Buffet 'Naughty & Nice' Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua.. Woahh, tak sangka kita dah nak masuk bulan Disember kan. Maknanya dalam sebulan lebih je lagi nak melangkah ke tahun baru. So, apa planning hujung tahun ni?? Dah ada perancangan ke? Dengar-dengar macam ramai je yang nak pergi bercuti. Wah syoknyaa.. tapi andai kata takde plan lagi, apa kata bawa kesayangan korang makan-makan di tempat yang best. Kat mana? ha, meh sis kongsikan.
Bertempat di restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral ada menyediakan buffet istimewa sempena Hari Krismas dan juga sambutan Tahun Baru 2023. Diketuai oleh Chef Eksekutif Norhanis Nordin dan teamnya yang kreatif pasti membuatkan hidangan kali ini istimewa dengan dekorasi krismas yang comel dan menarik. Dari segi menu pula pastinya rasa enak dan memikat citarasa pengunjung yang datang.
Ha, mesti uols nak tahu apa menu istimewa untuk Buffet Naughty & Nice Sempena Krismas Dan Tahun Baru kali ini kan. Ok, bila perayaan Krismas pasti tak lari dengan hidangan ayam turkey kan. Ya, pencinta hidangan ini akan dapat merasai keenakan ayam turkey yang dihidangkan bersama ayam melalui hidangan Crispy Seared Chicken Ballotine Stuffed With Minced Turkey And Apricot.
Bagi peminat daging pula harus menikmati hidangan berasaskan daging iaitu Garlic Roast Leg of Lamb served with classic mint sauce, Slow-Cooked Lamb with Grilled Aubergine and Feta Crumble dan Braised Beef Brisket in Shallot Jus served with soft polenta cake and charred carrots. Ha, dengar nama pun dah sedap kan tapi serius sedap. Rasa daging yang lembut dicicah dengan sosnya memang ngam laa..
Seafood?? harus la ada juga. Chef di Nook juga telah menyediakan beberapa hidangan makanan laut seperti Salmon Platter – salmon yang disalai dan diawetkan empat cara, dalam ubi bit, arang, lemon dill, atau lemon madu. Ada juga Pan-Fried Seabass with Caramelised Fennel and Orange Glaze, ataupun hidangan yang pasti menyelerakan iaitu Salmon Coulibiac. Fuh, sis paling suka hidangan Salmon di sini, semuanya sedap-sedap belaka.
Eh jap, ada ke yang diet kat sini?? Kalau diet, rugi la. Tapi jika korang masih mau menikmati hidangan di Nook, ada juga pilihan menu berasaskan tumbuhan seperti Beetroot Hummus, Spinach, Almond & Cranberry Salad, Brussel Sprouts and Pear with Pomegranate dan banyak lagi. So, jangan risau tau. Tak pun, alang-alang dah datang sini, cheat day je.. ehhhhh....
Bila datang buffet sempena Krismas mesti teruja bila ke bahagian dessert sebab kebanyakannya mesti comel-comel tau. Ha, tengok la gingerbread kat sini. Siap ada bentuk rumah dan juga karektor Gingerman. Serius cute, nak makan pun sayang. Selain tu ada juga Mini Eggnog Cups (non-alcoholic), festive cake-pops, Rhubarb & Gingerbread Trifle, traditional Minced Pies, Christmas Pudding dan Chocolate Fountain yang memang popular. Anak-anak pasti menyukai bahagian dessert ni. Sis yang dah besar pun teruja tau.
Harga Buffet 'Naughty & Nice' Sempena Krismas Dan Tahun Baru
Dinner : Ambang Krismas (24 Disember) & Ambang Tahun Baru (31 Disember)
Harga = RM168nett seorang
Brunch : Hari Krismas (25 Disember) & Hari Tahun Baru makan tengah hari (1 Januari)
Harga = RM148nett seorang
*Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun boleh makan secara percuma, dengan potongan 50%. untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun
*Dinner Krismas dan Tahun Baru akan disediakan dari jam 6.00 petang-10.30 malam
*Brunch Hari Krismas dan Tahun Baru akan disediakan dari jam 12.00 hingga 3.00 petang
Kembali atas permintaan ramai iaitu tiga Log Cake buatan sendiri kami yang hebat, yang dicipta oleh Chef Pastri Zahrin, boleh didapati di Buffet atau untuk dibawa pulang. Log Cake kegemaran ramai iaitu "Mangonificent", menawarkan kiub mangga segar di tengah-tengah kek dan dihiasi dengan bintang dan loceng, dengan dua petak coklat di kedua-dua hujungnya. Untuk sesuatu yang lebih bercoklat, boleh cuba "Sweet Darkness 61", dilimpahi dark chocolate yang dibuat daripada 61% coklat gelap dan dihiasi dengan Chocolate stars. Lagi satu Log Cake yang wajib cuba adalah "Lady in Red" yang menarik dan diperbuat dengan raspberi serta pistachio.
Harga Christmas log cakes = RM118nett setiap satu.
(Perlu buat booking sekurang-kurangnya 48 jam sebelum)
Bagi yang teringin nak menikmati hidangan istimewa dari Aloft Kuala Lumpur Sentral ni tapi tak berkesempatan untuk datang ke sini, apa kata korang just order sahaja untuk menikmatinya di rumah. Antara menu yang ada seperti Crispy Chicken Ballotine (3kg), Oven-Roasted Prime Rib (2kg), dan Garlic Roast Leg of Lamb (4kg) termasuk dengan side dishes.
Harga :
Crispy kami Ballotine Ayam (3kg) = RM140nett
Garlic Roast Leg of Lamb = RM320nett
Oven-Roasted Prime Rib = RM680nett
*Setiap set boleh dimakan sehingga 5 orang
*Tempahan awal sekurang-kurangnya 48 jam sebelum
Untuk tempah boleh hubungi di +(60) 3 2723 1154 atau e-mel kulal.b&f@alofthotels.com ke untuk keceriaan perayaan dalam keselesaan rumah kita sendiri.
0 Comments