa bilik.tp nak tanya..awak mmg tdo dlm bathtub ke? Hahhaha

    ReplyDelete
  2. Luas jugak ye bilik ni.Selesa nampak.Tempat yang strategik sebab mudah nak gi mana-mana kat bandar JB tu

    ReplyDelete
  3. Memang luas kannn, dulu pestime datang stay sini pun terkejut, dah macam rumah sendiri je kannn..

    ReplyDelete